Wednesday, 18 November 2009

Review Filem Titanic 1997

Please... Jangan gelak macam setan bila baca entry ni. Hak3! Aku tahu aku ketinggalan zaman baru nak tengok filem hebat ni. Hahaha... Sebelum ni ada jugak aku tengok filem Titanic di TV tapi sekerat-sekerat jelah. Jadi tak tahu apa cerita sebenar yang terkandung dalam filem ni. Dah dekat 12 tahun filem ni keluar baru sekarang aku dapat merasai kehebatannya. Yang nyata filem ni Terbaik Daripada Ladang!

Aku bukan nak cerita sinopsis filem ni cuma aku nak cerita apa yang menarik perhatian aku dalam filem ni. Kira bila aku tengok tu teruja la takpun sedih tapi tak lah sampai menitiskan air mata. Come on bro, gembeng la kan kalau nangis. Hak3! Orait, di sini aku lampirkan beberapa scene dalam filem tersebut yang telah menarik perhatian aku.

Jam poket mekanikal klasik

Babak ni memang menarik perhatian aku yang minat jam. Masa zaman dahulu orang pakai jam poket. Sungguh klasik sampai bunyi jarum berdetik pun dengar dalam filem ni. Kuat plak tuh. Klek..klek...klek... Peh! Dapat jam tu memang tak tidur la jawabnya.

Bahagian enjin Titanic yang sungguh besar

Kedua, babak masa dalam bahagian enjin kapal Titanic tu. Enjin kapal tu aku tak tahu la berapa CC (pakai CC ke?). Dia punyer apa ntah macam aci engkol takpun piston bapak besar gedabak macam bangunan. Kalau pekerja terselit kat celah enjin tu kompom gepeng macam cicak tersepit kat pintu. Hehe...

Sebelum mati main muzik dulu buat kali terakhir ye tak?

Ketiga, masa babak kapal Titanic tu tengah nak karam. Ada beberapa adegan yang menunjukkan beberapa penumpang macam dah takder harapan jek. Memang dah ready nak mati dah. Redha jek masa tuh. Paling tak boleh blah ada 3,4 orang pemuzik main muzik kat tengah-tengah keharukan orang ramai menyelamatkan diri. Muzik sedih plak tu macam nak menghiburkan hati orang yang tengah nak mati. Muka diaorang memang berserah jek lah. Hehe...

"Emm, aku nak set masa kematian aku lah" kata orang ni.

Apa pun yang paling menyentuh hati aku yang kering ni adalah adegan beberapa penumpang yang seakan berserah jek. Orang lain lari lintang pukang selamatkan diri, sesetengah orang tu rileks jek siap betulkan jam kat meja. Memang hati kering lah. Hehe...

Jodoh sampai ke akhir hayat. Berserah jek dengan kematian.

Si ibu bercerita untuk anaknya buat kali terakhir. Tak nak bagi takut kat anak sebab kapal dah nak karam!!!! :(

15 comments:

mila said...

mmg touching...akak pun sedih tgk citer ni. Bukan sedih pasal leonardo dgn kate tu, tapi sedih tgk org2 kat dalam kapal tu, terutama ibu dgn anak2 dia ni..... hu hu hu sedih ni...

♥ p a n y ♥ said...

sdey ok citer nih!!

sgt suke part rose n jack menari tap dgn geng2 tak kaye tu. suwettt :P

ayisy said...

kak mila, memang sedih saat kapal tu nak karam lagi2 watak2 orang yang tengah redha jek kematian nak datang. Huk!

pany, memang sedih. kat dalam cerita ni menunjukkan sikap orang bangsawan terhadap golongan bawahan. orang puteh pun camtu gak rupenyer. :)

jejaka anggun said...

a ah saya pun sedih. sedih sebab dr thn 97 sampai la ari nih baru baca review pasal filem nih. tgk dah lama dah.

ahaks!!

ayisy said...

jejaka anggun, hahaha... :P

noor afzan said...

part nih memang touching habis..
time suami isteri tu..
time menenangkan anak2 sebelum mati tu..
perghh..

ayisy said...

noor afzan, memang sedih. cuba kalau kita berada di tempat itu, ntah camne kita. emmm.. :(

mila said...

k la....jgn la buat citer sedih lagi...hu hu

ayisy said...

kak mila, huhu... lepas ni cerita pasal perkauman plak. cerita Gadoh. :)

mila said...

k k ok tu...

FiNa said...

hhu.. aku pon da tak pernah tgk crte ni keseluruhan sampai la thun lepas.. bile aku balik kampung, boring.. gedek2 cd2 makcik aku, jumpe crte ni.. so baru la tu 1st time tgk keseluruhan...huhu.. orang kampung lagi maju dari aku daaa

ayisy said...

Fina, hehehe. kire samalah nih. takdelah malu sgt aku yang baru tgok Titanic. Kih3!

azham94 said...

Saya pun ta penah tgk cite ni betul2....

Waktu cite ni kuar saya umur 4 tao...
Kikikik... :)
Then vcd tu pon da ilang...
Da carik da vcd dia kat kdai tp da takde owang jual...

Wawawa....
Na tgk blek...
:)

ayisy said...

azham94, cuba cari cerita ni kat kawan2. mgkin diaorang ada. kat kedai mmg dah takder. hehehe.

azham94 said...

Udah...
Tp vcd depa sume da lingkup2...
Wawawaa...

Pning kpala na mencarinya...
=)