Big Mac Oh Big Mac! Nyum3!

Big Mac!

Kalau dah lapor sangat, mesti la kena makan nasi kan. Tapi sesekali tengah lapor giler layan burger di McD atau gerai tepi jalan syok gak. Kalau kat kampus, bosan-bosan aku akan beli burger kemudian lepak dengan member di atas bukit (Residen House K.Lipis) sambil menikmati pemandangan Kuala Lipis pada waktu malam. Best!

Tapi jika di kampung aku, aku selalu layan burger McD. Ataupun masak sendiri di rumah, buat DoubleCheese Burger versi Homemade. Layan! Hahaha...

Terbaru, aku dengan member layan burger Big Mac. Seumur hidup aku, cuma pernah sekali jek layan Big Mac. Itupun masa kecil-kecil dulu. Masa makan dulu, peh! Tak sedap seh sebab ada cheese. Dah lah susah nak makan kena buka mulut besor-besor. Maklumlah kecil lagi, mulut pun masih comel. Hehehe...

Sekarang bila dah besor, aku paling suka burger ada cheese. Tapi entah kenapa setiap kali order burger di McD, mesti aku pilih DoubleCheese jek. Tak pandang pun Big Mac. Mungkin aku tengok macam besor giler. Tapi minggu lepas, member aku suruh cuba. Aku pun layan la. Emmmm... Boleh tahan BigMac ni! Rasa lebih kurang DoubleCheese cuma lagi besor! Besar punyerrr! Hehe..


I'm lovin' it!

Blurrrp! Aik, belum makan dah sendawa? Haha...

Burger dah besor, sos pun kena banjir!

Haaa... Yang ni DoubleCheese burger versi buatan dalam rumah. Tapi takder cheese pun sebab malas nak pergi beli.

Apapun, makan tu kena beringat gak. Kalau jenis badan senang naik makanlah berpada-pada. Kalau macam aku kurus cekeding ni takpelah. Hahaha... Agak-agak takder bajet nak makan di McD, jangan risau. Apa susah, beli jek burger Ramli sebungkus, roti burger dan keju. Kemudian buat sendiri di rumah. Senang! Murah pun murah. Huhu. Selamat mencuba dan menjamu selera. Bye!

Comments

pudding pie said…
burger ramly mmh sedap!!!

dari kecik sampai besar sentiasa jek ada brand tuh..hahaa
ayisy said…
pudding pie, Burger Ramli mmg dah femes. Rasanya pun sedap n berkualiti kalau nak dibandingkan dgn jenama lain. Huhu..
nIsYa said…
mau koyak mulut nganga besar2 sumbat big mac hehee
ayisy said…
hanie, huhu.. Kecik2 dulu mmg tak muat nak makan burger besar2. Skrg dah muat dah. Hehe.
Afzainizam said…
WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

hah aku suka makan burger tepi jalan tu jerrrr.. nak gi mc D ni modal kena beso....

burger rumleee daging dia ok... kalau burger purnama daging dia kasar...
ayisy said…
afzainizam, Aku rasa burger Ramli yg paling terbaik. Tebal dan sedap. Berbanding burger lain kdg2 ada yg nipis sangat. Huhu..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...