Celcom Broadband Yang Mengecewakan.

Kadar download data amatlah perlahan. Sekitar 5-10 KB/s untuk HSDPA, lembab macam GPRS. Sakit jiwa dibuatnya.

Entry kali ni aku nak komen pasal kualiti servis Celcom Broadband sejak akhir-akhir ni. Sebelum ni, ramai dah yang komplen tentang kualiti servis diaorang ni. Ada yang cakap lembab lah, selalu terputus lah dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah, masa mula aku pakai Celcom Broadband sampai bulan Julai tahun ni, kualiti servis bagi aku memuaskan la. Cuma sejak sebulan dua ni, tiba-tiba aku rasa Celcom dah hampeh sampai kadang-kadang aku rasa pedap giler. Lembab! Tak stabil! Kelajuan internet seperti dial-up telefon rumah! Yah!

Celcom, aku bayar bulan-bulan RM68 sebulan. Aku bukan orang kaya. Aku bukan orang dah kerja. Aku bukan anak Dato. Aku bukan cucu Sultan. Aku cuma pelajar jek yang ingin merasa nikmat internet dari kau. Bagi aku, RM68 tu boleh dikatakan mahal jugak lah. Kenapa kau buat aku camni. Nak bukak emel pun merangkak-rangkak. Memanglah bukan setiap masa kau macam ni, habis kalau dah agak selalu kau buat hal tak ke geram dibuatnya. Aku tak kisah kalau bil setiap bulan cuma RM10-20. Ini RM68 bang. Nama jek 3.5g, HSDPA, WCDMA, tapi kualiti macam wayar telefon buat apa.

Celcom, kau tak payahlah buat iklan gempak-gempak kat media massa, cakap kau terbaik lah, terluas lah, terpantas la dan terhebat lah. Simpan duit modal kau tu untuk tingkatkan prasarana servis kau dulu. Aku percaya, kalau servis kau memang D,Boom! Kau tak payah buat iklan pun kompom laku. Ini servis hampeh, iklan berdentum-dentum pun kompom takder siapa nak percaya.

Satu lagi, kalau servis kau lembab, aku tak kecoh pun kat surat kabor atau forum-forum di internet. Ni pun 1st time aku komen. Tapi kalau aku tak bayar padahal due date ada lagi 2,3 hari, kau dah kecoh bagi mesej suruh bayar. Kalau tak bayar nak potong la, apa lah. Kecoh giler, kalau servis kau D,Boom aku tak kisah lah kau nak kecoh. Ni hampeh pun nak kecoh. Mungkin aku perlu kaji untuk menggunakan perkhidmatan syarikat lain. Cuma keadaan tempat aku tinggal jek tak mengizinkan. Andai kata aku duduk di bandar macam JB, Melaka, KL, sah-sah aku dah curang kat kau Celcom. P1 Wimax, kau jangan kembang idong plak. Haha... Aku bagi masa sampai akhir tahun ni, kalau kau buat taik gak, aku curang. Ingat tu.

Oh yer, nak cerita sikit. Isnin lepas aku pergi kedai jam kat Kuala Lipis sebab nak besarkan tali besi jam aku. Lepas raya boleh plak tak muat. Haha. Lepas dia servis, aku tanya berapa ringgit. Nyonya tu cakap free. Apa? Free? Peh! Syahdu sungguh aku rasa. Sebelum ni, aku pernah pergi servis tali besi jam kat kedai area BP, diaorang cas Rm0.50-RM1.00. Walaupun apa la sangat RM1.00 tu, tapi aku tetap rasa respek kat nyonya tu. Nyonya, kalau la lu bukak kedai kat BP, kompom gua beli jam kat kedai lu. Hehe. Camni baru sayang dengan Kuala Lipis. Heeee… Ok, tu jek, Assalamualaikum.

