Barang Made In ???

Sebenarnya, persoalan ni dah lama terbuku dalam serebrum aku. Kalau kita lihat pakaian atau barang berjenama contohnya Nike, Adidas, Puma, Converse dan sebagainya hampir kesemua akan tertulis Made In China, Made In Indonesia, Made In Malaysia dan sebagainya pada tagnya. Biaselah, walaupun jenama macam Nike berasal dari negara orang putih tapi barang-barang mereka kat Malaysia selalunya dibuat di Asia untuk menjimatkan kos pengeluaran. Jam tangan pun sama gak, walaupun jenama dari Jepun tapi kebanyakan dibuat di China dan Thailand. Sesetengah je yang betul-betul Made In Japan. Ahhh! Tengah giler jam Grand Seiko (tak mampu beli pun, harap masa hantaran :P).

Cuma yang membuatkan aku terfikir, kenapa syarikat-syarikat besar ni mesti nak tulis Made In China, Thailand pada barang mereka. Syarikat Nike dan Adidas lagilah ada baju diaorang tulis Made In Thailand walaupun ori (buat kat Thai). Bagi aku lah kan, bila diaorang tulis Made In China pada label barang, jadi nampak macam tak ori walaupun ori. Bagi aku feel pada barang tu dah kurang. Aku bukanlah demand sangat Made In apa pun cuma bagi aku kan lebih baik tak payah tulis Made In China atau sebagainya. Tulis jek Design In USA (contoh pada kasut Converse) ataupun tak payah tulis apa-apa. Lagi senang. Macam sesetengah jenama pakaian jenama Malaysia yang berkonsepkan Eropah, diaorang tak tulis pun made in apa pada barang mereka supaya nampak eksklusif. Orang pun ramai yang beli. Hehe..



Papepun, Made In apa tak penting sangat, yang penting kualiti. Kalau jenama jek grand tapi kualiti low buat apa. Aku pernah nampak selipar jepun jenama Nike harganya mak aih RM70++, baik aku beli selipar jepun kedai apek baru RM4, bukan orang tau pun. Sodap pun sodap, retro pun retro. Hehe... Aku pernah beli jam Swatch palsu RM10 jek tahan dekat 2 tahun. Puas memakai…

Alternatifnya beli bundle sudah… Banyak jenama mahal dijual pada harga murah giler dan kualiti terbaik! Aku pemilik beberapa seluar bundle dibeli pada harga Rm18. Hehehe… Tetapi tidak pernah beli seluar bundle jenama Dockers sebab takder saiz. Paling kecil saiz 32. Heh! Jeles giler bile tengok member beli seluar khakis Dockers cantik-cantik pada harga murah. Oh pinggangku, cepatlah membesar sehingga saiz 32…tambah 2 inci jek lagi. Huk!


Kedai Bundle...

gambar kredit kepada : plazaplzen.eu, zulfazlizan.wordpress.com

Comments

Nadiene said…
ohhoo,,, teringat aku time ostel.. sluar aku kena rampas ngan azuhan.. lEVIS codroi original.. beli kat big bundle jek.. made in usa lagii.. tapi... dah kena amek,, wwAWwwa
Afzainizam said…
Salam tu ayisy http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

EEEEMMMM..... Beli yang Original biar lah puas hatikan... tapi kang kadang yang tak ori ni pun boleh tahan gak lama gak pakainya tu....

Biar papa asal bergaya... Biar nampak original asalkan orang tak tau aku pakai yang tak origin...

ape pun tepok dada tanya selera... antara kuasa pulus atau pulus yang menguasai fikiran kita.... kita masih waras untuk berfikir...

Gunakan hak anda sebagai pengguna....
umm..ayisy..

klu ko beli seluar jean made in zimbabwe..mesti lawa kan...
ayisy said…
fid, cuti nih kita pergi asrama jom... jumpa adzuhan mintak balik seluar kau tu. Hehehe...

Afzainizam, bagi aku kalau nak bergaya mahal tapi duit kurang pergi jek bundle. Tapi aku selalu beli pakaian kat The Store jek sbb murah. Hehehe... Yang penting kene pandai bajet duit.

Pejuang Kesenian Extreme, hahaha.. Seluar Made In Zimbabwe aku tak tau la style apa. Mungkin hip hop kot pasal negro. Hahaha..
PeMiKiR said…
ye lah..aku rasa diaorang tulis tu untuk menunjukkan bahawa negara mereka pun mampu terlibat secara langsung dalam menghasilkan produk 2...setuju tak?just my opinion..
ayisy said…
pemikir, mungkin juga. Nak buktikan negara mereka mampu. Tapi kalau untuk marketing, aku rasa baik tak payah tulis Made In apa sebab ada pembeli mmg demand dengan sesuatu barang. Nak yg branded dan buatan barat jek. Huhu..
zakir932 said…
suatu ketika dulu-duluan kalu nak beli seluar orek la kan firstly tengok kaki seluar tu ada kepala kain warna merah... klu ado pasti beli sebab macam jadi trademark klu ado kepala kain tu tandanya macam limited edition la... pernah jugak ternampak terbelek selipar jepang yang berharga RM300 jenama PRADA... bagi aku macam tak masuk akal apa ke bende bahan materialnya yang di gunapakai hingga harga macam harga buang saka hantu raya. bukan-bukan orang putih nih...
ayisy said…
zakir, oh, masa sekolah dulu budak2 pun cakap camtu. hehe.. Selipar Jepun rm300? peh, baik beli kasut terus. rasa macam tak berbaloi plak beli selipar Jepun mahal2. huhu..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-