Buang Perasaan Ini!

Bebaskan dirimu!

Dalam diri aku, ada satu perasaan yang sukar dikikis. Perasaan terlalu memikirkan apakah pandangan orang lain terhadap diri kita.

Bila berjumpa dengan orang lebih-lebih lagi yang tidak dikenali, baru dikenali ataupun kurang rapat fikiran aku cepat memikirkan apakah pandangan orang itu terhadap diri aku. Adakah aku ini menyenangkan dia? Adakah dia selesa berkenalan dengan aku? Apakah pandangan diri dia terhadap diri aku? Dan pelbagai lagi perkara aku fikirkan.

Terlalu memikirkan hal sebegini boleh menyebabkan kita tidak yakin. Kita tidak yakin untuk menjadi diri kita sendiri. Terlalu mahukan orang lain selesa dengan diri kita menyebabkan kita kaku dan buat-buat. Kita kadang-kala terlalu 'control' diri kita supaya orang lain memberi pandangan baik terhadap diri kita.

Dan lebih parah, fikiran akan ke arah negatif kerana terlalu memikirkan pandangan orang lain terhadap kita. Kita mula fikir bukan-bukan walhal entah betul entah tidak apa yang kita fikirkan. Kemudian, kita mula malu, segan, tidak yakin dan takut untuk berhadapan. Selalunya situasi sebegini terjadi apabila kita berhadapan dengan orang atasan seperti guru, pensyarah dan sebagainya.

Aku perhatikan orang yang berjaya terutama dalam kalangan rakan aku. mereka mempunyai sifat 'cool' dan jenis tidak takut apa yang akan terjadi. Mereka ini jenis 'be yourself' dan happy go lucky walau apa jua keadaan. Mereka jenis tak kisah orang lain kutuk ke, caci ke mereka akan buat apa yang mereka mahu. Setakat kena marah atau perli, dia senyum jek takpun gelak-gelak. Heh!

Dan sekarang, aku cuba ubah diri aku seperti itu. Aku nak buang jauh-jauh sikap terlalu memikirkan apakah pandangan orang lain terhadap diri aku. Tetapi buang 100% pun tak bagus. Kena berpada-pada. Kang buat tak peduli langsung, kita tak dapat cermin diri kita dan perbetulkan apa yang salah.

Hidup tak perlulah terlalu serius dengan masalah dunia. Tension beb! Keringkan hati, redah segala semak samun dan belukar. Jangan terlalu risau dengan masa depan dan apa yang akan terjadi. Usaha dan tawakal. Takkan mati kalau setakat ada orang marah dan maki kita. :)

Comments

Nadiene said…
bukan orang yg berjaya je bro kena buat mcm itu, tp org mcm pencuri, perompak , palyboy pun sama.... sebab "berani" itu mmg penting... itulah 1step dalam sume benda :)))

perkara biasa perempuan buat kalau gaduh
ayisy said…
fidooo... Berani utk buat kebaikan itu yg kita kena lakukan. Tapi takut untuk lakukan kejahatan, itu yang perlu kita semaikan...
fiDooo said…
sebab tu bro, berani kan diri utk takut kepada kejahatan :)
Afzainizam said…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip bersihkan lining roof kereta

tak semua pandangan orang lain betul.... percayalahhh ikut naluri hati ... ada yg kita tak nampak di sebalik sesuatu

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???