Saturday, 29 May 2010

Survey Barang? Penting Ke?

Memilih yang terbaik untuk kepuasan...

Huuuhuu! Peperiksaan sudah tamat. Hanya orang yang merasa jek dapat menikmati nikmat habis periksa. Daripada darjah satu sampailah sekarang, setiap tahun aku menghadapi peperiksaan. Tapi takper, tak payah tension-tension sangat. Rileks sudah. Risau sangat-sangat pun bukannya boleh membantu dalam peperiksaan ye tak. Belajar tenang-tenang dan jawab soalan dengan tenang. Tak dapat jawab isi jek apa yang korang tahu. Hahaha... Oklah, apapun semoga rakan-rakanku berjaya dengan cemerlang untuk semester ini.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal periksa, cuma nak kongsi sedikit tentang habit aku. Aku kalau nak beli sesuatu suka survey di internet dulu. Aku tak berapa suka survey dari satu kedai ke satu kedai pastu baru beli. Kalau survey pun beberapa kedai jek pastu beli. Tujuan kita survey adalah untuk mendapatkan harga yang murah dan terbaik. Jadi, sebelum aku beli sesuatu barang, aku akan survey harga standard atau purata di internet.

Selalunya, laman web macam Ebay, Amazon, Mudah.com dan Lelong.com boleh dijadikan sumber rujukan. Sebenarnya terlalu banyak laman web yang boleh kita jadikan rujukan sebelum membeli barang. Cuma apa yang aku nak kongsi adalah contoh-contoh laman web yang selalu aku tengok. Aku pula memang gila jam tangan dan motosikal. Jadi, sebelum aku beli jam tangan atau barang motosikal, aku akan survey di laman web berikut:

Jam tangan:

- http://www.bodying.my/watches.html

- Laman web ni ok la untuk dijadikan sedikit rujukan pada pendapat aku. Tapi untuk lagi ok, korang tanya jek otai-otai jam kat internet ni. Contohnya http://duniajam.blogspot.com/ dan http://detikduabelas.blogspot.com/ dan sebagainya. Huhu.

Motosikal:

- http://www.motorzone.com.my/

- Laman web ni aku selalu tengok untuk membandingkan harga barangan/aksesori motosikal. Bagi aku laman web ni antara terbaik la. Senang dilayari dan dirujuk. Nak beli online terus pun boleh.

- http://www.toprace.com.my/index.php?main_page=index

- Yang ni pun bagi aku ok. Layan...! Nak lagi best korang join jek http://malaysianbikers.com.my/ lepas tu tanya jek apa-apa yang korang nak tahu. Di sini korang boleh berforum, berbincang, berkongsi pendapat bukan sahaja pasal motosikal bahkan isu-isu lain. Daftar percuma dan maklumat yang korang dapat pun percuma. Mudah kan? Banyak lagi laman web berteraskan forum motosikal cuma korang kena rajin mencari. Maklumat di hujung jari, klik-klik jek terus dapat. Hahaha...

Komputer/Elektronik/Handphone:

- http://www.hardwarezone.com.my/home/

- http://www.mobile88.com/

- Dulu masa aku giler komputer selalu gak layan website nih. Sekarang ni dah tak layan sebab hobi dah ke arah lain. Yang penting, aman web ni memang memudahkan kerja aku survey barang.

Apapun, buatlah pilihan bijak dan terbaik semasa membeli sesuatu. Orang kata alah membeli menang memakai. Selalunya, bila kita dah beli sesuatu lepas tu terjumpa yang lagi murah mesti kecewa kan? Biasalah tu... Tak payah sedih-sedih yang penting apa yang kita beli berkualiti dan berguna serta memuaskan. Bagi aku biarlah barang yang kita beli berbaloi dari segi harga dan kualiti. Servis selepas pembelian juga perlu diambil kira. Jangan masa kita nak beli punya la baik seller tu layan, pastu bila barang tu ada masalah dia buat bodoh jek. Kalau korang ada lagi tips-tips atau pengalaman survey barang, kongsi-kongsi la yek? Huhuhu. Bye!

6 comments:

ishiko said...

hahaa.. lame xjenguk..
yaa... exam suda hbs..its time to survey brg..hehee ~

hans said...

sirbey dkt kedai best
sebab leh tgok sendiri barang tu

ayisy said...

ishiko, hehehe.. Sy pun dah jarang update. Skrg ingat nak rajin update lah lgipun dah dkat nak cuti. :P Cuti=shopping, jalan2.. hahaha

hans, Aku slalunya survey interent dgn kedai. Pastu baru beli. Tp utk brg2 yg agak bernilai la. Klu stakat nak beli pen, buku atau brg2 makanan aku main beli jek. Hehehehe..

ayisy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
duniajam said...

Aku pun survey dulu. Servey sampai puas hati baru beli. Survey ni untuk cari barang dgn harga paling murah.

Kalau survey di kedai, mmg best la pasal tgk live. Penilaian depan mata sendiri lebih baik dari internet. Tapi penat skit la & makan masa lama nak pi kedai2 ni.

Kalau survey internet lak, selalunya harga yg ditawarkan lebih murah. Tapi kena tgk gak. Kena baca discription betul2. Ada seller yg tak boleh dipercayai. Aku dah byk kali kena tipu. Burn duit. Selalunya survey di internet ni untuk tgk harga barang ja. Kalau nak beli, pastikan wed/seller yg kita nak beli tu boleh dipercayai.

ayisy said...

duniajam, kadang-kadang bila aku dah survey kat internet, sampai kedai jek beli barang lain. Hehehe...

Selalunya, kalau aku dah biasa dengan satu kedai tu, akan akan beli barang kat situ jugak. Sbb aku dah percaya. :)