Comments

♥ Cik NaD ♥ said…
erm..samela kite..tensyen2.. celcom mengong nih.. asalla die wat hal..
Nadiene said…
tuka digi jew. hewwww
IMANSHAH said…
Aku lagi la nayar 98 hinggit..memnang selekeh tol berukband celcom ni
ayisy said…
Cik Nad, Celcom memang sucks! Huh! Hahaha...

fid, masalahnya aku duduk Kuala Lipis. Camne nak pakai Digi. Heh!

imanshah, memang Celcom selekeh. Iklan jek gempak!
Dan said…
btol2!! buat rosak modd je maw on9 kan?
CIKGU NAMAN said…
baru je berkira-kira nk tukar streamyx ke celcom broadband

mmg dh bnyk dgr citer pasal ni
ayisy said…
Iqakiko, memang merosakkan mood org nak online jek. Kdg2 orang nak buat kerja terus jadi sakit hati. Huh!

naman, kat Malaysia ni susah la nak dapat servis internet yang baik. :(
Afzainizam said…
emmm baru bru ni line phone celcom tergendala selama hampir satu hari... belum lagi si berokband ni... sebab tu lah aku gunakan line tipon umah je.. cocok kat PC ok je stabil tak ade masalah.. cuma ade kalanya lambat gak...
kakna said…
tahap kesabaran saya ngan service celcom broadband ni dah mendidih bergelegak dah ni..
moh pakat rame2 kite tukaq pakai wimax.. sementara x rame yg pki, boleh la deme claim laju.. tapi memang memuaskan speed nye..
Along Fina said…
salam.. ayisy, lame tak melawat blog cute practicle teacher ni kan.. hahhaa..

btw, byk tol n3 raye ko ni kan...
huhu..
aku, da dekat 2 bulan aku tak bukak.. sebab internet kat asrama takleh sampai atas. malam ni je plak boleh.. uhuhu

nak duit raye!!! huhu
duit raye aku pon berkurangan walaupon baru umur 18 thun.. huhu
ayisy said…
Afzainizam, a'ah, masa raya hari tu. Aku dulu masa tak pakai broadband mmg pakai cucuk kat tepon rumah tu. Hehehe...

kakna, kalaulah Wimax punyer coverage macam Celcom, dah lama saya pakai Wimax. Hehehe... Mungkin kena tunggu lagi setahu dua kot baru coverage dia luas. :)

Fina, heh! Sian kau sebab internet tak sampai bilik. Kat tempat aku nak surf dalam jamban pun boleh. ) ekekeke..
Duit raya memang semakin berkurangan apabila kita semakin dewasa. Huhuhu..
pudding pie said…
celcom mmg limited kan coverage die..
kalo blk kg jek trus tunjuk sign GPRS..aduyai =(
nak bukak semua website pun cam sipot jek
salam..
betul tu saudara..
ana pun gune broadband celcom gak, time kat umh alhamdulillah..ok je pakai
bile gune kat kampus memang "bengang" sesangat..
memang x connect langsung..
dhla kat kampus di sana sini poster upax la, u.o.x la..
tp, line celcom x ok gak..huhuuuu...
kita pengguna membayar, tapi.....
hanya mampu bersabar..huhu
ayisy said…
pudding pie, kalau gprs memang lembab tahap kritikal. nak buka google pun lembab, apetah ;agi website lain. huh!

khazinatul asrar, Celcom cuma pandai buat iklan jek, tapi kurang pandai tingkatkan kualiti servis diaorang. Sabar jelah...
adilah md shah said…
salam..betul2..ni bukan sekali dua celcom broadband macam ni.. merosakkan mood nk on9.. kadang2 nk dc pun susah..dah bleh cnnct kdg2 dc sendiri..aduhai
ayisy said…
adilah md shah, dah berpuluh kali, ntah2 beratus kali Celcom baut hal. Kadang2 rasa tension gak. Huh!
Anonymous said…
hikhik. skrg da oke lum? celcom mmg susah coverage eh? guna digi la, not bad.
ayisy said…
aleae, skg dah makin okay lah. nak guna Digi cvrge tempat saya tak ok. Hehehe..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???