Friday, 24 June 2011

Tentang Batu Pahat


Ada apa di Batu Pahat? Ada pensyarah tanya, kawan-kawan tanya ada apa di Batu Pahat, apa yang istimewa. Mungkin ramai tak tahu disebabkan Batu Pahat bukanlah daerah popular ataupun pusat pelancongan mahupun peranginan. Jadi, bagi menjawab persoalan, meh aku cerita sikit apa yang best untuk dinikmati jika ke Batu Pahat.

Bab makanan dulu la kan. Pertama, Nasi Bariyani Gam. Orang luar Batu Pahat mungkin hanya mengetahui Nasi Bariyani di Benteng (sebelah sungai BP). Tapi ni aku nak bagitahu port yang lagi terbaik. Restoran Bariani Power yang terletak di Taman Soga. Berdekatan Hospital Besar BP tu. Rasanya lebih sedap dan restoran lebih sotifiskated. Haha! Tapi serius, mengancam!


Bariani Power!!!



Kedua, Kerang Pedas, Otak-Otak dan Sate. Paling terbaik di Batu Pahat? Jom datang Pantai Sungai Lurus. Hanya 26km dari B.Pahat. Jalan arah ke Pontian. Sambil-sambil makan boleh nikmati hembusan angin pantai. Dekat jek dengan rumah aku. Kalau datang bolehlah roger. Haha.

Ketiga, Cikong, Cendol dan Cendol Sagu. Cikong terbaik, haa..korang boleh datang gerai makan di Jalan Lim Yew Leong. Cendol? Pergi gerai cendol mamak di Jalan Engan, bandar lama Penggaram. Cendol Sagu? Terletak di Jalan Parit Karjo. Ini cendol fuhh... Dihidangkan pula dengan pisang goreng cicah sambal kicap dan sambal manis. (X_x) Grrrrrrr!


Ni Cikong. Hampir sama dengan Laicikang tapi ada sedikit perbezaan.

Cendol Sagu Rumbia (kredit: http://azmiezas-cantek.blogspot.com/)


Keempat, Murtabak Singapore. Tapi aku tak pasti masih ada lagi ke tidak. Terletak di gerai makan Benteng. Kemudian, Bakso. Sejenis makanan tradisi Jawa. Terdiri daripada bebola daging, sup, mi halus dan campuran sayur dimakan bersama sambal istimewa. Rasanya? Pedas-pedas dan lazat!

Itu bab makan. Sekarang bab membeli-belah pula. Ada 3 mall utama untuk shopping. Dulu ada Wira Court, tapi sekarang mengalami sudah kegelapan. Selain tu, jika ke Ayer Hitam, boleh shopping pasu, kerepek dan teddy bear. Kalau kerepek, korang boleh pergi Azhar Food di Rengit. Terbaik. Kasik borong!


Azhar Food. Foto dari Facebook.


The Summit & BP Mall

S1 Mall




1. The Summit BP = Banyak barang pakaian untuk golongan muda. Haha. Kalau cari baju, seluar, jam tangan, bag, kasut dan barang kemas, inilah port yang sesuai dan banyak pilihan. Selain itu, ada pusat boling, wayang dan entah apa-apa lagi.

2. Batu Pahat Mall = Barangan seperti pakaian formal, kasual, elektrik, elektronik, komputer dan makanan. Ada foodcourt berdinding kaca, boleh tengok pemandangan luar dari aras tinggi. Sesuai la untuk bawa keluarga dan shopping. Selain tu, ada pusat boling, wayang dan arked.

3. Square One Mall = Ada Gulatis, Primamoda dan Parkson. Nak cari pakaian formal, barang kahwin ok kot di sini. Ada wayang, arked dan ruang ala2 uptown. Selain itu, sebelah S1 ni ada Carrefour. Boleh beli barang dapur.

Alam semulajadi? Bukit Soga. Korang boleh mendaki tangga menuju puncak. Sampai puncak, boleh menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan bandar Batu Pahat.


Hutan Lipur Bukit Soga


Pantai? Walaupun tak lah secantik di tempat lain. Tapi bolehlah. Antaranya Pantai Punggor, Pantai Sungai Lurus dan Pantai Minyak Beku. Ok la untuk beriadah.


Sungai Lurus


Tempat rekreasi pula? Di Batu Pahat ada Tasik Y, Dataran Penggaram, Tropical Village dan Batu Pahat Walk. Hurm~ Itulah antara tempat-tempat best yang boleh korang pergi kalau ke Batu Pahat. Sebenarnya, Batu Pahat bukanlah pusat pelancongan, jadi tak ada apa sangat yang menarik. Huhu... Apapun, kalau korang datang Batu Pahat, roger-roger la aku. Boleh aku tunjuk jalan ke, tunjuk tempat best ataupun kalau rezeki korang murah, boleh aku belanja pekena cendol. Hehe.


Tropical Village. Ada macam kat oversea?

Dataran


3 comments:

fiD said...

dan kampung terbaik jatuh pada pasir lebar (pelik , tetiba ada pasir kat situ, haha)

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
generasi kawasaki ninja dan kips

uihhhhh sebenarnya banyak kesan peninggalan sejarah Batu Pahat ni kalau kita nak makan bagi aku Batu pahat lah nak cari makanan yang masih original Melayu... pasal kat tempat lain semua nya dah ala-ala Thai... dan yang terbaik adalah baryani dia fuuhhhhhhh mmg terbaik antara yang terbaikkk beb ...

ayisy said...

fid, Pasir Lebar tanah tumpah darahku tercinta. Haha.. Sbb ada pasir la nama kampung tu diberi. Best, boleh main bola pantai. Haha

Afzainizam, Mmg banyak Masa zaman sblm merdeka pun banyak kisahnya. :)