Tuesday, 11 May 2010

Dulu Sejuk Sekarang Panas.

Kabus di Kuala Lipis

Dunia semakin panas. Itulah yang aku rasakan sekarang. Semasa mula-mula menjejakkan kaki di Kuala Lipis, dia punya sejuk jangan cakaplah. Kuala Lipis dikelilingi kawasan hutan dan berbukit. Kabus tebal di waktu pagi sehingga hampir waktu tengah hari boleh dilihat setiap hari di kampus aku. Buka pintu pagi-pagi tak nampak bilik kawan di blok hadapan disebabkan kabus. Dah macam kat London la pulak. Hahaha...

Masa mula-mula duduk Kuala Lipis, nak mandi pagi dan petang cukup sejuk. Menggigil setiap kali mandi walaupun tengah hari. Malam-malam tidur pakai selimut, tengah hari pun kalau tidur pakai selimut dan kipas buka sampai speed dua jek. Bayangkan dia punya sejuk dah macam kat Cameron Highland.

Udara nyaman jek. Kalau sedut memang terasa dia punya sejuk. Swaktu hujan jangan cakaplah, sejuk tahap gaban. Senang cerita dah macam kat oversea lah. Huhu..

Tapi sekarang, panas sangat. Tidur malam pun boleh berpeluh walaupun kipas laju. Tiada lagi kabus berterbangan di kawasan kampus aku. Bangun pagi jek dah rasa panas. Mandi pun rasa hangat. Tengah hari dan siang memang tak pakai baju lah, tu pun masih berpeluh badan. Kenapa panas? Apa yang menyebabkan cuaca kat sini berubah? Ish! Rindu betul aku dengan suasana kabus pagi, siang dan malam sambil bawa motor dan menikmati percikan kabus di muka. Ceh! Kencang jek bercerita. Muahaha!

Tapi itulah yang aku rasa sekarang... Emmmm...



VS


Nampak kan tahap kehebatan kabus di kampus aku? Hehehe...

7 comments:

Farid Fernandez said...

pergi beli aircond

:P

hans said...

mana kabusnya?
hahaha

adlanadil said...

mungkin hutan kat lipis dah bnyak kne tebang..tu yg jdi pnas..

fiD said...

aku rase panas sebab kena asap moto ko kot, hehehe... =P

Amirah Rashid said...

mak aii. bestnye ade kabus ;D bumi da makin tua. tu yg jd mcm skrg . ishh

ayisy said...

farid frenandez, Nak beli air cond takder model bro. Hehehe.. Beli air cond trus habis duit makan utk 2 bulan aku.

hans, tak nampak ke kabus dlm gambar tuh? :O

adlanadil, Tak pasti pulak. Tp aku mmg rindukan suasana dulu. Nyaman dan sejuk jek. :)

fid, hahaha. Madah motor!

amirah rashid, tu la pasal. Dah tua bumi nih. Makin lama makin panas. Ish3!

Nur Azmina said...

betul ckp awk. sya prnah prgi mptaa msa sya drjah 2. w'pun wktu sya prgi tu tnghari, kbus tbal.