"Meleper" di Cameron Highland.


Eleh! Jakun giler dengan pokok teh. Hak3!

Haha. Cuti minggu ni memang dipenuhi dengan aktiviti melancong. Sabtu lepas pergi tengok gajah, Ahad pulak konvoi pergi Cameron Highland. Fuh! Minggu depan PBS bersama member di rumah kampung aku. Peh! Memang berjela-jela lah aktiviti keriangan aku. Hehe. Ni kira balas balik la sebab masa bulan satu asyik kuliah memanjang sampai tension.

Berbalik kepada cerita Cameron Highland, ni kali kedua aku pergi. Dulu masa rombongan sekolah, kali ni konvoi pula. Dia punya tahap best tuh, peh! Memang terbaik lah. Bermula pada jam 7.30 pagi. Macam biasa mula-mula slow, dah masuk jalan berbukit dan berselekoh masing-masing mula menyetankan motor. Pemandangan sepanjang perjalanan ke Cameron Highland memang cantik. Sejuk jek. Tapi malangnya di pertengahan jalan, kami terpaksa melalui jalan tidak berturap kerana belum siap. Ceh! Potong feel betul. Jalan tiada kenderaan lain jadi kami buat jalan tu macam kami punya jalan. Haha. Syok!




Gambar sepanjang perjalanan. Jalan tiada kenderaan lain, jadi boleh buat macam rumah sendiri.


Sampai jek Cameron Highland, kami lepak di Gunung Berinchang untuk menikmati pemandangan ladang teh BOH. Cuaca takdelah sejuk sangat. Mungkin akibat global warming kot. Kat sini kami jumpa geng superbike, siap bawa isteri tu. Peh! Sweet giler. Aku kalau nak kahwin nanti nak cari isteri yang mempunyai hobi sebagai rider jugaklah. Kah3! Boleh konvoi motor sama-sama. :P Hehe. Puas bergambar berlatarbelakangkan ladang teh yang tinggi nak mampus tuh, kami pun bergerak ke gerai jual strawberi. Beli la strawberi dua tiga bungkus. Budak jakun strawberi la katakan.


BOH Tea Centre.

Puas beli strawberi, kami makan tengah hari. destinasi seterusnya kami ke MARDI. Di sini terdapat pelbagai jenis bunga dan tanaman seperti ros, kekwa, strawberi, tomato, anggur dan juga kobis. Ni la pertama kali aku sentuh pokok strawberi dan tomato. Hehe. Kat taman bunga masing-masing terus bertukar daripada seorang rider kepada mat bunga. Hak3! Tak boleh blah. Tapi cantik bunga-bunga kat sini. Bayaran masuk untuk pelajar RM1.50 sahaja. Sepanjang perjalanan, kami terserempak dengan beberapa geng rider antaranya dari Ipoh. Aku respek kat geng dari Ipoh tu sebab ada dikalangan rider mereka daripada golongan orang dewasa. Semangat! Huhu.


Pokok strawberi.

Dalam perjalanan pulang, memang sakit tangan aku tekan brek jek. Tayar pun bau hangit. Jalan agak sempit dan selekoh agak berbahaya. Jadi kena hati-hati sikit. Dalam pukul 6.30 petang kami selamat tiba di IPG. Perjalanan hari ni memang memuaskan dan dapat melupakan segala masalah dalam kepala hotak. Hehe. Semalam rempit dengan gajah, hari ni rempit dengan motor pula. Haha. Ok, sekian sahaja laporan tak rasmi untuk perjalanan ke Cameron Highland hari ni. Assalamualaikum.

Amende lah yang aku buat tuh?

*Tajuk "Meleper" itu hanyalah tajuk semata-mata. Kami tak "meleper" sampai koner baring. Jauh sekali cecah lutut. Jangan sesekali ambil risiko. Nak meleper sila ke trek. Tunggang dengan selamat. Ingatlah orang tersayang. Hehe.

Comments

kainbatiksaya said…
hellloooo bro . tolong komen kat sini http://candy-sibutang.blogspot.com/2010/02/contest-frenzyfm.html TQ .. haha
Aini said…
bestnye.. dah lama teringin nak g sana tapi tak sempet2 lgi..huuuuuuu
ayisy said…
candy dandy, hahaha. okey dah buat!

aini, saya ni pun baru 2 kali pergi. huhu..
Amirah Rashid said…
youu, strawberry chocolate i mane?? :D
ayisy said…
amirah rashid, hehehe. dah habis kena makan dgn kawan2. :)
mira amira said…
wah wah wah . besh korang ek . nape jap sgt jd MATBUNGA . haha . =p
hans said…
nih timbul sifat P.H.D dalam diri aku nih...
hahahaha
pergi tak ajak
sob sob sob T_T
ayisy said…
mira amira, hehehe. best! jap jek jd mat bunga. lama2 nanti kantoi la. :P

hans, hehehe. aku pergi pun last minute. lain kali kalau ada aku ajak kau.
motormaniac said…
Menjemput saya terlalu .....
Anonymous said…
Periksa permainan baru ini di YouTube ..

http://www.youtube.com/castrolasiapacific


Mempercepatkan untuk menang ..
Tetapi kehilangan adalah lebih menyeronokkan ..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???