Kuala Lumpur? Best Ke?


Kuala Lumpur? Sebelum ni aku memang jarang pergi ke KL. Orang kata di KL semuanya ada. Iyeke? Sampai budak tempat aku asyik-asyik turun KL jek.

Dah nama ibu negara Malaysia, mestilah KL antara tempat paling gempak kan. Alhamdulillah, sejak tahun lepas dan tahun ini aku banyak berpeluang pergi ke kota besar ini. Jadi, apa yang aku boleh cakap tentang KL adalah? Takder lah best sangat. Kenapa aku cakap macam tu?

Aku tak nafikan kalau korang cari barang elektronik seperti komputer dan gajet, KL lah syurga barangan tersebut. Aku kalau pergi KL memang rambang mata tengok barang elektronik yang canggih, murah dan terlalu banyak pilihan. Nama Low Yat Plaza aku rasa kalau siapa tak tahu nampak sangat dia tak amik berat tentang kemajuan teknologi komputer di Malaysia. Huhu...

Kedua, KL adalah syurga bagi kaki motor macam aku. Pergi KL berlambak kedai motor dan ada satu tempat namanya Sentul, kat situ ada deretan kedai motor yang akan membuatkan nafsu aku membuak-buak. Hahaha! Di situ meriah dengan pelbagai aksesori motor. Juling biji mata nak buat pilihan. Kalau tak bawa duit lebih merana jiwa raga beb!

Kalau bab pakaian pula, aku rasa KL bukanlah citarasa aku. Entahlah. Bila aku pusing KL, aku tak nampak apa yang aku cari. Sebesar-besar Mid Valley, Time Square, KLCC, Pertama, Sogo, The Mall, Campbell dan sebagainya aku rasa bosan jek kalau mencari pakaian. Mungkin terlalu banyak pilihan atau pilihan-pilihan di situ terlalu asing buat aku. Berlainan jika aku shopping di Johor Bahru dan Melaka, hampir semua kedai bagi aku memang style! Bahkan di Batu Pahat pun aku rasa dah cukup untuk memenuhi keperluan pakaian aku. Hehehe...

Akhir sekali, aku kalau bab jalan-jalan dan shopping, aku sukakan ketenangan. Nak belek barang kena tenang, nak pergi bayar kena tenang, nak makan kena tenang... Tapi kalau kat KL sesak sangat dengan manusia. Nak belek barang ramai orang, nak beli tiket wayang kena beratur panjang, nak bayar kena beratur panjang dan nak makan kat fastfood pun kena beratur panjang giler babeng! Lepak seh kalau camtu. Huhu..

Kesimpulannya, aku lepas ni hanya akan ke KL jika mahu mencari barang komputer dan motor sahaja. Terima kasih. Hahaha!

Comments

Fiffy Hazirah said…
KL? xde la best mana pn..tp kalau bab2 shopping byk choice dari yg lain kot. haha

1 lg. bising dan kotor. kotor tu la aku menyampah. i hate that. thats y i love my own hometown. kuching. hahahaha
hans said…
ku xsuka KL
asyik jammed jer
tekanan kut hidup situ

P/s : Review Film : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb!
Nadiene said…
k hell, haha... kota tipu daya... sentiasa kena waspada...

btw, aku like senggarang, pegi kedai bodoh yang sebelah jambatan tu.. cantik2 gak baju dia, haha... kalau motor, pegi jela kedai ah seng kat prt hailam.. ;D
ayisy said…
Fiffy, KL mmg byk choice. Tp nak hadapi kesesakan, orang ramai... Fuh! Malas beb. Baik beli kat kampung, walaupun harga mahal sikit janji puas hati. Huhu..

Hans, Betul tu. Tekanan. Udara pun buat aku pening pale. Hehe...

Fid, KL penuh dgn tipu saya. Batu Pahat? Rasa mcm kita yg punya! hahahaha..

Baju seluar kat bundle BP pun orait gak! Kasut kat bus stand pun bleh layan. Hehehe.. Bagi aku BP ni kureng la pasal motor2. Macam tak hidup jek. Barang byk takder.
duniajam said…
Aku dok KL dlm 7 tahun.... Aku sukakan ketenangan.... KL bukanlah tempatnya. Tengoklah apa yg ko cari & nak.... shopping mmg sangat byk, hiburan pun banyak, jenayah pun byk... aku pernah kena 'pau' kat Kota Raya....

Kalau diberi peluang kerja di KL... ya ampun... aku tak mau dah....
Nadiene said…
hmmm, syurga jan dah x sebut?
ayisy said…
duniajam, Yup! kalau diberi peluang kerja di KL mmg tak nak. Dengan keadaan jalan yg sesak. Nak parking kereta pun takut kena curi. Huhu... Kalau motor lagilah bahaya.

fid, Jangan disebut. Luka dihati belum baik sepenuhnya... HUk!
ishiko said…
hahahah.. mmg tang beratur tanak kalah rr..uumm cr bju kt bpmall sudey..
Afzainizam said…
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

aku rasa ko gi kat Johor bahru lagi banyak barang motor yang baru-baru lagi kluar dari singapore... lagi best lagi cool nak cari... aku pernah dok KL pastu aku balik semula Johor lagi lah lebih baik dari dok kat KL tu... betul tu kat JB pun kira ok ape senang nak cari baju-baju...

hah bila si FID citer senggarang tu... memang ramai orang area sana dok gi senggarang berbelanja keperluan harian kat sana pun...
ayisy said…
ishiko, Kat BP kalau time raya beratur gak. Huhuhu.. BP Mall mmg orait utk cari baju. :)

Afzainizam, Aku rasa pun mcm tu sbb tak pernah pergi. Tapi pernah ternampak deretan kedai motor yg gempak! Tak sabar rasanya nak terjah.

Senggarang merupakan pekan kecil yg lengkap segala keperluan. HUhu..

Hans, Putrajaya bandar terancang, bersih. Sbb tu best. HUhu
Anonymous said…
Org Melaka,negeri 9.,,kalau johor area Muar ramai turun sebab daerah ini dah dekat ke KL..,,rasa2 yg belah selatan ni tak perlu g KL sebab kat sini semua serba lengkap mcm KL gak..,,org KL pun belaja kat JeyB ape cer..,,

salim.,,
Kluang

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???