Adakah salah jika terlalu merindui masa lalu?

4 tahun zaman sekolah berlalu, rasa seperti baru semalam aku meninggalkannya...

Semalam, aku menghabiskan masa sehari suntuk dengan seorang rakan rapat aku bersiar-siar di Batu Pahat. Sejak aku belajar di negeri orang, perasaan rindu kepada tempat asal sukar dikikis. Kalau boleh sebelum balik ke kampus, aku nak renung, tenung, nikmati dan selami ketenangan yang dirasai apabila menjejakkan kaki di tempat asal, Batu Pahat. Walaupun Batu Pahat sering sesak dengan kenderaan, tapi bila aku duduk di satu sudut memerhatikan pergerakan manusia yang tidak putus-putus, aku rasa satu kedamaian. Rasa macam dunia ini senyap, selamat dan damai. Aneh bukan?

Kemudian, aku ke sekolah lama. Berjumpa dengan seorang junior yang satu-satunya aku masih kenal di sekolah itu. Berjumpa dengan ustaz. Mendengar celotehnya, aku tersenyum. Melihat pelajar asrama bermain di padang. Rasa damai... Kemudian hati memberontak. Alangkah indahnya zaman persekolahan aku dulu. Terlalu indah...

Tapi, aku tak pasti adakah salah jika selalu mengingat dan mengenang masa yang sudah berlalu dan semakin jauh dengan kita? Masa yang berlalu tidak akan kembali, tidak akan berulang. Meraunglah macam mana sekalipun untuk kembali ke masa lalu, mustahil akan berlaku. Bila aku renung kembali masa lalu, aku akan rasa terlalu indah kemudian perasaan sedih menjelma bila aku membandingkan dengan masa sekarang. Rasa seperti insan yang tidak bersyukur bukan? Sebab itu aku tertanya, apakah hukum suka merenung masa lalu?

Padahal, jika aku fikir dengan dalam, zaman sekolah aku dulu bukanlah indah semuanya. Aku masih ingat, bagaimana perasaan semasa pulang ke asrama selepas cuti. Sedih. Perasaan berjumpa dengan senior-senior yang 'nakal'. Takut. Berjumpa dengan cikgu garang. Tertekan. Peraturan asrama yang ketat. Memberontak. Tapi..tapi bila aku habis sekolah, aku merasakan semua itu manis. Pelik.

Semalam, semasa berbual dengan rakanku itu, dia mengadu yang pelajaran dia di sebuah universiti sangat susah. Aku pula menceritakan masalah aku di IPG. Kemudian, dia berkata. Boleh tak kalau aku dan dia bertukar tempat belajar? Dia merasakan belajar di IPG mudah dan terjamin manakala aku pula terlalu mengimpikan menyambung pelajaran di Universiti seperti rakan-rakanku. Memang sedih. Masing-masing ingin kembali ke zaman sekolah. Tapi aku kena kawal hati aku supaya tidak menjadi insan yang kufur. Aku bila timbul perasaan macam ni, cepat-cepat aku fikir ramai lagi orang di luar sana gagal mendapat peluang belajar di IPT.

Aku sebenarnya perlu bersyukur masih diberi peluang menikmati kedamaian di kampung halaman walaupun sementara. Aku perlu bersyukur walaupun aku rasa aku tidak mempunyai teman rapat di kampus, aku masih mempunyai rakan satu sekolah yang sentiasa di samping aku walaupun aku dalam kesusahan. Nikmatnya bila bertemu sahabat yang betul-betul sahabat. Sukar untuk diungkapkan. Nikmatnya rasa bila dapat menjejakkan kaki di tempat yang kita sukai. Nikmat akan kita rasai bila ia sukar diperolehi.



Comments

arisha pun terikut2 terimbau masa lalu.huhu.
well, chill then and keep on blogging!
ayisy said…
Rtp Farra Arisha, Mengimbau masa lalu merupakan sikap manusia. Tetapi bila terlalu asyik mengimbau, mengimbau perkara yang semakin jauh kita tinggalkan..rasanya suatu perkara yg perlu dielakkan... :)
fiD said…
ini dinamakan hidup bro... memang kite tak dapat pe yg kite nak, tp percayelah itulah ketentuan, dan sebenarnya itulah jugak paling terbaik utk kita...
mungkin kite tak nampak sekarng, tp akan datang?
paling penting skarang kita perlu bina ssuatu supaya life jadi seronok... ubah, buat ramuan yg kita suka... chill
ayisy said…
fid. Semenjak dua menjak ni,aku mcam tercari-cari arah hidup. Cari ketenangan dan kebahagiaan. Dulu tak pernah terfikir. Walaupun tengah gembira, tp tak dpt rasa kebahagiaan yg dicari. Kdg2 aku tak tau apa yg aku cari... Hurm~
mizieNerin said…
sabar bro. biasela dalam hidup inilah cabaran yang kite kene hadapi..... kite x pasti sama ade jalan yang kite pilih ni betul ke tak.....semua orang akan hadapi.... bile2 ade mase time cuti contact2 aku..... boleh luahkan ape yang terbuku dalam hati tu.....
ayisy said…
mizie, Itulah. Aku sentiasa kawal hati aku dan bersabar. Cuma, perasaan kita susah nak kawal. Kalau hati nak sedih/kecewa, kita kena rasa dan tak boleh senang2 ubah perasaan tu. Kena usaha dan cari penyelesaiannya.

Orait Mizie. Cuti2 nanti insyaAllah aku contact. :)
Afzainizam said…
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip beli kereta terpakai

eeeemmm kenangan lalu membuatkan kita bertambah dewasa.... dan kita perlu sentiasa menoleh kebelakang agar kita tidak lupa diri.... kenangan lalu begitu indahhhh sekarang pun tak sama mcm dulu
ayisy said…
Afzainizam, Aku skrg mungkin dalam fasa nak menempuh alam dewasa. Banyak perkara buat aku terkejut. Serba tak kena. Huhu

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...