G-Shock GW-S5600. Jam Bertali Carbon Fiber!

Casio G-Shock GW-S5600

Nak beli! Tapi tak rela duit dilepaskan...

Itulah penangan jam keluaran terbaru Casio, G-Shock GW-S5600. Sekali pandang, tak nampak keunikan yang terdapat pada jam ni melainkan seutas jam G-Shock berbentuk klasik dengan sedikit hiasan. Tetapi setelah diteliti betul-betul, jam ini menggunakan tali yang diperbuat daripada carbon fiber! Peh!

Bila sebut tali carbon fiber, apa yang boleh diharapkan adalah tali ini takkan putus. Jadi ianya memberi ketenangan emosi dan mental korang selepas memiliki jam ini. Tak payah runsing pening kepala bagai sebab takut tali jam putus. Selalunya, jam tali getah akan putus selepas lama digunakan. Selain itu, apa yang aku faham adalah selain daripada tali, bahagian lain seperti spring bar, buckle dan band ring juga disaluti carbon fiber. Terbaik!


Lihat talinya. Di dalam terdapat carbon fiber yang mengukuhkan tali. Gambar diambil dari seiyajapan.com


Yang menjadikan jam ni bertambah cool adalah teknologi yang terdapat padanya. Menggunakan tenaga sang matahari sebagai punca kuasa membolehkan korang tak perlu menukar bateri jam lagi. Hanya perlu pakai, dan hulurkan jam anda ke arah matahari. Hehe.. Tak lah. Gurau jek, takdelah kena buat macam tu sekali.

Teknologi lain ada tapi tak guna aku cerita sebab ianya tidak dapat berfungsi di negara ini. Contohnya time calibration signal reception (Wave Ceptor) yang membolehkan jam membetulkan waktunya secara automatik. Huhu... Harga tak rasmi RM950++. Heh! Aku tak pasti sama ada jam ini dibawa masuk ke Malaysia ke tak. Kalau tak, korang tak payah risau sebab ianya boleh dibeli secara online seperti di eBay, Amazon, seiyajapan.com dan sebagainya. Orait?

Comments

duniajam said…
Siri DW56XX adalah kesinambungan kepapa keluaran pertama G-Shock di dunia. Sampai sekarang design jam ni masih diterima & ada permintaan.

Aku ada satu model ni DW5600E Foxfire yg dibuat hanya untuk pasaran Jepun. Pasaran antarabangsa, kar dial tertulis 'illuminator'. Takda beza pun melainkan cuma yg JDM tu tertulis Foxfire.

Jam yg ko review ni mmg cun. Spec yang ada padanya tinggi & aku pasti jam ni takkan masuk pasaran kita seperti kebiasaan. Jam2 yg jual kat Seiyajapan adalah untuk pasaran Jepun. Kalau kita nak beli, boleh order dari dia. Reputasi dia sangat baik & antara seller Jepun paling dipercayai di dunia.
Nadiene said…
jam matahari sudah muncul, hehehe... bukan ke zaman dulu guna matahari sbgi jam, heee
hans said…
mak aih
sampai nak dekat RM1000 harga dia
hohoho
dasyat tul jam nih

P/S : Hans! Asal Makin Kurus Bebenor Nih?
ayisy said…
duniajam, Casio mmg byk keluarkan variasi model 56XX sampai pening nak bezakan. Huhu..

Huh, nama FoxFire lebih cool berbanding illuminator. Huhu... Kalau lihat jam2 di seiyajapan mmg best2. Harga pun best. Huhu..

Fid, Zaman dulu mmg guna matahari jek sbg jam. Memandangkan teknologi zaman tu kurang. Ceh!

Hans, Itu baru seribu Hans. Kau tak jumpa lagi jam berharga RM145K!!!!! Hahaha...
Afzainizam said…
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

yup aku pernah pakai G shock ni tapi hilang kena rembat... masa terlupa nak simpan masa toilet kat langkawi dulu...

dulu aku ingat lagi adik beradik G shock ni adalah iras-iras babby G
hans said…
mak aih
jam apa lah mahai sangat sampai 145K?
baik aku beli rumah
hahaha

P/S : Mari Makan Buah Tomato!
ayisy said…
Afzainizam, Huh! Takper, anggap jek tiada rezeki. :)

Hans, Jam mewah Swiss Made. Kau try la usha butik2 jam2 mewah kat KL. Ada punya. Hehe..
Unknown said…
Petama kali aku jumpo orang betul2 sama dgn nama aku dgn ejaan sekali hehe

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???