Tuesday, 18 May 2010

Selamat Hari Guru Buat Guruku.


Assalamualaikum w.b.t semua. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya. Maaflah jika terlambat memandangkan pada hari Ahad lepas saya mengalami kemalangan jalan raya jadi terlupa seketika. Tapi takper, yang penting kita mengingati jasa guru-guru kita daripada kita tadika sampailah habis sekolah menengah. Dan, apa yang boleh saya katakan sepanjang saya bersekolah, semua guru saya telah meninggalkan kesan yang besar dalam hidup saya terutamanya guru ketika sekolah menengah. Sukar untuk melupakan kenangan bersama guru atau dengan panggilan biasa cikgu semasa sekolah menengah. Ops! Terbahasakan diri saya pulak. Hehe. Dengan cikgu kena bersopan. :)





Setiap orang mesti ada pengalaman bersama cikgu korang kan? Mungkin ada orang yang menganggap semua cikgu mereka dahulu tidak patut dikenang jasanya. Tapi aku bersyukur, sepanjang aku bersekolah semua cikgu aku memang terbaik. Walaupun ada yang garang giler, tapi aku tak pernah pun berdendam. Rindukan mereka adalah. Hehehe...

Buat masa sekarang mungkin aku tak dapat mengingat semua nama cikgu aku. Tapi takper, aku cuba untuk sebut nama cikgu aku yang aku rasa banyak berjasa terhadap aku. Dan yang paling penting, cikgu yang paling terkesan di dalam hati aku. Kepada Cikgu Hussin, Cikgu Kamal, Cikgu Zainab, Cikgu Salleh, Ustaz Zafri, Cikgu Huda, Cikgu Maimunah, Madam Koh, Cikgu Azreen, Cikgu Khairul Fadli, Cikgu Sabariah, Cikgu Abu Bakar Sidek, Ustazah Rokiah, Cikgu Hanim, Cikgu Sallehudin, Cikgu Faridah Kalam, dan semua cikgu-cikgu di SMK Dato Bentara Luar serta cikgu sekolah rendah. Maaflah saya tak dapat ingat semua nama cikgu tapi wajah cikgu semua masih terbayang di fikiran saya. Kalau jumpa mesti terus ingat nama cikgu. Percayalah... :)

Alhamdulillah, berkat cikgu semua saya berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap hari ini. Sukar untuk melupakan kenangan pahit manis sepanjang kita bersama dahulu. Sekarang, saya pula bakal bergelar guru. Akan saya jadikan cikgu semua sebagai idola dan perangsang semangat untuk menempuh alam perguruan nanti. Rasa emosi tak stabil pulak masa menulis entry ini. Huk! Terima kasih cikgu... Ada masa, kita berjumpa lagi. :)

*gambar-gambar adalah gambar guru-guru saya dan diambil daripada Facebook guru saya. Terima kasih :) Harap dihalalkan.

6 comments:

hanie@nisya said...

satu hari nanti jasa awk pula akan dikenang :)

hans said...

tingat cikgu2 aku

ayisy said...

hanie@nisya, Emmm? Saya pun tak pasti adakah sy mampu menjadi guru sebaik guru2 saya :)

hans, Cepat Hans jumpa cikgu2 kau. Kalau takder cikgu kau, kau tak mampu menulis blog. hehe..

hans said...

hahhaa

adlanadil said...

selamat hari guru cikgu ayisy..he3

ayisy said...

Hans, jgn ingat kau dpt Lisa aku tak boleh merampasnya. Ekekeke!

adlanadil, terima kasih! huhuhu... Tak terlambat kot utk ucapkan "Selamat hari Guru jugak!"