TITAS: Peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Malaysia

Salam sejahtera semua. Hari ini aku nak kongsi sikit pasal Peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Malaysia. Sapa-sapa yang belajar Tamadun Islam dan Tamadun Asia,boleh la baca artikel yang aku bagi ni. Kalau nak wat rujukan ke,perbentangan ke,rujuk ni. Selamat membaca.


—Di Tanah Melayu, Melaka menjadi pusat perdagangan utama.
—Kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor juga merupakan pusat perkembangan Islam.

Pengaruh Islam Terhadap Politik:

—Berlaku terutamanya dalam Institusi Kesultanan dan Perundangan.
—Pentadbiran: Istilah Sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermakna bayangan Allah di muka bumi.
—Konsep ini menjadi teras institusi raja. Pengesahan berlandaskan Islam terhadap kewibawaan seseorang raja itu.
—Gelaran seperti Khalifah Mukminin yang bermakna pemimpin orang mukmin.
—Contoh: Sultan mahmud Shah di Melaka, Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin di Pahang.
—Tokoh seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan.
—Selepas kedatangan Islam, institusi sultan di tanah Melayu kekal sebagai institusi berdasarkan perwarisan.
—Sistem ini meletakkan raja@sultan sebagai kuasa tertinggi.
—Negeri Sembilan;Adat Pepatih. Tunjang kuasa bukan terletak pada sultan tetapi pada Yang Di-Pertuan Besar.
—Institusi kesultanan Melayu mempunyai hubungan erat dengan ulama. Golongan pemerintah di Melaka contohnya, mendapatkan nasihat dari golongan ulama seperti Makhdum Sayid Abdul Aziz,Maulana Abu Bakar,Maulana Sadar Jahan,Maulana Jalaludin.

—Konsep daulat. Bermaksud bahawa seseorang raja atau sultan itu mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja melanggar arahannya(derhaka) akan menerima akibat(tulah).
—Bagi mengukuhkan konsep ini, pelbagai adat istiadat diwujudkan.
—Contohnya, adat istiadat membabitkan cara berpakaian dan jenis pakaian,bahasa dan pengucapan,tingkah laku dan sebagainya.

Perundangan


—Terbahagi dua; undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis.
—Undang-undang tidak bertulis juga dikenali sebagai adat.
—Terdapat dua jenis adat,iaitu Adat Pepatih dan Adat Temenggung.
—Adat Pepatih diguna oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan Naning,utara Melaka.

Undang-undang Bertulis

—Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, dan sebagainya.
—Hukum Kanun Melaka terdapat 44 fasal,Undang-undang Laut pula mengandungi 24 fasal.
—Kehadiran Islam telah memperkembangan undang-undang bertulis seperti Undang-undang Laut Melaka,Hukum Kanun Melaka,Undang-undang Pahang,Undang-undang Kedah,Undang-undang Perak dan Undang-undang Johor.

Pendidikan


—Pendidikan bercorak formal telah berkembang pesat dan tidak terhad kepada golongan atasan sahaja.
—Menekankan keagamaan. Dilaksanakan di istana,masjid,rumah,surau,madrasah serta pondok.
—Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah.
—Pendidikan bukan sahaja melibatkan keagamaan tetapi juga hal pentadbiran negara dan sistem politik.
—Di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu formal seperti fikah, tajwid,cara dan bacaan sembahyang serta lain lagi.
—Di sebelah malam, kandungan pengajian merangkumi ilmu fikah,usuludin,hadis,tasawuf dan sebagainya untuk orang dewasa.
—Sistem pendidikan formal lebih teratur ialah pendidikan pondok.
—Sistem ini meluas di negeri Kedah,Kelantan,Terengganu,Perlis dan Pattani.

Bahasa dan kesusasteraan

—Pengaruh Islam paling ketara ialah tulisan Jawi.
—Sebelum tulisan Jawi,beberapa tulisan lain telah digunakan seperti tulisan Pallava,Kawi,Sunda Kuno,Batak dan Rencong.
—Kedatangan Islam memperkenalkan huruf Arab dan diterima oleh orang Melayu setelah dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu.
—Setelah Islam datang ke Melaka, penulisan karya berkembang.
—Terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi.
—Terdapat hikayat tentang Nabi Muhammad s.a.w seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah.
—Hikayat nabi lain seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa a.s.

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???