IPT Edu Ride. Masyuk!!!

Huhu...

Alhamdulillah, Sabtu lepas aku dapat menyertai satu ride yang disertai budak-budak IPT dari seluruh negara. Ride ke Cameron Highland yang menghimpunkan beberapa rider dari USM, UM, UTP, UTeM, IPG Pahang dan IPG Perlis berlangsung dengan jayanya. Oh, mengapakah gaya aku menulis seperti menulis laporan rasmi? Haha...

Aku bergerak bersama 2 orang member dari IPG menuju ke Cameron Hignland melalui jalan baru iaitu Koyan-Cameron Highland. Jalan memang terbaik! Memang nikmat lalu jalan situ. Jalan yang lebar, koner besar, kereta kurang ditambah lagi dengan pemandangan Banjaran Titiwangsa memang membuatkan korang tersenyum sepanjang ride.

Disebabkan jalan yang masyuk, perjalanan dari IPG ke Cameron Highland hanya mengambil masa 1 jam 30 minit. Oh yer, pastikan jika ingin melalui jalan tersebut, minyak diisi dengan penuh. Sepanjang jalan itu tiada pekan mahupun stesen minyak. Yang ada hanyalah hutan yang menghijau dan jalan yang super duper best!



Jalan yang terbaik!

Selepas sampai di Cameron Highland, kami menunggu kumpulan dari IPT lain sampai di sebuah warong. Selepas semua selamat sampai, barulah kami bergerak berjalan-jalan. Selepas puas melepak di Cameron Highlans, aku dan 2 member IPG bergerak pulang pada jam 5.45 petang.

Diharap, lepas ni akan diadakan lagi ride seperti ini bagi membuktikan bahawa penunggang motosikal bukanlah kumpulan orang-orang yang tidak mempunyai masa depan seperti mana pandangan segelintir masyarakat di Malaysia hari ini. Ini tidak, nampak budak muda naik motor terus cop Mat Rempit. Huh! Mentaliti kelas ketiga betul...

Comments

Aini said…
Dah pernah lalu jugak jalan koyan - cameron highland tu. memang santek sungguh. Siap berenti kat jambatan yang tinggi tu untuk amik gambar...huhu

Kete tak byak lalu, jadi buat mcm jalan sendiri =)
Afzainizam said…
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

yuppp best nya joint ngan banyak member dari luar tu.... gi cameron tu mmg best giler aku pernah gi tapi naik konvoi kereta lah... pasal konvoi motosikal tu belum pernah lagi kesana naik motor...

best sesangat rider masa student ni ye
hans said…
wah
best lah bila dah ada team sendiri kan
konvoi ramai2 masyuk dowh

P/S : Entry 18SG : Ingin Memikat Wanita? Kami Ada Caranya!
ayisy said…
Aini, Yup! Kat jambatan tinggi tu mmg cantek giler! Kalau lalu masa lepas hujan lg cantik dgn kabus2. HUhu...

Afzainizam, Zaman skrg senang nak kontek member luar. Guna Facebook, website dan forum. HUhu... Zaman student ni lah aku nak ride puas2. Huhu..

Hans, Memang best lg2 dpt bertemu dgn rider IPT lain. :)
ayisy said…
PEJUANG KESENIAN EXTREME, Huhu.. Bosan2 tu yang jalan2. Kalau duduk kampus mak aih bosann...
fiD said…
aku ade tgk naza gtr men lap kat cameron, syok siot!
ishiko said…
ayisy mmg suke ride an... (hahaa..saje je tnye..)
ayisy said…
Fid, naik Honda C70 buat main lap kat Cameron pun layan. Hehe

Ishiko, Yup! Ride menghilangkan bosan dan mencari kawan baru :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???