Naik Motosikal Memang Terbaik!

Haha!

Ada orang cakap gila. Ada orang cakap enjin meletup. Ada orang cakap tak penat ke? Ada orang kata boleh ke? Ada orang kata sakit punggung woo...!

Itulah ungkapan apabila seseorang bertanya kepadaku “Naik apa balik kampung/kampus?”. Lalu aku menjawab “Naik motor kapcai”. Meh sini aku cakap, korang kalau naik motor Honda C70 dari Johor ke Perlis pun boleh sampai. Tarak hal lah! Takdernya enjin meletup, tayar meletup mahupun karburator meletup.

Dahulu, aku pernah buat naik Honda EX5 berusia 10 tahun dari Batu Pahat ke Kuala Lipis makan 7-8 jam, alhamdulillah sampai tanpa sebarang masalah. Pernah juga aku ride dari Kuala Lipis ke Batu Pahat lalu jalan dalam (bukan highway) selama 9-10 jam pun sampai jugak. Jadi apa masalahnya dengan motor kapcai? Jangan pandang rendah motor kecik bro...

Aku kalau ke mana-mana sebolehnya nak naik motor. Aku tak suka naik bas, keretapi dan lain-lain pengangkutan awam. Bukan memandang rendah cuma aku sukakan kebebasan, tak suka menunggu, tak suka buang masa, tak suka sesak-sesak dan banyak lagilah. Lagi satu aku ni mabuk naik bas aircond. Tak sampai 15 minit komfem dah start pening. Lepas tu naik bas/keretapi ni duduk jek. Bosan! Walaupun boleh dengar lagu, tengok tv tapi sumpah tak feel langsung. Berlainan dengan naik motor, kau lapar boleh singgah kedai, kau bosan boleh lepak RNR, kau nak buang air boleh singgah tandas, ada jalan selekoh kau boleh praktis amik lap. Apa lagi? Huhuhu...

Owh lupa pula, kalau jalan jem korang akan senyum sombeng bila naik motor dan memotong sebuah Ferrari. Hehe... Tapi ingat, naik motor ni ada risikonya. Kalau hujan, adehhh.. Itulah kelemahannya. Lagi satu motor ni kecik berbanding kenderaan lain. Jadi risiko kemalangan adalah tinggi. Pakai helmet, dan kalau boleh pakailah alat keselamatan tambahan lain seperti kasut dan knee protector.

Oh yer, aku menyampah melihat sebilangan anak muda yang baru pakai kereta buat muka kerek bila melihat penunggang motosikal. Memaki hamun penunggang motosikal. Ada pula orang pandang rendah pada motor kapcai dan hanya agungkan superbike padahal dia sendiri pun tiada superbike! Apa cer? Hurm... Lantak lah. Yang penting para rider rock! Mungkin suatu hari nanti apabila aku sudah berkereta, aku akan berkata " Naik Kereta Terbaik Seh!". Hehehe.

P/S: Aku nak tanya korang, apakah pandangan korang bila melihat sekumpulan penunggang motosikal? Benci? Suka? Atau melihat mereka ini sebagai pengguna jalan raya yang paling sengkek?


Comments

Aini said…
kalau sekumpulan tu senonoh menunggang motor tu tak jadi masalah..

Tak pernah reti bawak moto =)
ayisy said…
Aini, Huhu.. Tak nafikan ramai budak muda yg apabila menunggang motosikal jadi giler dan buat sesuka hati. Hurm... Bila nak berubah tak tahulah.
hans said…
hahahha
aku teringin nak cuba tapi mak aku dah warning awal2 sebab dlu abang aku penah buat dari johor ke kedah
hahhaha

P/S : Rajnikanth Nak Datang Malaysia? Biar Betul?? Nak Kena Pergi Jumpa Nih!
ayisy said…
Hans, Restu mak penting bro sebelum memulakan perjalanan. Huhu... Insyaallah, hujung tahun ni aku akan ride dari Johor ke Kedah utk menghadiri majlis perkahwinan member aku. HUhu
yongsofea said…
berhati hatilah semasa menunggang!!
:D
ayisy said…
yongsofea, Yup! Ingatlah org tersyang. :)
Anonymous said…
Mengayuh basikal dan menunggang motosikal menjadikan anda seorang pemandu kereta yg lebih prihatin.
ayisy said…
ex001, Ya, andai suatu hari nanti saya sudah menjadi pemandu kereta, saya akan cuba memahami penunggang motosikal dgn memandu lebih berhati-hati. :)

Bro ex001 peminat jam tangan juga ya? Sama la. Huhu :)
duniajam said…
Aku sangat setuju sgn ex001. Bila dah biasa dgn moto/beskal, kita kan lebih faham akan situasi penunggang berbanding orang yg tak pernah menunggang. Dinamik moto/beskal kita akan tahu bila kita folow, diikut dari belakang & apa2 situasi yg ada penunggang.
ayisy said…
duniajam, Masalah zaman skrg ramai pemandu kereta/lori.bas tak memahami penunggang motosikal. Tapi aku respek pemandu kereta mat saleh yg selalu aku jumpa, diaorang faham. Selalu beri laluan kpd penunggang motosikal. Hurmmm...
Nadiene said…
aku suka jalan kaki, heee
fik-autoz said…
slm knln dr aku bro...http://fikautoz.blogspot.com

yeah,ak pon mnat ride jauh2 ni..ak pon pkai mtor kecik je,hehe..
ayisy said…
fid, Dulu jalan kaki dari SDBL to Summit Parade mmg terbaik! Hahaha...

fik-autoz, Motor kecik tak membataskan kemahuan kita. Huhu..
zizie said…
gile la weh.,,g jauh2 naik moto..,,mak bapak tak pikir ke.,,bahaya keselamatan g jauh2 naik moto.,,ko ckp tak suke menunggu??..,,ape lame sgt menunggu BAs tu.,,naik bas ade ice corn..,,

ko tahu tak naik moto boleh tapi tak kan la jauh gitu ..,,kalau moto ko rosak kt tgh2 jln sape yg nk tolong ko..,??..,,naik bas je weh...,,ade kerusi utk sandar2..,,
Anonymous said…
kita spesen.. aku lebih suka ride balik kg.. xde nk risau nk beli tiket bas bagaii... myk pn dlm rm20++ je.. KL-Trg. Peace..
jeri said…
betul tu bro.. budak2 baru nak up.. dah pakai kete.. adui.. pandang rendah je yang pakai motor.. huhu...
Unknown said…
boleh ke naik moto g johor,kat tol leh lalu x
Wak Lat said…
nice motor., ;p

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...