Jom Merempit Bersama Gajah!


Tu dia! Masa mula-mula masuk. Huhu.


Fuh! Dekat seminggu seh aku tak update blog. Berhabuk dan bersemut dah blog nih. Hehehe. Maklumlah, minggu ni asyik sibuk jek. Keduniaan betul. Hahaha. Tadi, aku bersama ahli Pengakap IPGKTAA pergi bercuti ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang. Pergi percuma jadi aku apa lagi layan! Siap naik bas Scania baru tuh. Ceh! Tu pun nak cerita.

Ada apa kat tempat ni? Dah nama pun gajah mestilah ada gajah. Sorry la aku tak dapat bagitahu kat mana tempat ni sebab dalam perjalanan aku tidur jek. Bangun-bangun dah sampai. Balik pun sama. Hak3! Tapi mungkin area Bentong dan Raub Pahang. Nak pergi korang search jek kat internet "Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Jabatan PERHILITAN. Kuala Gandah, 28500 Lanchang". Lanchang tu kat mana ekk? Adeh! Sengal tul aku. Tu lah asyik tidur jek dalam bas. Kat dah tak dapat ilmu macam mana nak pergi ke tempat ni. Huhu.

Besar giler tengkorak gajah!

Sampai jek kat tempat ni, kami dibawa masuk untuk menonton video pasal gajah. Habis tengok video, kami dibawa melihat gajah. Kat tempat ni ada berbelas ekor gajah. Ada kecil dan ada besar giler. Masa ni, aku berpeluang melihat gajah berak. Gajah punya tahi peh! Macam nasi 3 pinggan. Kalau dia kencing plak waduh! Macam air paip sebaldi. Hahaha. Lepas tu kami diberi peluang bagi makan gajah. Cuak seh bab nih. Dalam hati memang tawakal jek lah kalau tangan tu kena sedut belalai gajah. Wakakaka!

Sang gajah terkena flu, pilek tiada henti-hentinya!!! Nyanyi ikut lirik lagu Shin Chan dalam BM. Hak3!

Ni anak gajah.

Kemudian, saat yang dinantikan iaitu naik gajah. Ceh! Padahal dalam hati cuak. Ekeke! Duduk atas badan gajah memang tak boleh blah. Rasa tak stabil jek. Geli-geli sikit. Haha. Rasanya kena pasang fork stabilizer kat kaki gajah tuh. Hihi. Ngarut dah.

Rempit dengan gajah!

Akhir sekali, aktiviti mandi bersama gajah. Yang ni aku tengok jek lah. Hehe. Apa pun, kalau korang inginkan kelainan dalam percutian, apa kata pergi sini. Komfem best! Oklah, tu jek aku nak cerita. Esok Insyaallah aku ride ke Cameron Highland kalau takder aral melintang. Doakan keselamatan aku yer. Bye!

*err..salah satu gambar aku ambil dari FB budak IPGKTAA. Sory yek! Hehe.

Comments

kainbatiksaya said…
gajah best woooo .. hahaha
:) :) :) Sharing is power

best tu..
.millalara. said…
aloh, time cik mila bertapa lama2 kat gandah, kamu tak pulak nak dtg.. huuu.. oh btw, gandah adlh tmpat cik mila mensetelkan thesis: konflik gajah.

nak kesana, exit tol lanchang, jumpa trafic light, belok kanan, then terus sajo..

rindunya kat mala, pian, abot, mawar, chepor, sledang, siput, lasah, tapis.. haihhh.. xpe, next 2 week akan melawat anaknda2 gajah lagi..

mereka sungguh comel bukan? ;)
Anonymous said…
uiyoo rempit dengan gajah. haha
Amirah Rashid said…
laaa
asl xmndi skali dgn gajah?
haha
best woo :P
*mcm prnh jek :D
Nadiene said…
mi, gajah tu pakai underwear x?

*teringat hostel,ohoh,, harap ko faham....hu
::dodol:: said…
cam best je naik gajah...
best x??
haha
ayisy said…
Candy Dandy, best? pernah main dengan gajah ke? huhu... seram tgok gajah besar2 nih. :P

Mknace, memang best! hihi..

millalara, laa... tak cakap awal2. hehehe.. anak gajah comel, tapi yg besar2 tu peh! ngeri jek. huhu.

tirah watif, best rempit dgn gajah. selalu rempit motor jek kali ni gajah plak. hehe..

fid, tak. gajah tu open jek. gajah zaman skrg open minded. ni hal lah. haha. asrama? aiseymen, tak phm la plak,

siti, best! tp takut2 gak lah mana tahu dia naik minyak. huhu.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???