Martabak, Ayam Goreng ft Air Tebu.



Makan-makan...!

Salam semua. Minta maaf lah kalau entry sebelum ni sukar untuk korang faham. Aku tulis ikut sedap dan tidak menggunakan ayat yang betul. Jadi, mungkin pembaca berasa pening ketika baca. Kalau buat karangan SPM dengan ayat macam tu, pasti dapat C. Huhu.

Berbalik kepada tajuk, sempena bulan Ramadhan ni, aku nak cerita sedikit apa yang bermain dalam otak aku sekarang. Bila sebut juadah berbuka puasa, mesti terbayang makanan yang sedap kan. Aku pula, bila ditanya apakah makanan kegemaran semasa berbuka aku akan jawab ayam goreng, martabak Singapura (eceh!) dan cheesy wedges. Air pula semestinya air tebu atau air kelapa. Tapi itu semua hanyalah nikmat yang aku dapat semasa berbuka di rumah atau BP. Berbuka di Kuala Lipis mak aih, buka jelah apa yang ada. Nasi ayam sejuk pun layan. Kesian kat aku. Muahaha.

Bazar Ramadhan kat Batu Pahat dan Kuala Lipis dah lain. Jenis makanan pun lain. Kat Kuala Lipis, macam-macam jenis kuih pelik-pelik aku jumpa. Ada macam jeli lah, berkuah-kuah macam koktail lah. Martabak pulak kuahnya macam air sirap. Pelik betul. Orang makan dengan kuah kacang dhal dan sambal, dia boleh taruk kuah macam air sirap. Tak feel langsung makan. Hahaha. Marah orang Lipis bila aku cakap camni tapi nak buat camne kan, dah kenyataan.

Sahur pula kalau kat rumah memang makan nasi. Tapi bila dah kat IPGM, takkan nak masak nasi dengan lauk. Mana sempat beb nak masak. So makan roti, cokelat dan koko crunch jela. Kalau la IPGM aku ni kat area bandar macam JB, mesti boleh sahur kat warong ekk. Kawan aku lagi style, sahur dengan air dan kurma jek. Bagus-bagus!

Orait, siapa kat sini pernah puasa kat asrama? Best tak pengalaman korang? Heh! Kalau pengalaman aku, semestinya best! Masa buka sedap woo. Sahur pun sedap walaupun masa sahur mata buka sebelah jek. Hahaha. Jangan muka tersembab kat dalam nasi sudah.

Oh yer, warga IPGM KTAA! Korang tahu tak port jual karbait kat Kuala Lipis? Ok, itu jek penulisan aku hari ini. Tiada cerita yang boleh dijadikan pengajaran. Hanya entry suka-suka jek dari aku. Dan tak lupa, kucing kat kolej kediaman aku tak puasa, tadi aku nampak dia makan. Hak3! Bye!

*korang pula, suka makan apa masa berbuka dan bersahur?

*gambar gua ambil dari animals.nationalgeographic.com

Comments

ballpenmerah said…
bro...tu masakn org timur la...mmg mkn martabak mcm tu...nsib kau la kalau xleh mkn
zetty said…
btol2..org pun xleh nk terima...mkn murtabak ngan bwg mcm tue...huhuhu...rindu laa mknn kat jhor...jom blik jhor...heheheehe
naz. said…
hoho..kat penang pun sama weh..
makan murtabak ngan sirap bawang..
wakaka. selama ni aku penah dgr sirap ros aje!

wah sahur mkn koko crunch..
aku mkn maggie je kot!
ngee!
ayisy said…
hahaha.. rupanya area tempat lain martabak dia lain la.. tapi masih boleh dimakan, aku cicah dengan sambal lauk. Hahaha...

Sirap bawang pun sirap bawang lah. Huhuhu.. Aku suka makan koko crunch woo, sedap dan mudah disediakan.
Along Fina said…
mase aku dok mrsm dlu, bile sahur, pergh! sedap.. hampir stiap hri makan ayam pelbagai masakan.pdhal bpe kerat org je yg makan sahur.. tapi, kalo time berbuke, adeh, makan ikan kurus goreng kering,daging msak kurma, n pape lg yang kadang2 tak brpe berkenan... ish, mencarut hbis ler bdk2...

aku??? stedy jer...

aah, kt penang ni mrtbak dy makan dgn sirap bwang gak.. aku kat slgor dlu adela jugak dpat sirap bawang tu, tapi adela jugak makan dgn kuah dal walaupon cayaq..tapi, pe bleh bwt... aku makan jugak le sbb da bli.. tapi aku tak makan la dgn sirap tu, aku makan camtu jerk...


.:.pssst:ok je bhasa ko..
ayisy said…
Ikan kurus goreng?? hahaha.. kenangan duduk asrama. kenapa la ekk diaorang letak ikan kurus goreng? aku sekali ngap jek boleh telan ikan tu. hak3!

sirap bawang tu kadang2 sedap gak kalau dah lapar. hehehe..
Nadiene said…
bilew nak belanje aku buke nie..huuu..
ayisy said…
aku nak send martabak guna pos laju kat kau tp takot dah basi.. adeii...
Along Fina said…
hahaha... ko nak makan ke ikan kurus goreng tu? dari ko makan ikan kurus goreng tu, lagi baik ko makan kayu.. same je keras nye.. hahhaa

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???