BIG. Gambar Masa BIG di Mambang

Alhamdulillah dengan limpah kurnianya akhirnya kami semua talah berjaya melaksanakan Program Bina Insan Guru di Kampung Mambang , Pekan, Pahang untuk pelajar PISMP sem1 dengan jayanya. Berkat kesungguhan dan kerjasama semua pihak program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan sekali. Walaupun pada awalnya terdapat beberapa kekalutan dan masalah berbangkit seperti kelambatan pihak pengurusan tempat menyediakan bahan masakan tetapi dengan bantuan para pensyarah dan staf-staf sokongan yang tidak jemu manghulurkan bantuan dan mencurahkan pengalaman kepada kami segala masalah yang timbul dapat diatasi dengan bijaksana.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya En Shafie b. Majid selaku Penyelaras program ini, para pensyarah En. Abd Jamil b. Sabdin, Cik Nor Asiah bt. Ismail, Pn. Rosmarozini bt. Che Kaparni, En. Ahmad Farzulruddin bt. Ismail, En. Shahnam b. Abd Rashid, Tn Syed Ahmad Ruslan b. Syed Abd Aziz, Ust Noorul Alimin b Naziri dan En. Zaharuddin b. Hj Omar. Tidak lupa juga kepada staf-staf sokongan yang banyak membantu dalam melicinkan perjalanan segala aktiviti kami terutamanya kepada. Turut tidak dilupakan kepada Puan Maryani dan En. Riduan daripada Unit Gerko yang sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan kami serta merakamkan detik-detik indah kami sepanjang kami di sana. Jasa Tuan-tuan dan Puan amat kami hargai dan sanjungi. Hanya Tuhan dapat membalasnya. Terima Kasih.

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan (iptaa)
















Comments

Anggerik UNggu said…
bst tak g mambang??? msti best..jmpe lintah??

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???