Bermain Ketika Kecil.


Main. Korang pernah main masa kecil-kecil kan. Tipu la kalau tak pernah main. Yang lelaki pernah main masak-masak? Haha.. Kalau pernah jangan malu nak ngaku plak. Pernah main teddy bear atau anak patung lepas tu cakap sorang-sorang macam orang sewel yang cute? Sekali lagi kalau pernah jangan malu ngaku. Hehe... Tak macho main teddy bear? Alah, kecil-kecil takper yang penting dah besar tak jadi bapok, jadi bapak boleh. Haha..

Standard la masa kecil-kecil main sama ada main sorang-sorang atau berkawan. Dulu aku kalau balik kampung mesti main masak-masak dengan sepupu takpun main korek pasir pastu berkudis kat kaki. Hehehe... Tu yang bila dah besar macho semacam kaki aku. Bila tengah main tak fikir malu yelah budak kecil kan. Kalau tanya aku kau main masak-masak macam mana? Aku main masak-masak bukan macam sesetengah budak perempuan (main olok2). Aku dengan member main masak-masak style bakar-bakar guna api real punyer. Hehe... Ambil getah tiub tayar, kayu, batu dan periuk. Pastu mula la merepek masak akar kayu lah, daun rumput lah dan ada sekali tu beli Maggi masak betul-betul siyutt. Huhuhu... Nasib baik part masak akar kayu tuh aku tak makan, kalau tak memang sah aku mereng sekarang.


Main jangan gaduh-gaduh. Isk3! Jahat tol budak nih. Kalau anda seorang manusia yang sentimental, jangan tengok video ni. (video ni bukan aku ambil. Aku baik.)

Main rumah-rumah pulak memang syok masa tu. Duduk atas katil, ambil bantal susun buat dinding rumah. Tah pape jek aku dulu. Dah besar sikit main rumah-rumah pakai daun kelapa. Buat pondok tapi haram tak pernah kukuh. Setakat boleh main-main pastu imagine jelah. Main kawin-kawin? Tak pernah sebab aku sejak lahir memang tak gatal. Kah3! Serius beb!

Main teddy bear pastu cakap sorang-sorang dan anggap teddy bear tu hidup? Ini tabiat aku masa kecil-kecil dulu. Jenis teddy bear yang aku sayang pun aku masih boleh ingat rupa dia macam mana. Main cakap-cakap, pastu tolong cakapkan untuk teddy bear yang bisu tu. Hak3! Imaginasi aku terlebih kuat kot masa kecil. Tapi aku tak main anak patung sebab takut seh tengok anak patung. Tak tahu lah kenapa.

Oklah, kalau perkara di atas terjadi pada diri korang masa kecil, korang jangan risau. Korang tak giler masa kecil. Korang tak sewel, tak sindrom up ataupun kena sawan beruang. Itu semua perkara normal yang terjadi ketika kita masih kecil. Pensyarah aku pun ada cakap kalau nampak budak kecil cakap sorang-sorang dengan teddy bear, biarkan. Perkara tersebut sebenarnya merupakan satu proses normal kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan diri mereka. Tapi kalau anak korang kecil-kecil dah pandai menuturkan kata-kata mengurat wanita, sila ambil perhatian! Anak anda mungkin mengalami sindrom gatal-gatal daun keladi. Hue3!

Sekarang bila dah besar korang mesti dah tak nak main kan. Kalau main pun main benda lain. Main judi, main kasino, main sport toto dan sebagainya. Haha. Gurau jek. Hehehe... Sebenarnya aku tulis pasal main ni sebab tengah study "peranan main dalam pembelajaran". Minggu depan nak periksa nih. Huh! Jap-jap, nak hafal. Main ada beberapa jenis, main unoccupied, main solitary, main onlooker, main parallel, main associative dan main cooperative. Orait, hafal dah! Sekian terima kasih kerana sudi membaca. :) Kih3!

gambar kredit kpd nurhifzan.blogspot.com

Comments

Nadiene said…
aku paling takut nak gado2 nie... hOohoHh... kecik budak tu da pandai gado, dah besa jd kaki pukul la kot!
Nadiene said…
aku paling takut nak gado2 nie... hOohoHh... kecik budak tu da pandai gado, dah besa jd kaki pukul la kot!
ayisy said…
fid, hari tu tempat kau ada gadoh kan. Nazi join tak? Dia kan pailang BP. Hehehe...
anak patung cm berantu kot kalo tenung mata die lame2. kan kan kan.
ayisy said…
pany, a'ah. macam seram tengok muka anak patung. hehe... dah besar pun rasa camtu gak.
Nadiene said…
biase je, gado kecik,, kalu aku turun, t sume takut kat aku, ehehhe
Nadiene said…
biase je, gado kecik,, kalu aku turun, t sume takut kat aku, ehehhe
kasutburuk said…
hoho...baru ku tahu si ayisy penakut anak patung...hee ;p
kecik2 main masak2 dan berkelah tepi rumah..
itu mesti ..

tapi anak patung teddy bear tak mampu la dik time tuh..
dah besor baru dapat teddy bear..
ayisy said…
kasutburuk, hahaha.. tapi takdelah sampai lari kalau nampak. hehehe..

noor afzan, itu merupakan suatu pengalaman indah. huhuu..

dah besar pun bila tengok teddy bear puluh ringgit pehh... agak mahal. hehe..
zetty said…
anak patung kan comel..lg2 part mata dye..pastu rambut dye...cantik..tp kan time dlu kecik2...suke sikat rambut anak patung smapai anak patung tue xde rambut org kerjakan...hehehe
ayisy said…
zetty, bagi orang lain mmg comel. hehee.. tapi saya agak cuak la kalau tenung anak patung tu. tak tahu lah kenapa. mungkin efek tengok cerita seram yang ada anak patung hidup kot..
adilah md shah said…
salam..budak2 sekarang yg moden ni nak ke men masak2..men pasir..men parit kotor2..time kite dulu2 je kot men bende alah camni..anak patung, seram takut idup..hehe..
ayisy said…
adilah, hehe.. sekarang pun jarang nampak budak2 main kat parit. dulu selalu lah. kat kampung pun budak2 dah agak moden. :)
Along Fina said…
err..
oit!
study la...

ok jom ulangkaji...
main ada beberapa jenis
-main unoccupied
-main solitary
-main onlooker
-main parallel
-main associative
-main cooperative

ok.. da hafal jugak... oo.. kat ipgm blaja bendalah ni ke? cam pelik je???
masa kecil saya tidak ada life cakap sorang-sorang. hahaha. saya cuma main anak patung kertas: paper doll. sekarang paper doll dah tak wujud dah kot.

zaman semasa kecil saya penuh dengan usaha membaca buku-buku cerita hikayat. haha.

main pondok2 ngan masak2 tak pernah habis. anak2 zaman sekarang dah takdek life cam dulu2..
ayisy said…
norashikin, saya duu suka betul kalau ada orang jual buku kat sekolah. rasa macam best giler. padahal bukan rajin sangat baca buku. hehe.. tapi masih ingat satu buku pasal cerita dongeng hantu. hehe..

sekarang ni tak tahu lah ada lagi ke tak budak2 yg main masak2 atau pondok2. emmm...
ayisy said…
Fina, kat IPGM belajar psikologi, pedagogi dan pengurusan sekolah. huhu.. pengurusan kokurikulum lagi, psikologi kanak2, huraian sukatan pelajaran...macam2 lah. pening dibuatnya. hehehe...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???