Thursday, 26 March 2009

Tamadun Hwang Ho

Helo semua. Ok,hari ni aku nak kongsi satu nota aku yang diambil dari laptop. Hahaha. Tajuknya ialah Tamadun Hwang Ho. Siapa yang nak buat kerja kursus berkaitan Tamadun,TITAS atau yang berkaitan Tamadun Hwang Ho, bolehla ambil yer.

TAMADUN HWANG HO


  • Terletak di lembah sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning utara China
  • Antara dinasti awal dalam Tamadun Hwang Ho ialah dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766S.M ,dinasti Shang sekitar tahun 1766-1050S.M dan juga dinasti Chou dari tahun 1050-256S.M

Proses pembentukan tamadun Hwang Ho

  • Tarik- lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina penempatan
  • Banpo- tapak banpo yang berhampiran Bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho
  • Aktiviti- penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu.
  • Bandar- perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah Bandar antaranya Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang
  • Selatan- semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze

Proses pembentukan Negara kota tmadun Hwang Ho

  • Anyang- petempatan awal berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar-bandar dan Anyang menjadi Negara kota terletak di kawasan tanah tinggi sungai Huan
  • Pusat- di Bandar ini terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.
  • Tinggal- Raja sebagai ketua pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal di Bandar.
  • Tembok- Anyang dilengkapi dengaan tembok untuk menghaalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleeh petani.

Organisasi social masyarakat Dinasti Shang

  • Raja- Menduduki lapian teratas diikuti golongan pembesar.
  • Petani- golongan yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di luar Negara kota
  • Artisan- memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai, dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan.
  • Tentera- golongan pembesar yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan.
  • Hamba- golongan paling bawah dalam masyarakat Shang.

Sistem pemerintahan Dinasti Shang

  • Beraja- system pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja
  • Lelaki- pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
  • Wibawa- raja-raja berkuasa ke atas kawasan pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, social dan agama.
  • Mandat- mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat dari tuhan
  • Sah- raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan agama
  • Bantu- raj dibantu oleh golongan bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayah.
  • Sendiri- golongan bangsawan berhak mewujudkan system dalam tugas pentadbirannya sendiri dalam tugas sepeti pungutan cukai,pertahanan dan undang-undang.
  • Zalim- kezaliman raja Shang menunjukkan raja kehilangan mandate menyebabkan golongan hamba menyingkirkan Dinasti Shang untuk diganti dengan Dinasti Chou.

Sistem pemerintahan Dinasti Chou.

  • Wilayah- raja-raja dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah itu.
  • Ikrar- raja-raja dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintahan dan memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
  • Lindung- mereka diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
  • Hak- pembesar tempatan diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

Pengkhususan pekerjaan masyarakat.

  • Tentera- golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing terdiri daripada tentera berkuda dan berjalan kaki.
  • Petani- golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentaadbiran berperanan memenuhi keperluan orang atasan.
  • Artisan- Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti beak minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar.
  • Hamba- golongan hamba berfunngsi sebagai tentera paksaan digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

Agama dan kepercayaan masyarakat Tamadun Hwang Ho

  • Animisme- sebahagian masyarakat mengamalkan kepercayaan animisme
  • Politesme- masyarakat Shang mempercayai politisme seperti tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.
  • Roh- mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban diketuai oleh bomoh.
  • Penilikan- bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan diatas unggun api sehingga timbul rekahan untuk meramalkan dan mentafsir sesuatu kejadian.

Bentuk system tulisan

  • Idea- rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.
  • Ideogram- tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan symbol
  • Gambar- tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.

Sumbangan tamadun Hwang Ho

Sistem Politik

Monarki- dari segi politik, system pemerintahan berbentuk monarki ditteruskan hingga ke zaman Dinasti Shang.

Maharaja- gelaran raja ditukar kepada maharaja

Mandat- raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandatt dari syurga

Dinasti- amalan pemerintahan dinasti diteruskan hingga abad ke-20

Sistem Ekonomi

Pertanian- system pengairan diperbaharui dengan membina terusan-terusan untuk mengairi kawasan pertanian dan meengelakkan banjir.

Teknologi- kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk tujuan pertanian.

Batas- petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

Besi- petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.

Sistem Sosial

Tulisan- system tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini

Bidang- penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan

Ajar- tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China

Kembang- tulisan terus berkembang dan digunakan oleh orang korea dan jepun

Agama dan Kepercayaan

Roh- kepercayaan yang masih berkekelan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang

Puja- unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa dengan unsure korban manusia digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barang peerhiasan

Yin/Yang- konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui meerupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini

Kejadian- orang China percaya bahawa alam semesta dan keejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.

Feng hsui- Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta

Kalender- semasa pemerintahan Shang, system kalendar telah diperkenalkan iaitu terdapat 30 hari dalam sebulann dan 360 hari setahun

Musim- raja menggunakan calendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai

Harian- amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan atau pengebumian.

Sun Tzu- pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyannya The Art of War membicarakan selok-belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa

Urusniaga- pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam pengurusan perniagaan

1 comment: