Apa Nak Buat Kalau Murid Ter... Dalam Kelas?


Gambar Hiasan. Seronok betul budak-budak ni ambil gambar.

Korang masih ingat tak masa mula-mula korang masuk tadika atau darjah satu? Apakah perasaan korang masa tu? Nak menangis? Nak melalak? Nak terberak? Nak terkencing? Atau rasa nak mengurat cikgu dalam kelas tu? Hehe.

Selalunya bila budak darjah satu masuk, macam-macam perangai pelik keluar. Ada yang menangis, meraung, nak ikut mak ayah balik, guling-guling atas lantai dan paling sadis terberak dalam seluar. Ini kes paling menggerunkan para guru. Kalau anak murid korang terbuang air besar dalam seluar, peh... Mesti pening kepala nak settle. Aku tak boleh bayangkan. Janganlah nanti kat sekolah tengah mengajar tiba-tiba ada anak murid buat muka berkerut semacam. Tengok-tengok dah... Ekkkk!

Itu kes kalau terbuang air besar. Kalau termuntah satu hal gak. Habis kotor lantai dengan muntah tuh. Siapa nak bersihkan? Kalau suruh budak-budak bersihkan ok lagi. Kalau masing-masing geli, nak tak nak cikgu gak kena bersihkan. Uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....!

Selalunya murid yang tak mempunyai keyakinan yang tinggi ketika di bilik darjah akan ditemankan oleh ibu bapa mereka. Ibu-ibu akan duduk di bahagian belakang kelas atau luar bilik darjah untuk teman anak mereka yang takut tuh. Kaum bapak-bapak pula akan berbincang hal negara di luar kelas. Keadaan ni berlaku semasa di awal persekolahan. Kesian kat cikgu mesti rasa lain macam bila mengajar. Silap-silap ibu bapa murid yang belajar. Hehehe.

Gambar Hiasan. Seronok betul budak-budak ni ambil gambar. Hak3!

Aku dulu masa mula-mula tadika ada gak rasa sedih bila kena tinggal dalam kelas dengan mak ayah. Tapi tahan jek beb sebab lelaki kan takkan nak nangis. Masa mula-mula tadika ada sorang mamat tu suka cubit aku. Apehal entah. Aku diam jek sebab takut. Ceh! Agak biadab gak arr mamat tuh. Hak3!

Sory lah entry ni merepek sikit. Tadi ke apa pensyarah aku cerita pasal ragam budak-budak sekolah terus jadi bahan untuk blog aku nih. Hihihi. Aku tengah tension ni. Esok ada kuiz, nak hantar kerja kursus, ada kokurikulum dan perbentangan. Adehh. Jumaat ni dah nak merempit balik, tak tahulah ada stok tenaga ke tak untuk rempit balik nanti. Emmmm…

Pasal kes murid tu, pandai-pandai la cikgu uruskan. Aku pun kalau kena nanti mampos....! Hak3! Ok, bye!

Comments

Afiqah Azmee said…
lempang je boleh? haha~
Nazz@Purple said…
kalo ngajo budak2 tadika ni..peratusan student ter..tu amat la tinggi..rasenye.kalo dah masuk darjah 1 tu..dia dah pandai kot..
miaishika said…
huhu...kesabran kna tgi nk lyan dak2 cmni...hukhuk....

kalo ak r..huk...ak yg nangis sndri..huk
kainbatiksaya said…
Ouh tidak pernah.

harap maklum . kakakaka
jadi cikgu darjah satu camtu la bro..
kena tahan lasak..
wakaka~

saya pernah termuntah dalam bas time nak pegi sekolah masa darjah 1...
tak tahan berdiri dalam bas yang terhoyong hayang..penin..
kena kat sorang member..
Mengangis2 member tu..
sorry beb, tak sengaja..
huhu~
midorimina said…
masa kita drjah 1 dlu slalu sangat tngk bbudak t'berak lm klas. tpi kta x prnah ek.

bdak yg buang air tu bleh wat muka slumber. smpai lah lalat hurung bru lah ckgu prasan yg dia t'berak dlm suar. bdak tu sengih jek..

huhuk~.. ^^
ayisy said…
miss lula, kalau lempang mesti budak tu nangis. hehehe. kalau tgh tahan sakit perut terus terkeluar. hik3!

nazz@purple, huhu. budak tadika lagi lah. darjah satu ok sikit kot. huhu. papepun, cikgu2 bersedialah. :P

miaishika, huhu. kadang2 cikgu perempuan tak boleh tahan emosi terus dia yg nangis dulu. kat sekolah dulu pun mcm tuh. hehe.

candy dandy, tahniah! anda seorang murid yg mempunyai kekuatan emosi. samalah! hehehe.

noor afzan, yup! kena tahan lasak dari segi emosi. kalau tak tahan silap2 boleh termuntah tgok budak ter... Hehe.. Muntah pastu kena baju org lain?Wah! Pengalaman yg tak boleh dilupakan tuh. Huhu.

Nur Azmina, Ekkkk! Sampai ada lalat? Ish! Tak boleh dibayangkan.. Uuuuuuuuuuuuuu...
hans said…
hahahahaha
itulah tanggungjawab cikgu nih besar
ayisy said…
hans, tu arr. payah beb. ramai org pandang senang pastu masuk jd cikgu. bila dah jadi cikgu terus tertekan. haha..
Afzainizam said…
Salam Darri kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

kalau budah darjah satu masih boleh lagi lah tegur dia dengar kata... tapi kalau darjah 6 DAH JAHANAM.... isssshhh lagi teruk gak tu....


ape pun itu lah nasib cekgu.... ibarat lilin menerangi anak muridnya..... kalau hilang aje murid cekgu gak yang di persalahkan.... nasib ko lah Ayisy .... ape pun selamat berjuang pada kamu...tugas kamu dianggap satu pengorbanan mu yangtak mungkin terbalas....
Amirah Rashid said…
kene cubit? haha. kesiannye.
hal mcm ni mmg xblh nk elak
dah mmg lumrah cikgu
so, kalau xnk lalui bnde ni
ajar sklh menengah aje :D
ayisy said…
afzainizam, betul tu. bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. huhu :)

amirah rashid, sekolah menengah lagi giler dia punyer masalah. huhu... apapun, intak2 dipermudahkan bila dah kerja nanti.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???