Monday, 7 September 2009

Hanya Jam Tangan. Tiada Jam Kepala Lutut.


Contoh jam Tourbillon. Meleleh air hingus tengok enjin dia. Hee...

Setiap orang mesti mempunyai minat masing-masing kan. Ada yang minat kereta, motor, barangan antik dan sebagainya. Malah ada pula yang minat mengumpul koleksi barangan kesukaan mereka macam setem, patung, pen dan jam. Aku ni kalau bab minat-minat banyak. Contohnya jam tangan. Sejak kecil lagi aku minat jam tangan beb. Tak tau la kenapa. Aku masih boleh ingat peristiwa membeli jam tangan pertama dalam hidup aku (belum tadika lagi weh). Jenis dan jenama aku tak ingat la, kedainya pun aku tak boleh ingat cuma kalau fikir betul-betul rasanya macam dekat supermarket Fajar atau The Store B.Pahat. Waktu tu aku eksen jek beli jam padahal bukan tau baca waktu jam tu. Hak3! Tak ke pelik beli jam tapi tak reti baca? Hik3! Hempuk pale baru tau.

Masa sekolah rendah, banyak kali gak beli jam tapi yang murah tahap kanak-kanak punyerla. Ada yang boleh bukak katup kepala kartun la, ala-ala Adidas Candy la dan macam-macam lah. Jam orang dewasa pertama aku berjenama Q&Q. Dibeli masa darjah 6 berharga RM60 kalau tak silap. Beli pakai duit sendiri kumpul bertahun. Jam tu aku rasa ada lagi kat rumah tapi entah sepah kat mana. Sepanjang sekolah menengah, banyak gak la beli jam tapi semua lesap tah mana. Yang bertahan sampai sekarang ialah jam Casio pertama aku. Kadang-kadang aku pakai gak ke kuliah kalau rindu zaman persekolahan. Jam tu aku beli masa form 4 kalau tak silap. Masih cantik dan pernah diservis sekali. Masuk IPGM, bila ada duit lebih barulah aku dapat beli jam orang dewasa. Yeh! Lompat-lompat kegembiraan!

Paling tak tahan aku ingat lagi masa kem Easy Math kat sekolah dulu. Ada sorang cikgu perempuan kerek dengan aku sebab aku pakai jam murah. Dia cakap dia belikan anak dia jam Seiko 5. Mahal dia cakap! Ececeh... Sabau jela dengar. Dalam hati aku bertekad, bila dah besar ada duit aku nak beli gak. Nasib baik aku tak cam muka cikgu tu, kalau tak bila aku dah ada jam mahal boleh capap depan dia. Muahaha! Pastu cakap "cikgu-cikgu, saya pun ada jam Seiko 5, cantik tak?" dengan nada gediks-gediks. Ekekeke.

Oh yer, kalau korang perasan la jam tangan yang menggunakan nombor Roman (I, II, III, IV, V), dia ada lain sikit. Biasa orang tulis nombor Roman 4 macam ni (IV) kan? Tapi kat dalam jam dia akan tulis (IIII). Aku pun heran la kenapa. Aku cuba cari jam yang tulis (IV) tapi masih tak jumpa. Baik jenama Seiko, Citizen, Casio, Rolex dan sebagainya mesti tulis huruf 4 sebagai (IIII) dan bukan (IV). Mungkin ada sejarahnya tersendiri. Jika korang ada pakai jam bernombor Roman, cuba belek. Hahaha... Meh aku tunjuk bukti yer sayang?


Tengok..tengok!

Tengok lagi sampai juling!

Puas tengok? Hehehe. Jam ni plak ada macam-macam jenis pergerakan dia. Ada yang mekanikal, quartz, digital dan paling radikal tourbillon. Mekanikal ni jam yang guna kunci tu ataupun satu lagi jenis (automatik) pakai goncang-goncang (kat belakang ada rotor yang berpusing macam kipas). Seiko 5 adalah contoh jam mekanikal (automatik), pergerakan jarum saat smooth jek. Aku ada pakai sebijik Seiko 5 tapi agak leceh sebab jam mekanikal ni kalau tak pakai 2,3 hari dia mati. Kebaikan jam mekanikal ni tahan lama sebab tak pakai bateri dan mempunyai harga kalau jual balik. Haha. Kira kalau siapa ada boleh berangan la lelong kat Paris. Hik3! Ok aku start buka bid RM 300 sapa nak? Kah3! Giler tamak ko Ayisy. Ok, sudah-sudah Ayisy sudah! Kau kalau tulis blog panjang bukan main, suruh taip kerja kursus seperenggan pun malas. Hihi... Lempang laju-laju nak? bye!

*gambar diambil dari modernjeweler.com

6 comments:

lAdY zAnA said...

1 soalan pliz...npe if kalau kita g kedai jam, dorang selalu display waktu jam tu kul 10.10? Any idea???

FiNa said...

assignment aku pon bertangguh smpai skrg tak buat.. rilek sudeeeyh...

kakna said...

setiap orang tu kalau ada minat tersendiri hidup akan rasa lebih terisi.. rasa ada kepuasan.. tul x? saya pon on the way nak beli dslr cam.. lama kumpul duit tabung.. x lm lg tertunai la.. =)

ahsfantasy24 said...

jam lame ilang kt pdg rie tue, xbgnti2 ag, huhu.. sdey la ayiasy xckup duet! hehe..

imanshah said...

Jam tangan aku yang paling aku sayang tertinggal masa kat R&R Rawang..mak ai sedih sampai sebulan..maklumlah hituw hadiah dari orang yang disayang..huhahua..mak aku suh pakai jam dinding sudah

ayisy said...

lady zana, saya tak perasan pulak situasi tersebut. nanti saya usha kenapa. huhu.

fina, aku pun rilex sudah sbb bahan dah ada. tinggal edit dan tambah2 jek. :)

kakna, kawan saya pun ada gak minat dslr. semoga impian anda tercapai. :)

ahsfantasy24, larr.. dah cari tak jumpa ke? takper2, elaun masuk sem depan boleh beli baru. hehe..

imanshah, dulu mak aku pun pernah tertinggal jam kat masjid tp sempat patah balik, naseb baik ada lagi. huhuhu..