Saturday, 28 November 2009

Citizen Vintage Watch


Orait, tadi aku baru terjumpa seutas jam tangan jenama Citizen yang agak vintage. Jam ni kepunyaan mak aku. Haha. Rasanya dibeli pada sekitar tahun 1980-an. Jam ni memang super kecik, aku pakai pun tak muat walaupun tangan aku kurus. Huh! Sayang jam ni dah tak berfungsi. Tak pasti adakah sudah kehabisan bateri atau sudah rosak movement dia. Aku rasa jam spesies ni mesti menjadi kegilaan orang zaman dulu sebab menggunakan movement quartz, zaman dulu sekitar tahun 1970-1980 an teknologi quartz memang menarik perhatian orang. Mungkin masa tu orang kata apa barang jam mekanikal! Hak3! Sekarang aku rasa peminat jam lebih suka jam mekanikal, aku pun begitu. Aku kalau nak beli jam jenama Seiko atau Citizen mesti cari yang mekanikal sebab kalau beli quartz rasa macam tak berbaloi. Jam quartz RM10 kat Pasar Malam pun dapat bai. Hehe... Aku cuma beli jam quartz untuk G-Shock, Casio Digital Vintage dan apa-apalah jenama Casio.

Hari tu aku cuba cari jam-jam vintage di Kedai Barang Second Hand Perkampungan Orang Asli Rengit, Batu Pahat tapi tak berjaya. Kepada mak-mak, bapak-bapak, abang-abang dan kakak-kakak yang teringin nak tambah perabot di rumah, apa kata pergi cari di Kampung Orang Asli Rengit. Perabot, barang elektrik, mesin basuh, peti ais dan tv berjenama dijual pada harga yang amat berpatutan. Pandai tawar harga dapatlah harga ngam-ngam coi! Kebanyakan barang second hand ni diambil dari Singapura. Barang permainan kanak-kanak pun ada. Nak pergi kampung ni senang ajer, di Pekan Rengit tu ada pasar. Masuk jek jalan ke arah pasar (sebelah Sungai Rengit) dan terus jek. Kalau dah jumpa deretan rumah tepi jalan dan terdapat banyak perabot terpakai sahlah korang dah sampai.

Haa.. Ni la tempatnya. Nampak TV tu, masih smart bai!

Lepas gagal jumpa sebarang jam tangan, aku try usha kat deretan kedai old school kat Jalan Rahmat BP. Jumpa satu kedai jual jam dan aku jumpa banyak jam-jam yang begitu rare bai! Seiko automatik, Pagol, Titoni dan Orient semua memang rare lah! Tapi sayang keadaannya macam dah sangat nazak. Tak jadi aku beli. Hehe... Pastu terjumpa satu jam Swiss Made jenama apa ntah pakai movement manual winding bai (kunci). Apek tu pusing-pusing crown jam bunyi krek-krek, kemudian jarum bergerak. Peh! Super klasik.

Dah-dah. Hehe... Jom layan gambar jam Citizen lama milik mak aku ni. Style!