"Bos" Swatch Group Meninggal Dunia.

Nicolas Hayek.

Sudah lama aku tidak menulis pasal jam tangan. Bagi peminat hardcore jam tangan berjenama Swatch, anda perlu bersedih sebab bos/pengasas kepada Swatch Group telah meninggal dunia baru-baru ni. Nama dia ialah Nicolas Hayek. Sob3! Dah...dah. Tak payah nangis sangat-sangat. Gembeng! Hehe.

Walaupun beliau telah meninggal dunia, aku harap pewaris Swatch Group tetap berjuang meneruskan legasi Swatch. Aku dah la minat giler dengan jam Swatch. Nasib baik semasa beliau hidup sempat jugak aku beli jam Swatch. Selain jam jenama Swatch, jenama jam tangan lain seperti Omega, Tissot, Mido, Longines, Certina dan banyak lagi juga termasuk dalam Swatch Group. Peew! Komfem Si Nicolas Hayek ni kaya raya.

Bila aku ingat Swatch, terus tergambar keceriaan yang dibawa oleh Swatch. Sebuah jenama jam Swiss Made pada harga mampu milik dan style. Kepada peminat Swatch, jangan lupa untuk usha model terbaru Swatch yang diberi nama Colour Codes, jam yang simple dan style!


Swatch Colour Codes! Nak satu! Aggghh!

Kepada pembaca, aku nak minta maaf jika tak dapat membaca blog korang dan membalas sebarang mesej, komen atau chat. Aku guna WiFi jek ni, banyak kena block. Apapun, semoga ceria-ceria selalu!

Comments

duniajam said…
Kematiannya suatu yang mengejutkan untuk semua org dalam komuniti jam. Jasa beliau cukup besar dalam membangunkan empayar Swatch Group pada tahap sekarang. Setiap yang hidup pasti akan mati... begitulah hidup kita semua....
nIsYa said…
ayisy!! nak swatch colour codes kaler pink!!
ayisy said…
duniajam, Yup! Sy pun baru baca pasal dia kat internet. Umur pun lebih 80tahun klu tak silap. Lama dah.

nisya, HUhu... CUba minta mak ayah dulu mana tahu dapat. Huhu. Sy nak beli pun kena tgok ada duit lebih ke tak. :)
hans said…
mati sebab sakit tua ke apa oit?

ayish
besday aku dah dekat
nak jam
hahahaha
ayisy said…
hans, Tak pasti la aku punca dia mati kenapa. Emmm...

Aku pun dah dekat! Hehehe... Jam? Adehhh! Kopak duit aku. Hihi...
fiD said…
ape lagi ayisy, ko pulok ambil aleh, hoohohho
ayisy said…
fid, Kalau aku ambik alih, aku bg kau satu jaw Swatch. Ko pilih jek nak model apa. Hehehe...
fiD said…
aku nak model pertama...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...