Saturday, 26 June 2010

Hidup Perlu Diteruskan...


Seronok betul tengok kanak-kanak ini bermain. Tanpa menghiraukan orang sekeliling, mereka rancak dan khayal dalam dunia yang mereka cipta. Malu? Ahhh! Jauh sekali.

Hidup semasa kanak-kanak memang kerjanya main...main...main. Masalah? Kalau tak Si Cikgu Garang, kerja rumah yang melambak. Itu jek.Makan minum? Ahhh! Masa kecil mana ada rasa asyik nak makan. Siap mak ayah paksa suruh makan adalah. Haha!

Rasa mengantuk? Takde maknanya lepas sekolah nak tidur. Bukan macam orang dewasa, habis kerja/kuliah mesti kena tidur. Ngantuk woo... Haha.


Saja letak video ni bagi feel sedih-sedih sikit. Hehe.

Aku nak balik ke zaman kanak-kanak? Tak. Setiap zaman dalam hidup aku ada manisnya, ada pahitnya dan ada masamnya. Paling manis? Zaman remaja la. Habis sekarang zaman kau dah tak manis ke Ayisy? Manis... Cuma tak semanis macam dulu-dulu. Banyak perkara kena fikir. Walaupun duit penuh dalam poket, ada kenderaan sendiri dan orang panggil ‘bro’... Tapi taklah hidup sesenang macam di sekolah dulu.

Apapun, di manapun tahap kita berada, kita mesti kena kuat menghadapinya. Setakat sedih-sedih nak balik ke kampus tu biasalah. Setakat sedih-sedih duit makin sikit adatlah. Setakat jiwa-jiwa awek minta putus redha jelah. Hahaha!

Perasaan ni jangan dilayan sangat. Rasa kecewa pun janganlah sampai melarat. Kalau gembira? Berpada-padalah. Assalamualaikum. Huhu.

6 comments:

nisya said...

betol la.. remaja paling best. skarang dah tua tak sebest zaman remaja dulu heheee (tua la sangat) :)

Afzainizam said...

Beb aku dah try dah air cool tu.... memang cool beb...

aku turun gi parit Mahang Parit Raja... Singgah Senggarang dan seterusnya aku gi Parit Salam Simpang lima... adahal skit... pastu singgah jap up town BP ni....

Beb aku cuma tak sempat tengok wayang aje.. ingat ade masa nak tengok budak setan ni... masa tak sempatlah kena balik kulai lah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Afzainizam said...

hah kalau ko nak tau aku meng habiskan masa aku kat Parit mahang. membesar hidup di kalangan kelompok masyarakat Jawa... dan selalu lepak kat Kampung Rojo Sari... Jawa tuuuu...

aku habiskan masa remaja ambik upah petik buah kopi dan kopek kelapa buat kelapa salai...

kami orang susah masa tu.... kena cari duit kocek buat bekal sekolah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

ayisy said...

nisya, Zaman remaja lg2 zaman sekolah menengah memang manis. Huhu... Walaupun kita tak la tua, dah menuju ke dewasa, masalah dan hidup semakin sukar. :)

Afzainizam, owh... Rejo Sari kat jalan Parit Botak tu. Selalu gak lalu jalan situ. Huhu..

Hidup ni nasib dan rezeki Tuhan dah tentukan. Ada yg dah lahir terus senang, ada yg susah. Yg penting kita berusaha utk mencapai kebahagiaan hidup. :)

fiD said...

hhooh.. teringat ko punyer basikal bmx...

joh tu dr sggrg ke kmpg baru, huu...

ayisy said...

fid, Huhu. Eh, bukan basikal BMX, tp mountain bike kot namanya.

Tu arr kayuh dr skkb<>senggarang. Huhu. Kecik2 mana tahu erti penat. Janji seronok!