Casio Edifice Watch

Gurau-gurau jek. Phua Chu Kang! Jangan saman saya loo...

Sejak dua menjak ni, aku tengok Casio mula mengharukkan dirinya dengan berlumba-lumba meningkatkan kualiti produk jam tangannya. Jika dulu Casio memang terkenal dengan jam digital berinovasi canggih, sekarang Casio sudah mengorak langkah dengan mengeluarkan jam-jam analog (jarum) yang berkualiti tinggi dan memberi saingan hebat kepada pengeluar jam tangan senegaranya.

Dulu, bila aku pergi kedai jam, berderet jam Casio Digital dalam rak. Dari jauh dah nampak, warna hitam memonopoli rak jam Casio (macam jam Q&Q). Sekarang, dah kurang dah. Giliran jam Casio Edifice, Beside, G-Shock dan Outgear pula memonopoli. Jam Digital Casio model dulu-dulu dah kurang, cuma kat kedai jam kecil-kecil jek masih berlambak.

Ok, tak nak banyak cerita. Aku cuma nak bagi cadangan lah. Kalau ada di antara korang yang teringin nak pakai jam analog yang macho/feminin dan ada chronograf, sub-dail takpun ana-digi yang ada termometer apa jadah semua tu tetapi bajet kurang, cuba usha jam Casio Edifice. Kalau nak bandingkan harga jam Casio Edifice dengan jenama lain macam Seiko, Citizen dan Orient memang Casio Edifice lebih murah. Kiranya sesuai la dengan bajet korang yang masih student ataupun korang yang tak sanggup mengeluarkan banyak wang untuk membeli jam tangan.

Contoh perbandingan, Casio Edifice Chronograf paling murah boleh dapat RM270. Kalau Seiko aku jumpa paling murah yang chronograf RM450+-. Itu harga kat kedai yang aku pernah jumpa la, kalau beli secara online kompom dapat lagi murah. Casio Edifice setakat ni aku pakai memang superb bai. Mantap, padu, berat dan rasa ngam di tangan. Bracelet pun solid (padu). Aku rasa Casio Edifice hampir setanding dengan jenama Seiko dan Citizen. Cuma setakat ni jam paling sedap dipakai aku rasa adalah Seiko. Rasa lembut dan serasi jek bila pakai. Hehe...


Katalog Casio Edifice >>> http://www.casio-intl.com/wat/edifice/
Harga online Casio Edifice sebagai rujukan sahaja >>> klik sini

Seterusnya, haa. Aku nak tunjukkan sejenis jam tangan yang superb. Jam ni bukan jam sebarangan. Dan yang penting, ia jenama Casio. Haha. Mungkin ada yang dah tau. Tapi takper. Sebelum aku bagitahu jam apa, tengok dulu gambar tokoh di bawah. Kenal kan? Tengok jam apa yang beliau pakai.


Macam mana brader? Berminat nak beli? Harga pasaran dalam RM320-360 sahaja. Sekian terima kasih.


*gambar diambil dari mudah.com dan carigold.com

Comments

Deqna said…
allo member sme cikgu!
rindu ah kat kau beb!
pe cer ?
slalu gak ea u hupdet..
blog ak dah berhabukk ouhhh

:-p
ayisy said…
deqna, allo Ckigu Deqna. Hehehe..
rindu? hahaha..
aku biase2 jek.
blog berhabuk bleh polish balik. hehehe.. :)
Afzainizam said…
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Salam to ayish.... ko ni mmg minat ngan jam.... semua jenis jam ko tau... tapi aku mmg dah agak ko mmg minat teramat pada jam jenis Casio.....bagus minat ko tu ... aku juga ade beberapa koleksi jam casio lama.... Casio Edifice wow harga dia.... boleh tahan gak... tak mampulah nak beli
ayisy said…
afzainizam, w.salam. aku mmg minat jam dari kecik cuma skrg dpt beli. haha..

aku minat jam mcm casio, seiko dan brand jepun. Swiss made minat tp belum mampu beli. Huhuhu...

Casio Edifice mmg agak mahal tp berbaloi dan tahan lama. tp klu nak lg tahan ambik g shock. aku punyer g shock buat lasak2. dah 3 tahun still tahan. Hhuhu..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???