Muhamad Salleh bin Perang

Dato' Muhammad Salleh bin Perang (1841 - 21 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara Luar memegang jawatan penting dari tahun 1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau adalah merancang pembangunan negeri Johor.

Datuk Mohd.Salleh Perang adalah birokrat Johor yang bertanggungjawab dalam bidang pertanahan dan perladangan gambir dan lada hitam. Selaku ketua Jabatan Tanah dan Ukur Negeri beliau telah dapat membuat peta negeri yang lengkap serta bertulisan jawi. Tindakan pertamanya adalah pelukisan sebuah peta pembangunan negeri Johor. Peta itu menunujukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan atau dibina di seluruh negeri Johor. Ia juga menunjukkan bentuk muka bumi dan daerah-daerah di negeri itu. Inilah peta lengkap yang pertama sekali dilukis bagi sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
Beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti
Bandar Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893), beliau juga menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi dua wilayah Johor itu sebelum dipanggil semula bertugas di Johor Bahru. Datuk Bentara Luar dapatlah dikatakan arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor.
Kemahiran beliau berbahasa Cina dan tahu selok belok adat resam Cina membolehkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan
Sistem Kangchu Cina. Beliau mengiringi Sultan melawat negeri China dalam tahu 1880'an. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Pesuruhjaya Polis Negeri, dan berakhir sebagai ahli Dewan Negeri dan juga ahli Jemaah Menteri.

Ketika itu, Batu Pahat merupakan sebuah petempatan kecil yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung. Batu Pahat yang terletak di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat dikenali ketika itu sebagai "Pulau Kundur".
Pada
4 November 1893, Muhamad Salleh yang tinggal di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Seminggu kemudian pada 11 November, Sultan Abu Bakar menitahkan beliau untuk membuka Batu Pahat. Namun beliau memulakan usaha bagi membangun bandar itu dan menyediakan kemudahan jalan serta pejabat-pejabat kerajaan, dengan sistem pentadbiran moden.
Pembukaan rasmi Batu Pahat diadakan pada
1 Januari 1894 oleh Muhamad Salleh sendiri dan dihadiri oleh Orang-orang Kaya, penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Bandar itu mula berkembang maju di bawah Muhamad Salleh yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat. Beliau kemudian menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, dan menggalakkan orang-orang kampung membuka kebun dan membuat parit tali air. Dalam masa yang sama, pelabur-pelabur asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Muhammad Salleh berbahasa Cina merupakan faktor yang menyebabkan beliau disukai oleh orang Cina serta faktor yang membawa kemajuan ekonomi dan harmoni kepada daerah ini. Kejayaan beliau dalam pentadbiran Batu Pahat diakui oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor, dalam rangka lawatan tugas Ungku di Batu Pahat pada 21 Disember 1896.

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???