Mengapa Harus Membunuh Diri...



Ehem! Tadi aku tengah sedap membaca bu... Eceh! Buku konon Ayisy. Ok..ok. Tadi tengah sedap surf internet terbaca artikel tentang bunuh diri sebab cintan cintun. Adehh.. Bukan setakat cintan cintun la, sebab masalah lain pun ada yang nak bunuh diri. Paling aku rasa pelik ialah kes seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ingin membunuh diri sebab kena reject shop dengan aweks. Heh! Rasa ada pernah keluar kat surat khabar. Aduii.. baru umur 15 tahun sudah mahu membunuh diri. Tumbesaran tubuh badan pun belum sempurna dah nak memamposkan diri. Buat habis nasi mak ayah kau jek.

Cinta aweks ni bak kata seorang senior aku ibarat sabun. Kita ni kalau mandi tak guna sabun pun tak apa. Tapi kalau guna sabun tu lagi sedap dan wangi. Tersalah pilih sabun alamatnya gatal lah badan kita. Jadi, bila nak pilih sabun tu, pilih la yang cocok dengan diri kita. Biar sedap bila dipakai bukannya menggatalkan badan. Jika sabun tu hilang termasuk lubang jamban, beli lah baru. Tak payah sedih-sedih sampai nak bunuh diri sebab selalunya sabun yang baru tu lagi sedap dan baru. Ekekeke.

Ok adik-adik, kalau ada masalah tu, janganlah bunuh diri. Ingat, sekaya-kaya Donald Trump tu dia pun pernah muflis dan berhutang. Tapi sebab dia kuat semangat, dia mampu bangun semula daripada masalah dan kembali menjadi orang kaya semula serta berpengaruh. Kalau dulu dia bunuh diri masa muflis, kan rugi. Justeru, kalau hari ini adik-adik putus cinta, mana tau esok lusa adik dapat bercinta pulak dengan Fasha Sandha. Why not? Tak mustahil kan? Ataupun kalau hari ini adik-adik tak lulus SPM, mungkin esok lusa adik-adik berjaya dalam STPM. Yeh! Baiklah, aku rasa cukuplah setakat ini. Assalamualaikum!

gambar diambil dari imeem.com

Comments

.ShazaSulaiman. said…
ayisy..owg2 yg begitu kn...
sengkat la pmkrn mereke...
hohoho
Along Fina said…
sem lepas plak, kat kampus aku, ade gak yg nak bunuh diri.. kat kampus lak tu.. klu ye pon nak bubuh dri, takyah la kat dalam kampus kan? kang bergentayangan la pulak.. dah la nak bunuh diri, nak ajak org bunuh dri same plak tu.. dah kene rasuk syaitan la tu kot...

ayisy, jgn mu mande2 nak bunuh2 dri lak ye..
budak2 zaman skang gitu la..
isk2..
kakna said…
nyawa kita hak mutlak Allah swt..
dan hanya dia berhak menuntutnya kembali.. kalau la kawan2 kita sedar apa yang menanti selepas maut menjemput(kalau amalan x cukup).. confirm x kan pernah terlintas nak bunuh diri..
Nadiene said…
enty ko pedas lagi membara... mm, nak cari sabun carilah sabun yang protect macam detol n etc... "sabun = perempuan"
IMANSHAH said…
Murahnya harga nyawa makhluk ciptaan Allah..
ayisy said…
shaza, org yg singkt pemikiran ni tak pk bila dah mati jd apa. die ingat mati tu macam tido kot. hehe..

fina, mesti rare kan masa kejadian tu. ishh..aku tak pernah terfikir nak membunuhkan diri aku ini. huhuhu..

noor afzan, itulah budak2 zaman skrg.. senang sgt amik keputusan mudah.

kakna, betul tu. dia ingat best ke lepas mati.

fid, aweks kau tu sabun yg baik. hehehe..

imanshah, kadang2 bila seseorang tu dah tak berfikiran rasional, mudah sgt ambil jalan singkat utk menyelesaikan masalah.
M.o.2.@. said…
bdk zman skrg ni sume nk blagak dewasa..pdahal bulu pun bru bpe hlai..(ops!)..org dewasa frust pn ok lg..tapi ak rse bg dorg tu dunia nk kiamat kot..huhuhu..
ayisy said…
hahaha.. biaselah budak2. kita dulu pun camtu gak. hahaha..
Admin said…
yg ptah, tmboh..
yg ilang bganti..

bnga bkan sekntum,
kmbang bkn sekor..

lallalaaaa~
(^__^)
bunuh diri menambah masalah lagi ade. menyusahkan orang je nak angkat mayat ngko dsb. ayisy, ngape lately susa sangat nak buka blog ko nih? ade masalah hape? hmm..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???