Burger BigMac Baik Punya!
Aku dah pun berada di kampus. Sedih gak la. Biasanya, lepas cuti panjang memang rasa sedih akan menjelma semasa minggu pertama di kampus. Kenapa yek? Daripada zaman tinggal di asrama sekolah sampai sekarang perasaan tu mesti ada. Aku tak suka seh... Tak boleh ke perasaan ini hilang?
Huh! Kena kuat kena kuat. Ditambah dengan keadaan broadband yang kena potong sebab tak bayar. Wifi pula block macam-macam. Menambah rasa bosan dan tension aku. Facebook tak boleh buka. Huk!
Blog ni pun terus jadi bosan bila aku cerita macam ni. Haha... Ok-ok. Perasaan manusia memang kita tak boleh kawal. Tapi apa sebenarnya yang membuatkan kita rasa sedih, gembira, sakit hati dan sebagainya yer? Entahlah. Itulah kebesaran Tuhan.
Dah..dah. Tak payah kau sedih Ayisy. Jom layan cerita masa cuti lepas. Khamis lepas aku lepak McD dengan member. Macam biasa order burger BigMac. Bila nak makan jek, aku terasa seperti ada keganjilan. Ya! Keganjilan! Sila buat mulut terlopong seperti teruja. Hahaha...
Aku dah mula nak marah! Mood dah lain macam sikit. Sebab BigMac aku ada satu daging jek. Mana aci! Huhu. Sekali rupanya ada dua la. Cuma dia terletak sama-sama macam burger DoubleCheese. Huhu. Terus aku gelak. Kesian pekerja McD tu kan, mesti penat sangat sampai tersalah setting burger untuk aku. Hehe... Apapun, burger McD sedap! Haha.
Comments