Konvoi Merentas 5 Negeri.

Petronas Ayer Hitam, Johor. Jam 8.00 am.

Puas, seronok dan mengasyikkan adalah perkataan yang boleh digambarkan semasa konvoi pulang ke IPGM semalam. Konvoi kali ketiga untuk tahun 2010 ini. Disertai oleh budak batch aku, junior dan senior dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kedah. Perjalanan bermula dengan 3 orang termasuk aku dan memulakan perjalanan melalui Lebuh Raya PLUS Ayer Hitam, Johor. Pada awal perjalanan motor aku agak semput, nak cecah seratus pun payah. Mungkin belum panas lagi. Dah sampai Melaka baru boleh tekan 110-120 kmj. Tu pun kena cucuk motor member. Hak3! Motor stendet la katakan, nak wat camne.

Berhenti rehat sambil menunggu rakan lain tiba.

Sepanjang perjalanan aku nampak banyak polis kat tepi jalan. Mungkin untuk memantau keadaan lebuh raya yang dijangka sibuk sempena Raya Cina lepas. Sampai jek Simpang Ampat Melaka, aku terus berkumpul untuk tunggu member lain.

Perjalanan diteruskan menuju Kuala Lumpur. Mula-mula slow tapi lama-lama boleh plak sorang-sorang berembat. Harammm… Hahaha. Lalu highway mana boleh tahan bawak 100kmj yer tak. Semasa di K.Lumpur, salah sorang member tayarnya bocor kena cucuk paku. Tayar baru tu weh! Hehe. Nasib baik tubeless boleh tampal jek. Sory Fiq aku cerita kat blog aku. Kih3!



Masuk jek Karak, ok lagi. Lepas rehat di Genting Sempah, masing-masing mula sasau uji motor masing-masing. Corner sedap la katakan. Tinggalah aku dengan beberapa rakan lain yang bermotor tak laju ni. Tapi feel gak main corner sambil berangan macam bawak superbike. Hak3! Kurang asam jawa betollah. Paling dasyat seorang senior aku, pakai Kriss 110 jek, tapi boleh berembat dengan 125z dan 135lc. Dia punya laju cam syaiton. Sayup aku tengok diaorang kat depan.

Cececeh! Konon-konon snap padahal buat-buat jek. Haha.

Masuk jek jalan biasa di Bentong dan Raub, barulah masing-masing menunggang dengan sopan. Akhirnya kami sampai di IPG tercinta pada pukul 4.30 petang. Perjalanan memakan masa lebih kurang 8-9 jam yang memahat memori indah. Chewah!

Comments

miaishika said…
waaa..besh2 join knvoi~~~tp mmg llki je join knvoi ni ea???hoho.
.millalara. said…
semalam senggah mam lemang kat tepi highway karak tu haa.. huuu~

dah la cuaca sekarang btambah panas,, sungguh bertabah ohh korg bervroom2.. heh~
Anonymous said…
uh best tuh... jeles aku. haha


-Candy Dandy-
ayisy said…
miaishika, emm? a'ah. lelaki jek yg join. kalau perempuan nak join boleh gak. :)

noor afzan, memang best. lebih suka konvoi naik motor daripada konvoi naik train. ngeh3!

millalara, ohh. yg banyak2 gerai lemang tu eh? huhu.. panas mmg panas tp kalau naik motor tak terasa sangat. huhu.

candy dandy, best! jom join! hihihi.
Afzainizam said…
Muhammad
Muhammad
Muhammad Musthofa

Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah

Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di 'Abwa
Kembali ke alam baka

Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Shalallahu 'alaa Muhammad
Shalallahu 'alaaihi wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung

Salam Maulidul Rasul dari Kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com

wooooo hooooo best konvoi.... kalau lah aku ade pluang aku rasanya nak joint je
ayisy said…
afzainizam, mmg best dan perjalanan jauh tak terasa penat. huhu.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???