Sweet Seventeen
Zaman Sweet Seventeen~
Sweet seventeen... Sebenarnya sudah hampir 5 tahun meninggalkan umur tersebut. Ramai kata, zaman terindah ialah zaman remaja. Memang. Memang pun. Sebab tu orang sebut sweet seventeen. Mana ada sebut sweet twenty one, twenty two..bla3. Selepas kita melangkah umur 20 tahun ke atas, kita akan melalui proses dewasa.
Menjadi dewasa bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan seperti zaman remaja. Zaman remaja khasnya zaman sekolah, hidup kita banyak disuap. Kita hanya mengikut dan melakukan apa yang dikehendaki oleh orang tua kita, guru-guru dan masyarakat. Mudah. Ikut sahaja. Walaupun kita tinggal di asrama yang dikatakan hidup berdikari, tapi aku rasakan hidup di asrama belum cukup untuk dikatakan berdikari. Hidup di asrama masih disuap. Makan percuma. Belajar di kelas? Ahh.. Mudah je walaupun subjek itu susah. Kau duduk di kelas, dengar cikgu cakap, salin nota, fahamkan dan buat kerja rumah yang diberi. Mudah kan? Kau gagal? Ala, kau jek rasa. Tak perlu risaukan orang lain. Senang cerita fikir diri sendiri je.
Bila sudah dewasa, lain. Lagi-lagi bakal menjadi guru. Kau bukan sahaja bimbangkan diri kau, tetapi bimbangkan kesan tindakan kau terhadap orang lain. Pening beb. Sebab tu aku tak minat jadi guru. Sebab sentiasa bimbangkan orang lain. Dan, bimbang jika gagal memuaskan hati orang sekeliling.
Nak mengajar di kelas, peh... Walaupun subjek tu senang tapi pening weh. Add math di sekolah lagi pening? Add math kalau kau pening, kau je rasa dan kau je yang pening. Tak perlu fikir kalau aku gagal jawab add math, nanti anak murid aku gagal gak. Paling dasyat pun kalau gagal add math, markah korang MERAH dan sedih untuk diri sendiri sahaja. Tapi kalau gagal mengajar di kelas, peh! Pening kepala nak berhadapan dengan diri sendiri, anak murid, cikgu lain, pensyarah, kawan-kawan dan banyak lagilah. Adooiii... (macam Johan cakap dalam ML).
Berbalik kepada zaman sweet seventeen aku dulu, cikgu aku pernah tanya. "Awak bila gaji 1st kerja nak beli apa?". Aku masa tu biasalah, remaja. Aku jawab "Nak beli seluar jeans Levis original". Peh! Tak boleh blah jawapan aku masa tu kan. Hahaha. Tapi alhamdulillah, sepanjang aku belajar ni aku dapat beli semua benda yang aku idamkan masa zaman sekolah. Tak rancang pun nak tunaikan semua hajat aku tu. Sekarang kira dah puaslah. Tak perlu tunggu gaji 1st. Kih3!
Apapun, menjadi dewasa memang memeningkan kepala kita~ Pening...pening!!!! Errrr... Kau dah dewasa ke Ayisy? Haha!
Comments
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy buat mudguard dari fibreglass
dulu gaji pertama aku aku bagi mak aku semuanya.... tapi mak aku tengok aku pastu dia pulang balik duit tu kat aku.... mungkin dia kesian kot tengok aku...
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
cara atasi masalah aircond bateri dan enjin kereta
yuppp aku puas bila merasa gaji aku... akhirnya aku dapat beli apa yang aku nak guna wang sendiri...
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
happy 2nd anniversery
kata orang nak dapat berkat pada apa jua hendaklah restu ibu bapa....
bile kite dah beso, takut beb nak hadapi cabaran!