Masalah Terbesar Dalam Diri Aku Sekarang

Gambar masa sekolah. Gambar semasa hidup aku begitu bersemangat, begitu komited dengan pelajaran dan menanam impian yang ingin dituju.


Salah satu masalah yang tidak pernah hilang dalam hidup aku sejak 2-3 tahun kebelakangan ini adalah perasaan menyesal dan kecewa.

Dalam blog ni rasanya banyak kali aku tulis dan luahkan perasaan sebegini. Setiap kali timbul perasaan menyesal dan kecewa, aku rasa tertekan dan serba tak kena. Kemudian aku tulis dalam blog untuk meredakan sedikit perasaan aku.

Apa yang aku sesalkan dan kecewakan? Aku menyesal kerana silap membuat pilihan sambung pelajaran dan kecewa apa yang aku impikan tidak menjadi kenyataan. Ok, fine. Benda ni aku dah cuba lawan. Kadang-kala, aku rasa kuat untuk lawan. Tapi, kadang-kadang, aku mula rasa macam gagal untuk melawan rasa kecewa dan mula tertekan.

Banyak faktor kenapa aku macam ni. Antaranya, life di kampus langsung tak kena dengan jiwa aku. Banyak benda serba tak masuk dengan jiwa aku. Bila tengok gambar kawan-kawan kat luar, nampak mereka gembira dengan life yang mereka lalui membuatkan aku selalu membandingkan dengan diri aku.

Faktor kawan? Aku akui, di kampus macam tak ada kawan yang sekepala dengan aku. Ada la beberapa orang kawan yang sentiasa bersama melayan motor. Atau aku jek yang lain dan pelik? Aku akui memang bersikap masih keremajaan berbanding kawan lain. Aku masih sukakan benda yang happening, enjoy, shopping dan sebagainya. Susah nak buang memandangkan sejak sekolah dah terbiasa dengan benda macam tu.

Mungkin sebenarnya perasaan ini timbul sebab aku rasa jemu sangat dengan life dalam dunia pendidikan. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, IPG dan kerja...semua berkaitan pendidikan. Mak ayah guru. Adik pun bakal guru. Pak cik mak cik guru. Jiwa aku nak sangat rasa dunia luar. Dunia yang tak ada kena mengena dengan pendidikan atau bahasa mudahnya sekolah! Jiwa aku sekarang mahukan dunia luar! Dunia baru dan sesuatu yang baru! Bukan benda sama sepanjang hayat aku!

Bosan! Tapi bukanlah semuanya membosankan. Masih ada benda yang mampu membuatkan aku tersenyum. Namun, jiwa aku masih mahukan sesuatu yang lain. Sesuatu yang aku impikan. Bukan senang nak lupakan impian yang telah lama kita impikan. Bukan mudah bagi orang yang merasa.

Aku teringin nak rasa kehidupan IPT yang sebenar. Dilayan seperti mahasiswa. Bukan seperti pelajar sekolah! Serius, seminggu dua ni hati dan jiwa aku macam ditekan. Sampai terbawa-bawa ke tidur.

Rasa rendah diri satu lagi masalah dalam diri aku. Terus terang aku cakap, sebelum ni aku cuma simpan jek dalam hati. Contoh, masa di kampung halaman. Jumpa cikgu, jumpa rakan. Mereka seronok berbual dan berkongsi tentang apa yang mereka belajar. Berbanding aku yang mungkin hanya akan senyap dan mendengar. Tiada benda yang menarik untuk dikongsi.

Selain tu, benda yang aku terkilan sangat adalah segala usaha dan impian aku masa sekolah seolah-olah terhenti di tengah jalan. Korang boleh bayangkan tak masa sekolah...korang seronok belajar sambil menanam impian. Sanggup study benda susah demi impian yang dicita-citakan. Tak pernah rasa putus asa walau belajar-belajar tak dapat. Tapi sekarang, benda yang aku belajar itu tak ada kena mengena dengan apa yang aku lalui sekarang! Seolah-olah usaha dan impian yang aku lakukan sia-sia.

Sekarang, terus terang aku cakap aku belajar dan hanya belajar. Tanpa sebarang cita-cita dan impian. Tanpa motivasi. Dan mungkin tanpa hala tuju. Senang cerita macam tak ada tujuan untuk diri aku. Selalu aku terfikir, lepas habis belajar di IPG, aku nak sambung belajar lagi. Bukan sambung peringkat lebih tinggi, tapi nak belajar benda yang aku tak dapat. Demi memuaskan diri sendiri.

