Budaya Ngecek...

Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan cerita. :P

“Karim, mintak sikit kopok kau?”

“Weh, sikit-sikit! Nak gak”

“Daud, seteng kuih ko?”

Masa sekolah dulu biasalah ngecek-ngecek member. Adat. Tak bagi memang sah kene cop kemut atau mantul. Pew! Pernah dengar ayat mantul? "Mantul seh budak kecik nih dengan senior". Contoh gitulah. Maksud secara ilmiahnya (eceh!) melawan.

Beli jajan kat sekolah mesti ada member ngecek kan. Kalau yang jenis tak kisah ye tak kisah. Kalau yang jenis kemut mesti panas hati kan. Hehe... Tapi tu masa sekolah jek lah. Dah besar ni aku tengok takder lagi keadaan macam ni. Nak beli jajan 20 sen pun segan ye tak. Apa barang beli jajan 20 sen. Paling koman jajan yang paket besar tu la. Heee...!

Siapa yang pernah duduk asrama, korang mesti pernah bawa bekalan makanan dari rumah kan. Macam biskut, cokelat, keropok dan air. Aku dulu selalu bawak makanan camni. Kat tempat aku orang panggil ‘hasil’. Bila jejak jek kaki masuk pintu dorm, member pun tanya “kau bawak hasil tak?”. Ceh! Macam member rapat jek bila cakap walau tak berapa rapat. Hehe..Kadang-kadang kalau aku bawak banyak aku open la satu dorm. Kira kekah la. Cuma kadang-kadang tu dalam situasi kebulur, aku save hasil sorang-sorang. Makan pun dengan member baik jek. Haha. Makan nyorok-nyorok kebulur punya pasal.

Sekarang? Aku tabur kuih raya atas meja takder siapa nak ambik. Kalau ada pun setakat merasa. Mungkin masing-masing dah besar. Duit pun banyak jadi tak lah kebulur. Alhamdulillah. Sekarang ni pun kalau member mintak aku tak rasa benda pun. Nak ambik semua pun ambik la. Tiba-tiba teringat masa form 1,2 kalau tak silap, aku beli gula-gula lolipop. Sekali tu ada senior rembat gula-gula aku tu terus masuk mulut. Ternganga mulut aku tengok dia buat camtu. Sedih siot. Kempunan giler. Nak beli lagi takder duit. Huk!

Walau apapun, semua tu jadi kenangan manis. Woi budak IPGM, jom budayakan kembali budaya ngecek. Sikit…sikit…sikit…sikit..! Muahahaha…

*Sedekah amalan yang mulia. Yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Hehe...

Comments

Nadiene said…
hasil d bawe oleh junior,,ahahha, aku pow la, apelagi.....
ayisy said…
fid, hahaha.. aku pow junior jugak namanyer Wan. Selalu bawak kentang Pringles. Keh3!
biasa ar tu ayisy..
dak2 cduk asrama je rasa cam nih..
ayisy said…
moor afzan, duduk asrama mcm2 perkara berlaku. hehe.. dah besar benda tu semua hilang.
Oo..brani kO pOw 'kerabat' Wan..haha
dulu kat tempat saya pun panggil hasil gak. hahaha. tapi istilah tu dah lama hilang.

bdak perempuan takdek budaya 'mengepow'. tapi kat aspura junior teruk di'pow' oleh senior2. buli menjadi2. takyah cakap aa.. belasah junior form1&2 hal biasa. huh.

dan sekarang di universiti...semuanya berbeza. budaya berjiran macam tak hidup sangat je.
ayisy said…
norashikin, panggil hasil jugak? peh, sama. hehehe..

ngepow, buli tu biasalah masa duduk asrama. didikan tak formal untuk menjadikan seseorang itu lebih tabah. :)
acap de souza said…
aku asrama dulu kitorang panggil 'stok'..

memang tensen gak la time parent bawak bekal nasik ke ari minggi dtg melawat
ade lak org mengepow..kalo sorang tak pela...ni bawak segerombolan...
ayisy said…
tu arr. kalau yg mintak sorang dua takper. ni ramai2 sampai kita pun dpt sikit jek. hahaha. kenangan2...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???