Dialek Johor Loghat Johor


Mungkin ramai beranggapan bahawa orang Johor tidak menggunakan dialek dalam percakapannya. Ramai menganggap bahawa orang Johor menggunakan dialek Johor-Riau yang dianggap dialek standard bahasa Melayu. Dan, sesetengah beranggapan bahawa orang Johor memang ada dialek tetapi ramai menganggap dialek Johor hanya menumpukan kepada beberapa 'istilah' dan cara sebutan 'or' pada hujung perkataan.

Pengalaman aku sebagai anak jati Johor, aku rasa orang Johor ada pelbagai jenis dialek. Kalau nak dikaji secara khusus, memang banyak sebab di Johor banyak suku asal Nusantara seperti Jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya yang setiap satunya ada lenggok bahasa Melayu tersendiri.

Cuma kenapa orang luar kata orang Johor cakap dialek standard adalah mungkin disebabkan kebanyakan orang Johor kalau berbual dengan orang luar automatik akan cakap bahasa Melayu standard. Itu pada pandangan mata aku la dan diri aku sendiri. Aku, kalau cakap dengan member luar memang susah untuk bercakap dialek Johor. Lagi satu, dialek Johor ni bagi aku terlalu halus dan sukar untuk diperhatikan. Tapi memang ada beza.

Apa sebenarnya identiti dialek Johor? Bagi aku, sebenarnya dialek orang Johor susah nak cari yang dominan. Boleh dikatakan, seorang Melayu Johor mungkin boleh bercakap lebih daripada satu dialek Johor. Pertama, dialek Melayu-Jawa. Yang ni biasanya dituturkan oleh Melayu berketurunan Jawa dan tinggal di kawasan kampung. Gaya percakapan dialek ni agak tinggi dan seperti ditekan-tekan. Banyak perkataan bahasa Jawa digunakan. Aku susah nak terangkan. Tapi aku suka dengan dialek ni.

Kedua, dialek Melayu standard tapi ada sedikit lenggok yang membezakannya. Contohnya kalau korang tengok kumpulan Sepah (Rajalawak), haa... Macam tu lah lebih kurang. Agak keras dan ditekan-tekan. Tapi ramai aku jumpa orang Johor cakap dialek standard dengan nada lembut.

Kalau korang perasan budak-budak Johor ada guna istilah 'seh' pada hujung ayat. Selalunya budak-budak muda yang guna bahasa ni. Istilah lain seperti 'bai', 'waklu', 'gerek' juga digunakan. Kadang-kadang bila cakap guna dialek ni macam gangster pun ada. Hak3!

Seterusnya, terdapat sebilangan Melayu Johor berketurunan Jawa yang masih menggunakan hampir 99% bahasa Jawa. Aku bila balik kampung, boleh dengar orang-orang berbual dengan bahasa Jawa yang pekat. Fuh!

Di daerah Mersing pula, dengarnya masayarakat di sana menggunakan dialek bahasa yang sedikit berlainan dengan orang Johor di daerah lain. Tapi yang ni aku tak kaji dan dengar lagi memandangkan dah lama aku tak pergi sana.

Memang susah kalau nak terangkan apa sebenarnya dialek Johor ni. Aku sendiri susah nak cakap. Tapi aku boleh bezakan bila dengar. Jadi, apa dialek yang aku sendiri gunakan? Aku cakap tak tentu hala. Main bedal jek, campur-campur semua dialek. Tapi bila dalam situasi ramai orang bukan senegeri, situasi rasmi dan di kampus, aku cakap biasa jek. Cakap standard. Walaupun dengan orang negeri Johor.

Jadi, kepada budak-budak Johor apa dialek yang korang gunakan? Hahaha!


Comments

zaidah said…
klu kat opis biasa gunakan dialek standard...walaupun ngan orangjohor...tapi klu kat rumah otomatik akan bertukar jadik dialek johor...even ngan husband pun kekadang cakap standard....

contohnyer gerobok akan cakap almari...
ayisy said…
Kak Zaidah, Dialek Johor dengan bahasa standard tak jauh beza sebab itulah kita senang tukar2. :)
Admin said…
wawaawa..
nei da leyh bukak
blog pelancongn nei ayisy,
kasi cun title, ley naek pagerank..
hehe~
ayisy said…
ahsfantasy24, Huhu.. Dulu suka gak kejar PR, main keyword... Skrg lebih suka tulis untuk kepuasan rasanya. :)
Afzainizam said…
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip beli kereta terpakai

antara dialek johor agak berbeza antara daerah terutama antara muar dan batu pahat juga mersing lain bunyinya
Along Tapa said…
assalamualaikum

aku guna loghat muor..kat sini ada list-list perkataan yang biasa guna dalam loghat muor...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???