Friday, 20 March 2009

Wonder Pets


Wonder Pets ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak animasi keluaran Amerika Syarikat yang muncul buat julung kalinya pada 3 Mac 2006, dalam slot Nick Jr. di saluran televisyen kabel Nickelodeon dan saluran Noggin pada 31 Ogos, 2006. Siri ini juga disiarkan dalam alih suaraBahasa Malaysia di TV9 mulai tahun 2008.

Watak-watak utama siri kartun ini merupakan tiga ekor haiwan peliharaan bilik darjah sekolah rendah, iaitu Linny the Guinea-Pig (si tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura), dan Ming-Ming Duckling (itik), yang bersatu menjadi tiga wira bersaudara yang menyelamatkan anak haiwan dalam kesusahan sambil memperagakan manfaat nilai bekerjasama.

Rancangan ini dicipta oleh Josh Selig bagi pihak Little Airplane Productions yang juga mencipta Piper O'Possum untuk Nick Jr. dan banyak lagi rancangan kanak-kanak. Rancangan ini berakar umbi dalam sebuah filem ringkas Nick Jr. berjudul "The New Adventures of Linny the Guinea Pig," di mana Linny mengembara di angkasa lepas dan dasar lautan sendirian. Tidak lama kemudian terciptalah Ming-Ming Duckling dan Turtle Tuck, maka lahirnya rancangan bertajuk The Super Singing Power Pets!, sebelum tajuknya diringkaskan menjadi Wonder Petssahaja.

Gaya animasi yang dipakai dalam pembikinan Wonder Pets bergelar "photo-puppetry", yang mana para animator boleh memanipulasi gambar foto haiwan sebenar. Teknik ini juga menggunakan lukisan objek-objek (bukan watak), jadi hasilnya boleh dikatakan berupa animasi media campuran.

Kebanyakan dialognya adalah dinyanyi, jadi ramai yang membandingkan rancangan ini dengan persembahan operetta atau singspiel. Bagi setiap episod dibawa masuk orkestra 10 ahli, adakalanya termasuk sekali pemain muzik lain yang mahir mendendangkan muzik tradisional dari rantau yang dikunjungi wira-wira Wonder Pets dalam setiap episod. Untuk melengkapkans setiap episod dari lakon layar ke kiriman akhir mengambil masa 33 minggu.

No comments: