Friday, 19 February 2010

Puaskan Nafsu Shopping dan Makan!


Salam semua. Sekarang dah masuk setengah minggu kita cuti. Bagi aku cuti kali ni aku paling kurang berjalan-jalan. Hahaha. Duduk rumah jek. Paling jauh pun aku lepak Melaka. Mungkin aku dah bosan kot jalan-jalan area selatan Malaysia ni. Dan ditambah keadaan aku yang kurang sihat ni (selesema) jadi mood nak enjoy tu kurang. Tapi apapun, Rabu lepas aku pergi Melaka memang berbaloi lah. Puas jalan-jalan, shopping dan makan-makan.

Banyak-banyak tempat shopping kat Melaka ni, paling best bagi aku adalah Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Tempat ni satu tingkat lebih sikit jek. Tapi pilihan memang terbaik lah. Sejak tahun 2008 lagi kalau aku nak cari baju formal untuk kuliah dan majlis rasmi, aku akan cari di sini. Selain banyak pilihan dan kualiti terbaik, harganya memang murah kalau pandai cari. Semalam aku agak terkilan masa nak beli tali leher kat salah sebuah butik. Cutting dan style memang cun habis tapi sayang ia diperbuat daripada sutera. Aiseymen..harammmm! Hehehe.

Sebenarnya baju yang aku cari ni ada kat K.Lumpur dan Johor Bahru cuma aku tak suka pergi situ. Jalan sibuk nak giler dan pening kepala aku. Melaka ni sesak-sesak pun trafik lancar dan kalau sesat pun pusing-pusing dalam Melaka gak. Hehehe. Tu yang best kalau pergi Melaka. Ok, lepas dapat cari baju, aku teman member aku ni cari glove kat Malim Jaya. Pusing punya pusing jumpalah sebuah kedai motor yang jual glove. Banyak gak pilihan, jenama Alpinestar pun ada tapi yang tak ori la. Kualiti aku tengok lagi baik daripada sesetengah jenama ori. Sampai aku pun terbeli. Hampeh tol. Hahaha. Nak beli yang ori makan ratus ringgit. Takkan naik Honda EX5 pakai glove RM700? Hehe. Buang karen jek lah.

Sepanjang perjalanan di Melaka dan Batu Pahat, aku bantai makan fastfood dua kali. Satu kat A&W dan satu kat McD. Memang aku bantai puas-puas sebab tak dapat masa belajar. Hahaha. Blurpp! Alhamdulillah. Hihi. Sebenarnya aku makan kat A&W ni sebab dah lama tak makan kat sini. Ingat dulu kecil-kecil selalu makan kat A&W Batu Pahat. Tapi sekarang dah takder. Dah berapa tahun dia tutup. Dulu masa kecil-kecil suka makan dia punyer wafer tengah-tengah ada ais krim. Ummmmmpp!

Esoknya, aku bantai makan kat The Chicken Rice Shop. Nasi ayam di sini memang sedap. Aku paling suka benda alah yang berbentuk cup tuh. Sedap sehh! Aku cadangkan kalau korang dah bosan makan nasi ayam kat kedai, apa kata cuba kat The Chicken Rice Shop pula. Memang best!

Nyum3!

Ok, tu jek kisah aku sepanjang cuti seminggu ni. Ahad ni dah nak merempit balik. Kuliah dua minggu lepas tu balik kampung lagi untuk SBE! Weeeeee! Syoknya! Hahahaha! Kepada pembaca, ambillah waktu cuti sebegini untuk merehatkan minda dan berjalan-jalan. Tapi biarlah berpada-pada dan berbelanja ikut kemampuan. Jangan sampai berhutang dan kalau boleh simpan sedikit duit tu di dalam bank. Peace!

9 comments:

hans said...

sakan ko melantak dkt chicken rice shop

noor afzan said...

gambor makanan bikin lapar la pula..
ayisy..ayisy..

best nye cuti byk kan..
hoho~

Candy Dandy said...

banyak gila makan. wei bila nak blanja aku plak.. kau janji rituh. waaaaa

miaishika said...

motif ske cup toping tu...a.k.a tauhu sumbat...hihi....

btw......mmg bntai mkn r tyme cuti ni..cane??hihi.....mkn kt mcd tu msti xmo miss mkn prosperity tk las2 min kn...xpe r...mkn je r..hihi=p

rosesmiza said...

..hehe..melaka mmg best ar tmpt nk mgabeskan duet...

ayisy said...

hans, hahaha. dah gian tu yg melantak. hehe.

noor afzan, masa tgh study mmg byk cuti. nnt dah kerja habislah takder cuti. huhu.

candy dandy, kau jauh la. hihihi. usah nak jumpa. :P

miaishika, masa cuti lah nak bantai semua jenis makanan. huhuu. enjoy puas2. bukan senang nak dpat peluang camni. hihi.

rosesmiza, hehehe. menang2 tempat dia. hehehe.

hans said...

ayish
bila nak belanja aku nih
hahahhaa

Afzainizam said...

Salam Takzim dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Kami sedang melayari entri kamu.... kira kunjungan tanpa diundang
Antara Aku, Kau, Kita & kami
Salam lawatan buat mu dari ku
Bagiku…
Kau selalu jadi sahabatku
Selalu dalam hidupku
Karena kau adalah sahabat
Yang memiliki erti
Dari dulu sampai sekarang
Ku pohon sejuta kemaafan diri
Andai bicara seloka tersayat duri
Mengguris hati tanpa sengaja
Menyemarak rasa marah beraja
Memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
Membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya?

Ketahuilah kalian semua...
apa sahaja yang aku lakukan, ku cari damai dihati..

wahhhhh bestnya ko makan-makan best sekali.... aku teringin nak makan nasi beryani kat seberang jambatan batu pahat.... kat bukit soga pun best gak... tapi yang ko makan tu menyelerakan lah....

ayisy said...

salam Afzainizam, turunlah Batu Pahat. Banyak gerai Nasi baryani. Hehehehe. Pilih jek. Memang best! Nak cuba otak-otak pun ada. :)