Posts

Yeyeh... Award lagi...

Image
Okey.. Malam ni aku dapat award daripada kawan seunit aku iaitu Idayu. Aku perlu menyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini. Jadi, ini dia...! Jeng3!!! 1. Baik, bila mintak tolong dia tolong. Contoh pasal komputer. Bila aku ngok sikit pasal komputer, aku tanya dia. 2. Pandai Adobe Photoshop. Lepas ni aku nak suruh dia edit gambar aku cantik2 untuk dihantar ke majalah Men's Health. Wawawa... 3. Terer main bola tampar, wakil IPGM aku. 4. Orangnya ceria, dalam bahasa inggeris happy go lucky. 5. Buat sesuatu bersungguh-sungguh macam perbentangan dan presentation. Hak3! Sama la tu woi ayisy... Kemudian, aku diminta memberi 5 fakta tentang diri aku. Aisyemen... Kangen lok... 1. Berpikir berpuluh kali setiap hari bagaimana nak cari duit beli kereta. 2. Suka fesyen walaupun aku tak style sangat. 3. Tak suka orang dewasa atau orang atasan. Hampeh! Tau cakap dan suruh jek. Cuba diorang plak yang kena? 4. Sanggup habiskan banyak duit untuk perkara yang disukai. 5. Kurang seronok be...

Barang Baik WD Passport Essential external HDD

Image
Salam semua. Aku nak tanya kat korang, laptop@komputer korang pernah kena virus tak? Virus yang giler la, yang bodoh-bodoh tak main la. Tahun lepas aku punya laptop diserang bala tentera virus macam syiaall jek sampai jahanam aku punya laptop. Tapi naseb baik laptop aku macho. Dia cuma perlu diformat jek. Hahaha.. Dengar macam seronok jek ekk kena format tapi sekali lepas format, haaa! Peh.. Aku punya fail kerja kursus maca sem2 ppismp hangus. Frust terkencing beb susah-susah buat tup2 hilang gitu jek. Takpe, itu cerita dulu sebab aku sengal tak buat backup awal-awal. Ok, minggu lepas aku ada terbaca bagaimana nak selamatkan data daripada hilang atau dicuri dek kerana virus atau pape jelah. Jadi dia cakap macam-macam cara boleh buat. Mula-mula save data kita kat pendrive@memory card@dvd rom. Pikir-pikir balik mana cukup nak save data aku yang bergigabait tu. Kalau atok nenek yang buat boleh la sebab diorang guna komputer untuk wat keja jek. Cara kedua, backup online. Alahai... Kalau Ma...

Musim Durian

Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur. Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duriyang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih. Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain ...

Buah Hati Baru: G-Shock Mudman Military G-9000MS-1

Image
Sebelum aku menulis artikel ni, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang member paling baik aku (Firdaus) sebab sudi memberi pendapat dan menemankan aku ketika membeli jam kejut-G baru aku ni. Alhamdulillah, selama 5 lima bulan aku mengumpul duit kerana mengidam untuk menambah cawangan baru masa cuti bulan 6 ni. Hehehe... Kesian dekat G-Shock Polygon Slim Series aku ni s ebab terpaksa bermadu dengan bini baru aku iaitu G-Shock Mudman G-9000MS-1. Huk3!!! Mesti meleleh air mata G-Shock lama aku tu tengok tuan dia dah ada buah hati baru. Hehehe... Jadi, jom ikuti perbualan aku dengan Daus semasa hendak membeli jam G-Shock ni The Summit Parade BP. Babak Pertama. Sedang aku berjalan-jalan dengan kawan aku, tiba-tiba semasa aku melintas di sebuah kedai menjual jam tangan, tergerak hati aku untuk memasukinya. Ayisy : Eh, jap. Aku nak usha jam baru la. Firdaus : Jom. Salesgirl : Mahu cari jam macam mana? Ayisy : Emmm... Boleh tengok jam tu tak? Salesgirl : Boleh... Ni...

Tora datang lagi dengan permainan baru...!

Image
picasaweb.google.com Korang pernah dengar dialog tajuk entry ni? Mesti pernah kan masa kecik-kecik dulu. Dulu masa aku kecik-kecik, memang selalu lah beli benda alah ni. Aku panggil benda ni kotak-kotak. Kalau nak beli aku tak panggil nak beli Ding Dang, Tora atau Jojo, tapi aku cakap kotak-kotak. Hehehe... Mungkin benda tu kotak, tu yang aku panggil kotak-kotak. Banyak jenis mainan kotak-kotak ni, tapi yang paling femes adalah Ding Dang dengan Tora. Jojo aku jarang beli sebab mahal. Harga masa aku beli dulu adalah: Ding Dang= rm0.60 Tora= rm1.20 Jojo=rm2.00 Paling tak boleh blah masa iklan die keluar kat tv. Macam syiaal dia punya iklan. Membuatkan aku begitu teruja untuk memilikinya. Hari ni keluar iklan Ding Dang atau Tora dengan mainan baru, esok juga aku pergi mintak mak ayah beli. Nak beli sendiri tak ada duit.. Isk3!!! Padahal rm0.60 jek. Tapi seingat aku la, kadang-kadang bila aku beli kotak-kotak ni, dapat mainan lama(dah ada). Sedih beb... Menyumpah-nyumpah sebab rasa macam k...

Berat Badan Aku Naik!!!

Image
www.bharian.com.my Hehehe... Sajek nak kecoh. Semalam mase aku jalan-jalan dengan member, aku timbang berat aku kat sebuah mesin timbang 2o posen. Tengok-tengok...Wah! angka menunjukkan 58.8kg! Naik 2.8kg tuu.. Hahaha... Dulu berat aku 56.0kg jek. Kurus giler aku...! Cekeding jek sejak dari zaman sekolah dulu. Tapi biaselah, bile cuti jek mesti berat aku naik, tapi bile naik semester jek, kompom turun balik. Emmm... Bilela badan aku nak tough macam John Cena tu ekk. Kih3!!

Dah lama tak kemas kini blog.

Image
Dah lama tak kemas kini blog aku ni. Sebab utamanya adalah kerana aku sakit gigi aritu. Sebab kedua adalah kerana aku sedang asik berjalan-jalan di sekitar Batu Pahat, tengah survey external hard drive dan jam tangan baru. Keh3!!! Maklumlah, dok Kuala Lipis menyimpan duit jek kejenyer, bile dok Batu Pahat, ngabeskan duit plak kejernyer. Keh3!!! Style tak cara aku simpan dan guna duit tu. Keh3!!! Sepanjang semester ni, punyerla aku sabor menahan keboringan hidup kat *****. Nak jalan-jalan takder tempat best. Nak shopping takder kedai best. Nak merayap takder port best. Nak ngabeskan duit takder barang yang nak di beli (ada benda nak beli, tp barangnyer takder). Jadi terpakselah aku tahan jek. Jadi! Sementara aku berada di kampung halaman tercenta ini, kini tibalah masanya aku mengshoppingkan duit aku yang telah lama menanti untuk dishoppingkan!!! Hahahahaha! (bahasa ape la ni) Akhir kata! Kepada tokey-tokey kedai kat area Batu Pahat, Parit Raja dan Senggarang, bersiap sedialah menanti ...