Langgar Peraturan Memang Best! Haha.


Gambar Hiasan.

Entry lepas aku ada cerita pasal hukuman masa di sekolah. Jadi kali ni aku nak kongsi sedikit apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh aku dan member-member semasa di asrama sekolah dulu. Hahaha. Ni kira entry pecah tembelang nih. Dulu pecah kat perut jek, kali ni terpecah kat mulut plak. Kih3! Biasalah kan sebaik-baik orang pun mesti buat kesalahan. Tak syok lah kan hidup ni kalau asyik ikut peraturan jek. Jadi masa zaman sekolah terutamanya di asrama, banyak kalilah aku dan member buat salah. Ada yang kantoi dan ada yang terlepas. Huhu.

1. Chow/Fly. Untuk fly waktu malam, sejujurnya aku cuma pernah buat sekali jek sepanjang 5 tahun duduk asrama. Peh! Skema gila lu Ayisy. Haha. Tu pun tak habis fly sebab baru sekerat jalan dah jumpa anjing. Binawe anjing boleh lepak kat tepi jalan pastu mengaum tak tentu pasal. Takut nak lalu terus patah balik. Haha. Kalau fly waktu siang banyak kali. Pergi minum kat warong cikong lah. Beli jajan kat kedai lah. Ni semua tak pernah kantoi. Ampun cikgu!!! Hik3!

2. Masuk asrama waktu kelas. Ok, ni antara kesalahan paling femes lah. Tapi aku tak pernah kantoi gak sebab dibuat dengan penuh hati-hati dan berstrategi. Kih3! Punca balik asrama adalah mungkin tertinggal buku, nak salin baju PJK dan banyak lagi. Sekali lagi ampunn cikgu!

3. Tak pakai baju batik. Macam biasa, kalau nak outing mesti kena pakai baju batik kan. Tapi serius, sepanjang aku duduk asrama, tak pernah sekali aku dress up kat mall pakai baju batik. Hihihi. Pernah sekali warden bertegas dan aku pun pakai jugaklah baju batik tapi bila keluar jek pagar terus tukar baju lain. Ya Allah! Cikgu, sekali lagi saya mintak ampunn! Hehe.

Ececeh! Konon baik la tuh. Hak3! Eh! Aku pakai jam Swatch Skin RM19 tu. Agggghh! Mana jam tuh. Kenangan-kenangan!

4. Tidur waktu prep. Aku kalau tak tidur kejap waktu prep tak sah. Masuk jek bilik prep pukul 2.30 mesti tidur dulu. Dia punya nikmat tidur waktu prep memang sedap dowh. Lepas setengah jam tidur baru la dapat kekuatan tambahan untuk meneruskan pembelajaran. Ecececeh! Waklu! Yang ni selalu kantoi la. Hehe.

5. Bawa benda haram. Benda haram seperti radio, walkman dan handphone adalah barang panas yang selalu dibawa pelajar ke asrama. Termasuk aku lah. Haha. Aku selalu bawa walkman. Tapi sepanjang duduk asrama sekali jek kantoi masa sportcheck. Hehe. Aku cam cikgu yang rampas walkman aku tuh. Takper, panjang umur kita sama-sama jadi cikgu yer cikgu. Hik3! Nasib baik walkman kena rampas seminggu jek. Fuh!

6. Curi makan waktu prep. Tengah feel study tiba-tiba perut lapar. Bila lapar mula la terhendap-hendap tengok bilik warden line clear ke tak. Line clear aku dan member chow pergi kantin. Kena nasib tak baik jumpalah dengan Pengetua dekat kantin nanti. Huhu. Buat muka tersengih sambil makan bila terpandang Pengetua atau guru lain. Comel jek kan?

7. Conteng dinding/katil. Dulu masa zaman aku musim conteng perkataan "Ayisy Was Here 2002" kat katil atau dinding. Macam haram jek perbuatan ini. Haha. Takpun "Abu & Siti Love 4Ever". Lagi la haram! Hehe. Konon-konon nak buat tanda kenangan la. Tapi best gak perbuatan ini. Hihi. Tahun lepas kalau tak silap aku datang asrama. Aku terjumpa bekas contengan yang aku buat masa sekolah dulu. Fuyoh! Kenangan abadi tuh.

Wuii!! Bangun prep wuii! Hehe.

8. Main hoki dalam dorm. Dulu aku join gak main hoki dalam dorm. Ambil hanger baju pastu sebiji bola main dalam dorm. Memang dajal tol lah. Hanger baju pun boleh jadi stick hoki. Hak3! Pastu main perang-perang interdorm guna bantal. Budak Dorm A senyap-senyap bawa bantal dan serang Dorm C. Memang riuh la dengan adegan serang-menyerang. Pernah sekali tu aku dengar cerita budak Dorm C kantol main perang-perang dengan warden. Sorang-sorang kena tempeleng dan salah sorang pelajar terpusing badan masa kena tempeleng. Mangsa-mangsa adalah member aku. Ups! Marah kang member aku tu kalau ungkit pasal nih. Haha.

