Cuti Oh Cuti!

Walaupun badan sakit selepas camping, cuti punya pasal sanggup redah highway balik kampung. Hehehe...

Wuuuhuuu! Aku dah kat rumah sekarang. Puas menunggu saat cuti akhirnya tiba jua. Hahaha. Memang seronoklah. Seksa tak seksa nak tunggu cuti. Daripada eksiden 3 minggu lepas, kemudian exam selama 2 minggu dan camping seminggu... Pehhh... Dia punya letih... Tapi keletihan itu semua terus hilang bila aku menghirup udara segar di tempat kelahiran aku. Hahaha. Serius weh terus segar. :P

Nak dijadikan cerita, tadi petang aku keluar berjalan buat kali pertama sempena cuti ni. Keluar pergi makan jek kat Pantai Sungai Lurus. Dah mengidam sangat otak-otak Kempas. Masa aku minta order tu, aku cakaplah “Nescafe tarik”. Waiter tu jawab Nescafe O. Aku pun jawab balik, “tak... Nescafe tarik”. Waiter tu jawab lagi “Nescafe O la tu”. Aku pun macam bingung-bingung iyekan jek. Kot-kot tu bahasa kat situ padahal kat kampung aku jek. Takkan sejak aku berada di perantaun 3 tahun bahasa dialek Johor dah bertukar? Hik3!

Bila air Nescafe tarik yang aku order sampai, tengok-tengok air Nescafe O. WTH? Apesal pelik sangat waiter tu tadi? Aku dah cakap jelas-jelas “Nescafe tarik”, yang dia sibuk sangat nak cakap Nescafe O apesal? Ish3! Nasib baik mood aku tengah cuti, hati aku pun cool jek. Kalau kat Lipis memang dah kena maki hamun dah. Hahaha.

Takpelah, janji aku dapat makan otak-otak Kempas. Sedap woo... Lagi-lagi tengah panas dan pedas. Memang kaw lah. Naget kat restoran makanan segera pun tak sesedap otak-otak kat sini. Hehe... Lepas ni aku nak bantai cikong, nasi bariyani, martabak Singapura dan segala jenis makanan yang aku tak dapat masa kat kampus. Memang aku target nak puaskan nafsu makan yang tertangguh selama lebih kurang 4 bulan. Hehe..

Apapun, kepada yang sedang bercuti, selamat bercuti. Jaga diri elok-elok. Bye!

Comments

Mahirararara said…
selamat bercuti !
nIsYa said…
amboi2 hehee

happy holiday :)
ayisy said…
maheyra, thanks! huhu..

hanie@nisya, hehehe.. Selamat bercuti juga klu tgh bercuti. :)
hans said…
walaweh
balik naik moto
gila best
ayisy said…
hans, Mmg best Hans. Badan sakit tak terasa sakit. Hehehe..
hans said…
walaweh
insyaallah nanti nak try la kalau berani
hahaha

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...