Monday, 21 June 2010

Review Lagenda Budak Setan.



Ketika zaman orang sibuk dengan novel Lagenda Budak Setan, aku masih lagi di sekolah rendah. Tidak tahu apa itu novel, mungkin kemahiran membaca aku juga belum fasih. Heh! Masuk sekolah menengah, barulah aku berpeluang mengenali apa itu yang dinamakan novel Lagenda Budak Setan. Terkejut aku ketika melihat ketebalan novel tersebut. Bapak tebal!

Aku cuba membaca. Entah berapa helai muka surat je aku berjaya baca. Sampailah ke hari ini aku tak pernah tahu apa itu cerita Lagenda Budak Setan. Tapi, setelah Lagenda Budak Setan difilemkan, aku agak tertarik untuk menontonnya. Iyelah, dengarnya novel Lagenda Budak Setan antara novel terlaris di Malaysia dan menjadi kegilaan remaja suatu ketika dahulu. Huhu...

Setelah menontonnya... Apa yang aku boleh katakan filem ni memang best! Berjaya membuatkan aku tersentuh. Walaupun pada permulaan cerita ia membuatkan aku hampir kecewa kerana bagi aku jalan cerita permulaan tak berkesan langsung. ‘Feel kesetanan’ Farid Kamil (Kashah) ok cuma seperti ada kekurangan. Zaman percintaan Kashah dengan Ayu (Lisa Surihani) juga bagi aku macam biasa-biasa jek tak mampu membuatkan penonton hati berbunga.

Sampai sahaja pertengahan cerita, baru ‘feel’ tu datang. Baru emosi aku terganggu. Baru la touching-touching orang kata. Sampailah di akhir cerita, filem ini memang memainkan perasaan penonton. Dari segi sinematografi, memang cun! Gambar cantik! Tak kaku. Dan satu lagi, lagu. Ya! Lagu dalam filem ni memang menusuk dan kena dengan situasi dalam filem.


Haa.. Budak sebelah kiri tu Budak Baik. Wakaka!

Beberapa adegan yang nak muntah juga ada. Adegan bagaimana Lisa Surihani (Ayu) minum air Coca Cola yang ada cicak lalu tercekik cicak tersebut. Weeekkk! Sumpah geli gila bila tengok. Tapi kesian kan bila Lisa yang comel tu tercekik cicak? Hehehe. Ni semua perbuatan Farid Kamil (Kashah) yang memasukkan cicak ke dalam air Coca Cola tu. Huhu...

Apapun, secara keseluruhan aku boleh bagi 8/10 untuk filem ni. Ini pendapat aku jelah. Lain orang lain citarasanya. Ok, yang belum menonton, selamat menonton! Yang malas nak baca novelnya tapi nak tahu cerita Lagenda Budak Setan, tengok jelah filem ni. Best jugak. Hehe.. Bye!

P/S : Ada orang kata siapa dah baca novel Lagenda Budak Setan akan kata filem ni tak best, tapi kalau tak pernah baca akan kata best. Sinopsis? Hehe. Google sudahh...


8 comments:

lyndadyana said...

jgn harap la nk bace novel tebal 2..
huhu.. tp cite nih sgt2 besh.. nges glr tgk.. sgt suke.. lagu bila cinta!!!

ayisy said...

lyndadyana, Hahaha.. Novel tu mmg tak sanggup nak baca. Tebal. Cerita ni rasanya antara filem cinta Melayu yg terbaik la. Gambar, lagu semua mmg terbaik! Huhuhu.

Afzainizam said...

Abah oh Abah...
Kerana abah aku disini
Kerana abah aku gembira
Kerana abah kuterasa bahagia…
Terima kasih atas segalanya
Abah oh Abah…
Tak pernah kau keluhkan
Semenjak kecil aku dibesarkan
aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu
Teguran mu.. Marah mu..
Tanda sayangnya abah pada anak mu
Anak mu saja tak peduli dan buat tak tahu
Abah oh Abah...
Abah…engkau semangatku
kau padamkan air mataku...ketika aku bersedih…
Engkau penawarku ketika aku sakit…
ketika aku ketawa .. engkau turut ketawa
Abah oh Abah...
Namun ketika engkau berduka ?
Aku harap Akulah penawar duka laramu
Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…

Doa ku untuk mu
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"
O our Lord! And forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be establishe
Surah Ibrahim 14:41

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

aku pernah baca buku dia tapi tak khatam.... nak gi tengok kat kluang ngan member kat sana cam bes aje

Nazz@Purple said...

hehehe..mlm ni nazz nak gi tgk..

fiD said...

kalau korang nak tahu,
aku tengo cerita ni ngan ayisy, then dia nangis,hahaha

=P

ayisy said...

Afzainizam, Thanks utk komen. Sama la aku un tak pernah khatam novel tu. Tebal. Hehehe... Filem Lagenda Budak Setan not bad la. :)

Nazz@Purple, Hehehe.. Selamat menonton. Jgn touching2 plak nnt. :)

Fid, Aku nangis jek, Fid meraung2 sambil hentak2 dahi. Hehehehehe...

pudding pie said...

betol2, kalau x bce buku die mmg kata best.. aku ler tuh

member yg bace pun kecewa sbb die dah baca.. susah filem adaptasi novel ni..