Back To The 00's


Aku lihat, 'scene' kehidupan remaja sekarang macam sudah tidak ada kemeriahan. Awal tahun 2000-an dulu, di Malaysia anda boleh lihat bagaimana lifestyle remaja zaman itu. Ada cara tersendiri. Remaja ketika itu bijak mengadaptasi budaya luar dan dalam menjadi budaya tersendiri. Dari segi cara berpakaian, muzik, aktiviti, seni dan sebagainya.


Style budak muda zaman 2004-2006

Zaman itu, remaja akan menghabiskan masa berkumpul dan bersosial dengan rakan sebaya di tempat-tempat tertentu mengikut kecenderungan mereka. Kira boleh nampak la apa yang remaja lakukan ketika itu. Kalau pergi mall, bus stand dan dataran boleh tengok la remaja berkumpul dan membuat aktiviti mereka. Mereka ada trend. Dan trend yang mereka bawa lebih bersifat Malaysian.


Satu-satunya majalah skate yang masih ada dalam koleksi peribadi aku. Isu 2005

Daripada budaya tersebut, wujudlah kedai-kedai pakaian yang menjual pakaian seperti skatewear, streetwear, butik bundle dan sebagainya. Selain itu, muncul juga majalah seperti Revolution dan 3X yang bertemakan scene skate Malaysia ketika itu. Muzik? Zaman itu sudah ada muzik underground. Muzik pada masa itu bagi aku mempunyai jiwa tersendiri. Nama seperti Polaris, Seven Sundays, One Buck Short, Missing Chapter dan sebagainya masa tu bermain di gegendang telinga. Aku sukakan lagu mereka. Bila mendengar lagu mereka sekarang, rasa macam dibawa ke zaman sekolah dulu. Huhu.

Dari segi gajet, ketika itu belum meriah seperti sekarang. Internet? Pun belum meriah seperti sekarang. Tapi pasti anda ingat handphone Nokia Daun, Nokia 33seposen, Nokia Butterfly, Nokia Sabun dan sebagainya. Nice gajet dan ada fenomena tersendiri. Sekarang mungkin kita ada IPhone, IPad, HTC, DSLR dan laptop tapi...itulah. Dulu punya gajet tetap mempunyai auranya sendiri.


Handphone dulu-dulu memang seni.

Bagi aku, sekarang punya scene remaja bosan la. Bosan. Mungkin kerana perkembangan teknologi maklumat contohnya wujudnya laman sosial seperti Facebook, Myspace, blog dan forum-forum menjadikan remaja kurang bersosial di luar. Sekarang ni pun, kalau aku jalan-jalan di B.Pahat, jarang nampak kumpulan remaja jalan sama-sama, lepak sama-sama dan menghidupkan scene remaja mereka. Apa yang aku nampak sekarang adalah remaja lebih banyak jalan berkapel-kapel. Lepas tu lepak fastfood buka laptop dan online. Haduiii... Bosan la korang. Haha!

Anyway, aku rindukan dan mahukan kemeriahan zaman awal 2000-an dulu dan berharap kembali meriah pada zaman sekarang. (^_^)

*Entry ini lebih kepada pengalaman aku membesar sebagai remaja di Batu Pahat. Mungkin terdapat beberapa kelainan pendapat dan pemerhatian.

Comments

Nadiene said…
betul tu, zaman itu dah lain x mcam zaman skrang...

atau kite sendiri yang x terjerumus???

dulu duit penghalang, skrang???
ayisy said…
fidooo, Entahlah. Mungkin kita tak terjerumus. Tapi tak terjerumus pun, still tak nampak apa yg remaja skrg buat. Bosan jek. Haha...

Dulu duit penghalang, skrg apa?
Afzainizam said…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip pasang audio sound sistem kereta

taun 2000 tu.... aku masih kerja kilang... ingat member lama dulu....zaman muda belia remaja.... setahun jagung
ayisy said…
Afzainizam, Wow! Pengalaman berharga tu. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???