Tuesday, 21 June 2011

Jalan-Jalan Malaysia


Ok, nak share satu benda ni. Di Malaysia ni, bagi aku memang syurga kaki motor. Bagi yang suka layan koner, tak susah nak cari port best main koner. Malaysia memang banyak jalan yang macam ular kena palu. Masa kecik dulu, aku paling benci jalan bengkang-bengkok. Dulu masa duduk Mersing, balik kampung mesti mabuk dan nak muntah naik kereta. Sekarang pun sama, naik kereta dan bas, lalu jalan koner-koner komfem mabuk. Tapi naik motor tak pulak, teruja ada la. Haha. Paling best, masa kat koner tu perasaan teruja+gementar+seronok+rasa gayat+takut akan bersatu. Itulah klimaksnya! Walaupun ambil koner tak sampai cecah lutut atau footstep. Janji stim dan layan ikut kemampuan. :)

Sepanjang hampir 2 tahun layan hobi main koner, aku senaraikan beberapa tempat yang bagi aku paling best. Sebenarnya banyak lagi tempat aku belum pergi dan habis teroka. Apapun, layan~

1. Raub-Fraser Hill-Kuala Kubu Baru

Ini port paling syok. Selekoh pendek hampir 60km sepanjang jalan. Memang tak senang duduk melayan. Kenderaan lalu-lalang kurang. Dan, terdapat satu laluan naik/turun sehala 10km. Cuma di sini sekeliling jalan hanya hutan dan tiada stesen minyak atau kedai-kedai.





2. Bukit Tinggi

Terdapat banyak selekoh panjang dan sesekali selekoh pendek. Walaupun jalan tak panjang dan sekejap jek boleh layan, naik-turun kira puas hati la. Kenderaan pun kurang dan jalan sangat cantik. Dulu ada dua jalan, sekarang satu jalan dah tutup. Jalan yang tutup tu la lagi best. Sayang betul. Aku hanya sempat sekali jek layan. Huhu.





3. Simpang Pulai-Cameron Highlands-Koyan

Laluan sepanjang hampir 160km (jangkaan aku la) yang berliku. Selekoh pendek, sederhana dan panjang semua ada. Cuma kalau dari Simpang Pulai ke Cameron tak boleh layan sangat sebab banyak bas dan kereta. Tapi dari Cameron Highlands-Koyan, situ boleh layan highspeed koner. Jalan sunyi, selekoh panjang, pemandangan gunung-ganang dan jalan baru. Memang puas hati!





4. Jalan Bentong-Kuala Lumpur lama. (Karak)

Orang kata jalan ni angker. Hehehe. Tapi terbaik gak la untuk dijadikan port meleper. Jalan banyak selekoh pendek dan kadang-kala tak rata. Jadi kena hati-hati. Lori panjang pun sekali-sekala lalu. Ada beberapa tempat kita boleh tengok pemandangan lebuh raya Karak dari atas. Memang cun!




5. Lebuh Raya Karak MTD

Ini satu lagi jalan boleh layan highspeed koner. Tapi akan sakit jiwa la bila motor besar potong macam sayur. Hehehe. Motor kita merangkak-rangkak naik bukit, diaorang macam tak ada apa-apa. Selekoh di lebuh raya ni boleh tahan best cuma yang tak best motor banyak merangkak naik bukit. Jenuh!


6. Genting Highland

Selekoh U memang kaw-kaw ditambah bukit yang entah berapa darjah. Komfem motor mengerang! Boleh la nak layan sikit-sikit. Yang best kalau layan Genting Hingland ni, bila dah sampai puncak boleh shopping, lepak dan makan-makan. Kira tak la bosan sangat.




7. Kuala Lipis-Jerantut dan Benta-Jerantut

Dah lama aku tak layan. Ingat-ingat lupa. Tapi kira boleh la nak layan. Layan ringan-ringan jek. Yang best jalan ni macam roller coaster. Tengah sedap bawak motor kat jalan lurus, tiba-tiba turun bukit kaw-kaw punya. Geli perut dibuatnya. Hehe.

Itulah antara jalan-jalan yang bagi aku port untuk layan koner. Sebenarnya banyak lagi macam Kuala Klawang, Bukit Putus dan jalan-jalan di Utara tanah air yang belum sempat aku jelajah. Apapun, enjoy riding dan safety first. Bagi yang betul-betul serius nak layan koner, lebih baik layan di track. Lebih selamat dan terjamin walaupun berbayar. :) Sebenarnya, aku tak pernah try track. Hahaha!

6 comments:

Nazz@Purple said...

oo suka layan korner ye..hati2 dijln raye..ayisy..

ayisy said...

Nazz, Ha'ah. Huhu.. Jalan belok2 tak membosankan berbnding jalan lurus. Orait, sy akan berhati-hati di jalan raya. :)

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
balut sarung seat door trim dan dashboard kereta

uiihhhh mmg best layan jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands-Koyan mmg sangat lahhh mencabar...... tapi hati hati kat area tu kalau jatuhh acsident tak ada sapa yang nak tolong pasal tak ada orang duduk area tu

ayisy said...

Afzainizam, Jalan tu mmg best + pemandangan yg sgt cantik. :)

Kalau nak layan, mmg kena hati2 dan perlu ada kawan. Mana tau apa2 jadi kan.

fiD said...

jalan tangki air- parit karjo pun sedap, hahhaa.. ada cendol rumbia lagi....

ayisy said...

fid, Itu dulu masa belum kenal Genting, Fraser, Cameron.. Layan gak jalan tu. Haha