Jejak Kasih Selepas Terpisah 12 Tahun.


Ni gambar diaorang masa darjah 4. Aku dah pindah masa ni.

Teruja tahap gaban! Rasa macam tak percaya jek keadaan ini berlaku. Huhu.. Bayangkan... Kawan-kawan aku yang sudah dekat 12 tahun terpisah berjumpa kembali. Aku pernah terfikir nak cari diaorang tapi tak jumpa-jumpa sehinggalah...

Masa aku bosan-bosan main Facebook, entah macam mana boleh terlintas di fikiran hendak mencari kawan-kawan lama. Aku terus teringat kawan-kawan masa aku bersekolah rendah di Mersing, Johor. Lama betul aku melupakan mereka. Lepas aku pindah ke Batu Pahat, terus lost contact dengan diaorang.

Mula-mula cari tak jumpa-jumpa. Search sana-sini. Akhirnya aku jumpa satu group sekolah lama aku tuh. Huhu... Apa lagi, godek punya godek. Tak jumpa gak. Last-last aku tanya jek kat sorang budak dalam group tu. Terus jumpa sorang member lama. Haha.. Daripada sorang member tu terus jumpa semua member lama. Kah3! Hebat betul teknologi zaman sekarang.

Ni pulak geng aku sejak darjah 3 dan masih melekat hingga sekarang. :)

Hurm... Boleh aku katakan diaorang la geng pertama dalam hidup aku. Geng satu sekolah, geng sepermainan dan geng berbual. Malangnya, aku sempat berkawan dengan mereka sampai darjah tiga sahaja.

Sekarang, semua dah besar-besar. Muka dah lain giler. Sampai aku tak cam. Dah yang lebih best, kebanyakan diaorang belajar di IPG dan UPSI, nak jadi cikgu. Hahaha... Tak sangka. Boleh sama pulak. Apapun, harap korang terus berjaya dalam bidang masing-masing. Ada masa, nanti aku turun Mersing kasik gegar FELDA Nitar 2. Hahahaha!

Comments

hans said…
hahahaha
best kan jejak kasih cam nih
aku pun dah jumpa ramai dah member2 lama
semua atas bantuan Facebook
hohoho


P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba - Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!
ayisy said…
hans, Memang best wooo.. Haha... Tengok muka masing2 dah lain. :P Facebook mmg berkesan dlm jejak menjejak kasih nih. Huhu
Nadiene said…
erkk, yang amoi blakang tu member gak, heee...

bila ko nak wat gathering tu?
ayisy said…
fid, Amoi blkg tu interframe plak. Hahaha...

Aku ngat cuti nnt aku nak turun Mersing la jumpa diaorang. Mahu ikut? Hehehe...

Hans, FB lebih berkesan berbanding Friendster dan sewaktu dgnnya. Hehe
hans said…
hahaha
tahu xper
fb memang hebat kut bab2 cari kawan lama nih


P/S : Sebab Pinggang Gua Tergeliat Jadi Hari Nih Gua Jawab Soalan Jer Lah
Afzainizam said…
salam dihulur tanda persahabatan,
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Sorry agak lama tak ziarah kat sini... agak sibuk sikit sekarang ni

hah aku pun baru jumpa beberapa orang member satu skolah dulu-dulu tu... hah... yang pasti diaorang berkerjaya hebat lah.... aku agak malu sikit lah kat diorang lah... maklumlah aku ni sapa kerja sendiri aje...
ayisy said…
afzainizam, Kerja sendiri la best kan... Boleh tentukan apa yg kita nak buat, apa yg kita target. Kalau kerja makan gaji ni rasa mcm jadi kuli jek. Disuruh buat itu ini. Peraturan itu ini. Huhu
ayisy said…
Aku memang teringin nak bekerja sendiri. Tengoklah nanti bila kewangan dah stabil, mungkin aku akan cari kerja tambahan yg semestinya aku bos dlm kerja tuh. Huhu...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???