Nilai Sebuah Masalah


Dalam menjalani kehidupan yang semakin dewasa, ada beberapa masalah yang bila ia datang, kita akan rasa kita tak mampu untuk lakukan. Sekarang, perkara tersebut datang lagi selepas hampir sebulan yang lalu aku merasainya.

Aku mula sentiasa terfikir, terbayang dan menjangkakan apakah yang akan berlaku bila sampai waktunya. Tidur mula tak lena dan termimpi-mimpi. Hati mula rasa sedih dan seolah kecewa. Sampai satu tahap, aku mula berharap agar setiap kali aku bangun tidur, rupanya aku sedang bermimpi. Bangun daripada mimpi yang buruk.

Kemudian, aku mula mencari fikiran-fikiran positif dan memberi semangat kepada diri sendiri tentang perkara-perkara positif. Sebenarnya, kita terlalu takut untuk menghadapi masalah mendatang kerana terlalu takutkan kegagalan. Kita takut untuk gagal dan terlalu mengharapkan kejayaan. Kita terlalu mahukan kejayaan sampai kalau boleh kita tak mahu merasai sedikitpun kegagalan.

Tapi bila aku imbas kembali masalah dan kegagalan yang pernah aku hadapi, ia mengajar dan menyedarkan aku tentang erti kekuatan dalam hidup. Masalah dan kegagalan menyedarkan kita supaya lebih tenang, bersedia dan rasional dalam hidup yang mendatang. Berbanding kejayaan-kejayaan yang pernah aku rasa, rasanya impak yang diberi hanyalah kenangan manis yang indah untuk dikenang. Bila kita kecewa kerana gagal, adakah kenangan manis berjaya dapat berderet A dalam SPM membantu kita?

Apa yang pasti, masalah yang menimpa membuatkan kita lebih bersyukur dengan nikmat yang diberi Tuhan. Bila kita dapat keluar daripada masalah, kita akan ingat dan berterima kasih kepada-Nya. Bila kita senang, kita pasti sentiasa ingat kepada-Nya kerana diberikan peluang merasai nikmat senang.



Comments

fiD said…
Betul tu, orang pandai, bodoh , kaya , miskin semua tu bukan kayu ukur seseorang itu hebat menangani masalah...

Tapi sebab sifat takut pada masalah dan beku lah org tu biasa jd bodoh dan miskin...
Afzainizam said…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip bersihkan lining roof kereta

kegagalan bukanlah maksudnya kita gagal selamanya... tapi ianya adalah selangkah kehadapan lebih matang
ayisy said…
fid.. Sifat takut kdg2 perlu ada sikit supaya kita lebih alert dan beringat. :) Tp jgn takut sgt.

Afzainizam.. Kegagalan membuatkan kita lebih berhati-hati agar tidak berlaku lagi dan terus berusaha ke arah kejayaan. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???