Broadband: Celcom? Maxis? Digi?



Assalamualaikum!!! Hari ni aku nak citer sikit pasal broadband(3g) kat negara kita Malaysia ni. Pada pendapat korang la,antara ketiga-tiga vendor di atas,yang mana lebih bagus? Secara peribadi aku mengatakan Celcom la sebab coverage yang paling luas kat Malaysia ni. Hehehe... Bila aku baca review,forum kat internet,rata-rata ramai yang masih belum berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh vendor di atas. Tapi bagi aku,setelah hampir 3bulan menggunakan Celcom broadband,kira aku boleh berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. Walaupun kadang-kadang die buat hal,tapi masih ok la. Hehehe..

Tapi kan,yang aku masih tak berpuas hati adalah harga modem broadband ni. Peh..boleh tahan mahal gak. Harga dalam lingkungan RM250-600. Kalau pelajar macam aku fikir 2,3 kali gak nak beli. Jadi harapan aku la agar pihak yang menjual atau menyediakan segala bahan atau kemudahan di atas supaya menurunkan harga sehingga mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Secara tak langsung dapat meningkatkan lagi kemajuan Malaysia dalam bidang ICT. Hehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???