Minuman Sihat : Air Cikong


Nasi Ayam + Cikong = RM4.00 sahaja.

Kalau datang ke Johor, selain daripada mencuba Nasi Bariyani, Mi Bandung dan Otak-otak, apa kata korang cuba pula Cikong. Apa benda tu Cikong? Cikong ni merupakan sejenis minuman yang aku rasa hanya ada di Johor sebab kat negeri lain aku tak pernah nampak Cikong. Cara sebut Cikong senang jek (Ci + Kong). Aku sendiri tak tahu kenapa orang panggil Cikong. Bagi yang tak pernah dengar mesti malu-malu nak sebut pasal bunyi lain macam kan. Hahaha...


Haa.. Inilah Air Cikong.

Air Cikong ni merupakan air yang dicampur dengan buah-buahan seperti laici, barli, kelapa, kacang dan sebagainya. Mungkin ianya hampir sama dengan Laici Kang kat tempat lain. Entah-entah sama kot sebab aku tak pernah cuba Laici Kang. Bunyi pun dekat-dekat sama. Kang...kong...kang...kong. Dah terbunyi sayur kangkong plak. Hehe...


Dua member aku sedang menikmati Cikong. Ops! Soryy la Fid aku terpaksa sensor mulut tuh. Hehe...

Rasanya? Peww! Ada rasa manis, masam dan rasa buah. Harganya pun takdelah mahal sangat. Sekitar rm1.00-2.00 jek mengikut kedai. Kalau di Batu Pahat, Air Cikong paling sedap pada pendapat aku terdapat di sebuah gerai berdekatan sekolah lama aku SMKDBL. Nama jalan tu Jalan Lim Yew Leong. Nak masuk jalan tu ada kedai basikal Lerun. Kalau tak jumpa bolehlah roger aku pastu belanja makan sekali. Hak3!


Ni kedainya. Sorry tak nampak sangat. Malu-malu nak snap. Wakaka!

Kedai tu memang murah. Aku kenal sejak tingkatan 1 lagi. Hari tu aku makan Nasi Ayam dengan Air Cikong cuma RM4.00 sahaja. Memang destinasi bajet la kata orang. Selain tu dia ada jual soto, kuih muih, popia, pisang goreng dan sebagainya.

Kedai tu dulu-dulu ada trademark. Bila Air Cikong dah siap dia akan letak kat meja kaunter dan akan jerit “Cikong Siap!!!!”. Hahaha... Dia punya tune sebut “Cikong Siap” ada lain macam sikit la. Tu yang jadi trademark tuh. Sekarang dah takder, dia guna loceng. Huhu.. Ting..ting. Ok, selamat memburu Air Cikong! Hahaha..

Comments

Nazz@Purple said…
Wah..bestnye..cikong..laici kang la kan..erm kene try ni..
SyuQ said…
mungkin laicikang kot
miaishika said…
ske cikong sejuk~~~
ayisy said…
nazz@purple, Tak pasti pulak Cikong tu mmg sama dgn Laici Kang ke tak. Huhu..

Syuq, Yup! Kemungkinan jugak. Nnt aku try Laici Kang. Tgok sama ke tak. Huhu..

Ecahmiaishika, Emmm? Cikong ada panas dan sejuk. Hehehe... Sejuk sedap, kalau yg panas mcm kurang sikit. Hehe..
nIsYa said…
nape sensor mulut dia tu? hehee
ayisy said…
nisya, hehehehe.. Adelah.. Rahsia. :P
hans said…
kenapa censored?
nih mesti mulut dia ada terlekat apa2 nih..haha

aku rasa cikong dengan laichikang tu serupa jer kut
nama je lain
Yatre Hayati said…
cikong ngan lai chi kang sama jer!!! cikong orang jawa,lai chi kang orang cina. heheh..tade la tipu jer. yang penting benda th sama..
Afzainizam said…
WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

laici kong laici kang... pua chu kang satu...

ahhhh haaa... macam macam ade kat laicikang ni aku suka yang panas.... ni macam minuman herba lah kiranya sejukkkan suhu badan...

RM 4 hengget wow murah tu.... memang budjet tu....
ayisy said…
Hans, Hahaha.. Adelah. Rahsia. Emmm.. Tu lah aku rasa mcm sama jek Laicikang dgn Cikong. Takper2, nnt aku buat kajian. Hehe..

Yatre Hayati, Huhuhu... Mmg sama eh? Cikong tu bahasa Jawa ke? :)

Afzainizam, Pua Chu Kang? Dont play2 ha! Hahaha.. Dah lama tak dgr nama Pua Chu Kang...

Mmg kat kedai tu murah. RM4 jek Nasi Ayam+cikong. Fuh!
fiD said…
huhuhu...

dah 6 bulan picture tu,

apesal ek disensor? hhoho
ayisy said…
fid, Hahaha.. Jap jek dah bulan 6. Mulut kau terkeluar popia. hahaha...
pudding pie said…
aku suka nasi ambang.. kat bp jek sedap giler..hahaha
ayisy said…
Pudding pie, hahaha. Itu makanan org Jawa. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...