Tuesday, 1 September 2009

Kemalangan Keretapi Tanah Melayu Yang Disaksikan Aku.

Tengok tu, pecah rail keretapi woo.. Giler die punyer eksiden...

Sebenarnya, rasa segan plak nak tulis entry ni. Sebabnya sorang akak senior aku dah cakap awal-awal pasal entry ni sebelum aku tulis lagi. Hahaha. Dia dah agak aku akan tulis pasal entry ni masa kejadian ini berlaku. Dia cakap "Sabar Ayisy, nanti tulis kat dalam blog yer". Kih3! Takper-takper, aku tak nak tulis kencang-kencang sebab kalau aku tulis kencang giler kebarangkalian aku untuk disaman oleh pihak KTM amatlah tinggi. Lagipun ini bukan salah KTM sepenuhnya.

Tengok, jauh gerabak tu tercampak. Huuu.. Giler kentang eksiden ni.

Macam biasalah, KTM akan lambat sikit daripada masa yang dijanjikan. But, semalam takdelah lambat sangat masa tunggu. Cuma dalam perjalanan tu, tiba-tiba keretapi tu berhenti dengan lamanya selama hampir 1 jam lebih kalau tak silap di Stesen Segamat. Sampai aku dan member sempat lepaks kat Stesen tu. Nasib baik tengah puasa, kalau tak puasa sempat gak kitaorang ngeteh-ngeteh kat warong. Hak3! Aku dapat inform rupanya ada keretapi tergelincir kat depan. Patutla. Kesian, puasa-puasa boleh kena eksiden. Mesti ada orang tak puasa tengah ngeteh kat cafe keretapi tu kan. Tu pasal eksiden. Haha...

Tersonket gerabak tu.. Taknak bahaya plak kan.

Selepas keretapi bergerak, aku lalu di tempat kejadian. Agak brutal gak kejadian eksiden tu. Aku pun jadi jakun bila tengok gerabak keretapi tu boleh terbalik dari landasan. Rasa-rasa mesti ada orang cedera parah punya. Cuma aku terbayang, camne la orang yang tengah buang air kecil/besar di tandas keretapi tu ketika kejadian berlaku. Korang bayangkanlah. Takpun yang tengah berjalan-jalan mundar-mandir kat dalam keretapi tu, mesti tergolek macam buah nangka jatuh kan. Kesian-kesian. Naik keretapi pun tak selamat sebenarnya. Kalau dah takdir eksiden, eksiden la jawabnya.

Tengok, kat belakang tu tandas rasanya. Mintak-mintak takder orang guna masa kejadian...

Huuu... Geli perut aku bila fikir. Seram gak. Oklah, aku nak nasihatkan lah, kalau naik keretapi tu jangan suka sangat. Kena hati-hati gak. Walaupun keretapi tu jalan tegak jek takder layan corner baring, kebarangkalian untuk eksiden masih ada. Penggunaan tayar tubeless amatlah disyorkan. Well, tayar keretapi memang tubeless, besi lagik. Sudah Ayisy, sudah.. Berita sedih pun kau nak ngarut jugak. Lempang laju-laju nak? Ok, babai! Selamat berpuasa di Kuala Lipis Ayisy. Huk3!

14 comments:

♥ Cik Cimi ♥ said...

ish3.
dasat.
sye yg ank ktm pn xtaw cite nih.
wahahaha.

CZ's thinking. said...

salam..tragis sungguh..dapat tau pasal nie pun masa baca paper siang td..memang teruk gila..rasanya memang dah ada kes ketapi tergelincir dr rel tapi tak sangka lak teruk sampai macam nie..huhu tak dapat nak bygkan macam ner la kalu ada baby or org2 tua masa nie...mesti teruk..hurmm kepada yang terlibat, harap bersabar dugaan bulan ramadhan..

noor afzan said...

x de lak berita nih kuar lagik yer..
tapi mmg ngeri lak..

FiNa said...

huhuhu.. naseb baek ayisy tulih kat blog, kalo tak, aku dok kat kampus ni bukan dace surat khabar pon...
thanks 4 da info.

walaupon aku tak brape nak paham bace n3 ni, takpe, aku buat2 paham ler..

ayisy said...

cik cimi, huhuhu. cuba tanya ayah, mesti dia tahu punyer.. :)

cz's thinking, betul tu, kalau ada baby, orang tua, sian diaorang. tapi nak wat camne, dah jadi kan. :(

noor afzan, kat kosmo dah keluar kalau tak silap. Huhu..

fina, kau tak faham yang mana? Keseluruhan ayat ke? Aku main taip jek ikut sedap tanpa perancangan. Sebab susah nak cerita kalau berita2 ni. Huhu.. Tapi kalau tak faham sesetengah frasa atau perkataan, kadang2 aku tulis ikut bahasa pasar yg mungkin tak semua orang faham. Huhuu..

FiNa said...

Adeh.. ayisy2... ko kan bakal jadi cikgu BM.. huhuhu... anak2 murid ko aritu bleh paham ke ko ckp?? hahahaa

norashikin rahmat said...

hehei.
macam ktm yang bawa barang je.

ayisy said...

hehehe.. Sebab bakal cikgu BM la kita kena perlbagaikan bahasa. Bahasa bersifat arbitrari.

norashikin, keretapi tu bawa penumpang. kalau bawa barang selalu ada cop gula Prai. Hehehe.. :)

norashikin rahmat said...

ceh. arbitrari gitu.
neway, just call me ikin.

ayisy said...

hehehe.. arbitrari eh. :P
okay ikin.. :)

FiNa said...

cikgu, arbitrari tu per? huhuhu

ayisy said...

emm? arbitrari tu maksudnya sewenang-wenangnya. Ataupun arbitari membawa erti bahawa bunyi bahasa yang diucapkan itu tidak semestinya ada hubungan hayati di antara bunyi yang dilafazkan dengan benda atau objek atau peristiwa yang dimaksudkan.

cthnya la, orang melayu akan kata rumah sebagai rumah. manakala orang inggeris akan kata home untuk home(rumah). tiada kesalahan jika objek (rumah) itu dipanggil rumah atau home. mak aih, camne nak terangkan ni. susahnya..

FiNa said...

takpe2 ayisy, nanti aku rujuk kamus dewan bhasa sendiri.. (kalu aku rajin la...)

ayisy, ko mmg hafal kamus dewan bahasa ke? baguih nye...

ahsfantasy24 said...

bahyeny..
na'uzubillahiminzaalik..