Hurm~ Akhirnya dapat juga kekuatan untuk berkongsi masalah aku ni. Selama ni aku pendam jek. Buat-buat gembira. Agaknya rakan-rakan di FB aku mesti fikir life aku enjoy jek bila tengok gambar-gambar aku berjalan. Padahal aku cuba sembunyikan perasaan sebenar.

Kepada pembaca, apa sebenarnya penyelesaian kepada masalah aku? Aku dah macam hilang punca nak selesaikan masalah ni.


Comments

fiD said…
credit gambar aku yg kurus tu, ahaha...

idup kat ipt pun sama sebenarnya. diajar itu ini, ikut telunjuk sana sini. lecturer still seorang guru.

ye kan.....
Unknown said…
sama je apa aku rs. tp aku diam je psl x nk kecewakan parents aku yg ckgu, kakak aku yg ckgu, makcik aku yg ckgu... hahahahah~

lg aku risau ble nk smbg master, x dpt biasakan life kt U, & still ada mentaliti alam persekolahan.
diba said…
be strong dik..~
Anonymous said…
salam..ak terrrbaca lah entry ko neh kt wall ak..ermm,,ak penah rse ape yg ko rse..ko brthnlah..dh x lme pown ko nk grad..yg pntg, ko prcya dgn qada'dan qadar Allah..
igt bhw hanya Allah yg tahu apa yg terbaik utk kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqara: 216)

see? kita x nmpk,tp Allah lbh nmpk sbb DIA MAHA MENGETAHUI..ak bkn nk crmah bagai kt ko, tp brsyukurlah dgn apa yg ko ada skrg..ble kta brsyukur, semuanya akn nmpk baik d mata kita..ko trylah,ak dh try..

ps: thniah utk ko, sbb dh brthn slama 3 taun stgh..
Anonymous said…
dlm idop ni xsume mende yg kte ske kte dpt...tp ad hikmah jika mende yg kte xske 2 dpt kt kte...maybe ko xnmpk ag,satu hari nnti ko mesti mengerti...
ayisy said…
Thanks semua. Bukan aku tak bersyukur. Setap kali perasaan kecewa datang, aku akan tanamkan rasa bersyukur. Cuma tulah, bila benda yang kita usahakan dan impikan masih tak tercapai ianya sentiasa terngiang-ngiang. Rasa macam nak usahakan balik dan kejar balik.

Satu lagi, aku terasa agak sukar untuk mengubah diri aku untuk sesuaikan diri dengan kehidupan dalam bidang perguruan. Aku rasa tertekan sbb bila sebut kita guru, orang sekeliling pandang atas bawah diri kita. Kalau boleh guru ni mesti perfect.

Tapi tak apalah... Aku try teruskan. Mungkin sekarang rasa macam ni, masa akan datang mungkin lain. :)
atikah said…
ermm.. mungkin boleh cuba jadi diri sendiri ?
Anonymous said…
buat la yang terbaik..tapi ingat xsemua yang kita impikan akan kita dapat..
jangan sampai yg d kejar xdapat yang d kendong berciciran..
tapi walau apepon xsalah kita mencuba yang baru asalkn berani tanggung risiko..
hans said…
buang rasa kecewa dan enjoy life anda...sebab bila kita dah set dalam otak kita benda tu bosan maka selama2nya akan bosan
itu jer

Review Filem Kongsi
salam, ayisy.
lama tak singgah sini.

kadang2 Allah tak izin untuk kita dapatkan sesuatu, mungkin kerana ia bukan yang terbaik untuk kita.

atau usaha kita belum cukup untuk mencapai apa yang diinginkan.

adakah sebelum buat sesuatu keputusan ayisy ada buat solat sunat dan tanya pendapat ramai sebelum buat keputusan?

kadang2 kita tak rasa redha kerana kita tak kenal dengan baik diri kita sendiri..

why not doa kat Allah untuk datangkan rezeki dari apa yang diperoleh sekarang? profesion guru ter-amat-sangat mulia, mungkin awak baru lagi jadi awak belum jatuh cinta dengannya..

berbahagialah, wahai ayisy.. doa selalu!

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???