Sunday, 3 July 2011

Intrapersonal


Intrapersonal. Satu kemahiran komunikasi dalaman. Kemahiran kita mengawal diri kita, mengawal emosi kita, mengawal tindakan diri kita dan muhasabah diri. Aku rindukan diri aku ketika zaman sekolah. Boleh aku katakan ketika itu, aku merupakan seorang yang bermotivasi tinggi dan optimis terhadap tindakan yang aku lakukan. Tiada istilah takut pada cabaran.

Bila terpilih mewakili sekolah, aku tanpa fikir panjang menerima dengan hati gembira dan terbuka. Kalau ada apa-apa pertandingan/aktiviti, aku dengan sukarela menyertainya. Bahkan, aku pernah mewakili asrama dalam pertandingan debat walaupun aku bukanlah seorang yang petah bercakap. Sebabnya? Ketika itu tiada istilah bimbang jika kalah, tiada istilah takut jika gagal dan perasaan "gila-gila" bermain dalam diri aku. Sentiasa positif! Sentiasa mencabar kemampuan diri! Rileks dan selamber jek. Cool beb!

Tapi...itu diri aku ketika zaman sekolah. Sekarang, segalanya terbalik. Aku gagal dalam komunikasi intrapersonal. Aku menjadi pelajar yang pasif di IPG. Segala tindakan aku, aku tidak selitkan dengan positive thinking. Aku gagal mengawal perasaan kecewa, sedih. Jika zaman sekolah, aku boleh ingat apa yang aku buat setiap tahun, apa peristiwa gembira yang aku lalui tetapi di IPG, entah... Selama hampir 4 tahun di sini, seakan tiada memori indah untuk dikenang. Macam tak ada apa-apa sumbangan. (X_x)

Nasib baiklah sejak tahun ini, aku mula seakan tersedar. Sampai bila mahu terus dirundung perasaan kecewa? Aku try untuk cuba bangun balik. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit hidup aku kembali positif. Aku try untuk berfikir positif seperti mana masa aku belasan tahun dahulu.

Kadang-kala, kita rasa tak mampu hadapi kehidupan mendatang. Perasaan ini hadir sebab kita lupa. Kita lupa untuk bertawakal dan menyerahkan urusan kita kepada Allah. Inilah yang aku cuba terapkan dalam diri sekarang. Lagipun, bila fikir balik, sudah 4 tahun aku berjaya melalui kehidupan di IPG. See?

Esok, aku memulakan praktikum fasa 2. Oh man... Kena kuatkan mental, emosi untuk menghadapinya. Selalu juga timbul perasaan macam tak mampu nak hadapi. Tapi tak apa, redah jek bro. Redah! Redah seperti mana diri kau masa sekolah dulu...!!!!!

3 comments:

fiDooo said...

ha! macam ni r gua mahu dengar, semangat balek bro!!!

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip pasang audio sound sistem kereta

terus bersemangat..... harus tempuh segalanya....

ayisy said...

Yup! Kekuatan mental kena kuat untuk menghadapi semua ini. :)