9. Buli junior. Buli ni macam-macam kategori. Tapi yang ringan-ringan jek lah budak selalu buat. Macam suruh tolong gosokkan baju, ambilkan makanan masa makan dan pasangkan cadar. Yang aku pernah buat adalah suruh junior ambilkan makanan sebab aku malas nak beratur. Ekkk! Dah taubat dah. Haha.

Bagus budak asrama aku dulu. Rajin belajar. Hihi.

10. Bela rambut. Ni aku tak buat la. Tapi budak-budak asrama yang buat. Haha. Sampai satu tahap warden potong rambut budak-budak yang panjang. Hihi.

11. Aku dah tak ingat dah apa lagi. Mungkin korang ada pengalaman yang nak dikongsi? Sila-silakanlah. Hihi.

Comments

Fiffy Hazirah said…
mcm semua mende ni ak penah je main.. kecuali main hoki la.. main bola baling dlm blik penah la.. wakakaka.. fly time malam kt uni je ak ade wat.. balik 4 5 pg. wakaka
zool said…
Aku tak sekolah asrama ..
tapi ada benda2 yg sama gak ngan aku...
kena lempang n sebat memang biasa...

ops salam singgah
kainbatiksaya said…
hahhaa. suka la dia tuh.haha
ayisy said…
fiffy, huhu. dasyat gak kau ekk. hehehe.

zool, hoho..zaman sekolah kalau tak kena sebat tak sah. hehe

candy dandy, hahaha. suka2!
kainbatiksaya said…
aku lagi best. masuk asrama seludup laptop ..

ahahha . tgk bagus arn ..

dan skrg tgh seludup ar nieh.

hahahaha
miaishika said…
waaa~~gle kntang r kmoo
haah~~~

mla2 bce kesalahan pertme ko..cm skema je....even ak bkn dak asrama....tp ak taw r behavior dowang..hohiihi...dri ksalahan ko yg petama ak tfsirkan ko ni skema

tp ble da proceed bce yg bwh2 tu...
mak aihh..ko ni...
jaat gak ko erk...eh2..nkal la....wawawawa~~~

tang bwak brang2 pnas sgt femes...even bkn tk dak asrama...ak pn x phm nape...haah~~~
pasni ko g jmpa ckgu2 sek ko dow...confront dpn2~~~haha~~
terburai isi prut ko
Nadiene said…
haha,aku yg kena lempng tue,fly ngan ustaz fekri setiap malam sabtu,tido waku prep,p kantin makan abc time prep,sumelah aku!
ayisy said…
candy dandy, peh!!! duk asrama bawak laptop. bestnyer!!! komfem tak boring.

miaishika, hehehe... aku mmg jahat sikit. :P kalau ada cikgu2 aku yg baca ni habislah... hahaha..

fid, aku kerugian tak pernah chow.. ruginyaaaaa!!!!
Sayang Amirah said…
sonok gak skool asrama ekk .. igt dok asrama ni stress memanjang asik kene stadi jep .. huhu
ayisy said…
huhu. memang seronok duduk asrama. sampai teringat-ingat sampai skrg. huhu. peraturan mmg ada tp biasalah takkan nak ikut memanjang. hehehe.
Amirah Rashid said…
main hoki dlm dorm?
gila lah
xde brk pecah bersepai ke?
haha
ayisy said…
amirah rashid, huhu. mmg bising la kalau main hoki dlm dorm. bunyi gedegang-gedegang. barang takder pecah cuma kdg2 tu baldi, kasut bersepah lah. huhu. pakai bola getah jek. bukan bola hoki betul2. huhu.
kainbatiksaya said…
ala laptop kecik tuh selit aje kat mana2.. kata otai kan. hahahahah
Amieynna Amin said…
tidur dalam kelas!
elok je letak muke atas meja.. n ngadap luar kelas.. bile bukak mata.. tengok pengetua depan mata.. larikksss
say sempat fly sekali dulu masa bulan pose..
nak beli makanan tuk berbuka..
wakaka~
ayisy said…
candy dandy, pakai netbook ke? tp seronok la kan tak bosan sgt. sy dulu harapkan walkman jek lah. huhu.

Amieynna Amin, hehehe, saya pun kdg2 dlm kelas terlelap lg2 masa cikgu tak masuk kelas. sedap!

noor afzan, nasib baik tak kantol. huhu. tp pengalaman tu mseti jd pengalaman manis kan. huhu
kainbatiksaya said…
ayisy - bukn nyer cikgu tau.. hahahahah
.ShazaSulaiman. said…
haha.memg xbule blah la ayisy neh,
ades ai..
awal2 da lawak..
"binawe anjing!"
lame xnmpk pkataan tu..haha
neh mst flasback sbb nnt kamu pn nk jdk cikgu kn..
raseknla..
huhu..:))
ayisy said…
shaza, hahaha. "guna perkataan binawe gak ke?" huhu... Rasakanlah? Huk! Bahaya2.. hehe

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???