Review Yamaha 135LC.

Yamaha 135LC


Entry lepas bila aku baca balik macam tak paham plak. Haha... Biasalah, tulis main tulis jek sampai tunggang langgang. Takpelah, sekarang aku tengah cuti minggu, jadi ada masa terluang. Tengah baca satu blog popular tu, aku dapat satu idea berkaitan trend zaman sekarang. Bila kita tanya budak-budak remaja zaman sekarang banyak-banyak motor, motor (kapcai) apa korang minat? Kebanyakan mesti jawab Yamaha 135lc. Muahahaha!

Meh sini aku cerita. Sekarang ni macam dah jadi trend motor Yamaha 135lc ni. Bila tanya nak beli motor apa, motor 135lc. Sikit-sikit 135lc. Dah macam takder motor lain dah. Bukan aku nak kondem motor ni dan peminat motor ni. Setiap orang ada selera masing-masing. Aku sendiri guna motor ni. Punca aku beli? Tergoda tengok orang pakai pastu nampak laju...laju ke? Hehehe.. Sebenarnya aku beli untuk buat jalan jauh balik kampung. Nak lenjan EX5 lama tu rasa macam dah tak tahan jek naik 100kmj. Nak lenjan Honda Wave 125s aku kena modi dulu baru selamat jalan jauh. Fikir-fikir baik beli baru lah. Mula-mula ada dua model aku target, Yamaha 125zr dengan 135lc. Pilihan pertama dah tentu 125zr tapi pikir balik nak wat jalan jauh, nak isi 2T lagi, minyak kuat, nak full throttle kat highway...better amik 135lc lah. Tapi sebenanarnya niat dalam hati nak motor laju! Ekekee...

Best sangat ke 135lc ni sampai ramai sangat orang pakai. Sampai motor lain dipandang sebelah mata? Laju giler ke? Pengalaman aku naik beberapa bulan ni, tak dinafikan memang boleh pergi la motor ni. Handling buat "meleper" memang sedap. Enjin ok jugak cuma aku lebih suka karekter enjin Honda Wave 125s. Enjin 135lc ni aku rasa macam berat sikit. Kena main gear tarik gear baru rasa ringan. Kadang-kadang bila bawak biasa aku lebih suka main sampai gear 3 jek sebab masuk gear 4 terus rasa semput pada kelajuan sederhana. Minyak agak kuat berbanding motor yang pernah aku guna. Isi RM2 cuma boleh pergi IPG-Kuala Lipis 2 kali gitulah berbanding EX5 lama dulu yang boleh pergi berkali-kali.

Bagi aku motor 135lc ni memang terbaik untuk kegunaan harian dan jalan jauh. Tetapi masih underpower untuk dilenjan. Berembat dengan 125zr memang kena tinggal la 135lc ni. Ala Ayisy, nak laju pakai superbike la. Haha. Tapi apa yang aku cerita ni semua dalam keadaan standard. Motor modi lain cerita. Kepada yang masih merancang nak beli motor, fikir betul-betul apa tujuan anda nak beli motor. Kalau yang betul-betul inginkan prestasi, aku rasa better amiklah motor lain macam 125zr, RXZ, Kawasaki ZX150, Suzuki Belang ataupun Aprilia RS125. Yamaha 135lc ni bagi aku untuk kegunaan harian boleh, melawa boleh dan prestasi pun boleh la sikit-sikit. Kalau setakat nak bawak dekat-dekat, beli sayur kat pasar atau ambil anak kat sekolah baik beli motor 100cc jek. Maintenance pun senang, minyak save. Nak semua ada belilah superbike. Peace! Takpun jadilah mat bumbung, kalau hujan wa tak basah beb! Hihihi..

Kalau berani, beli la motor Aprilia RS125 ni. Racing spec pada harga RM25000++.

Cuma apa yang aku boleh katakan, motor ni masih belum mampu memuaskan nafsu aku. Ni yang terasa nak pakai bigbore up sampai 180cc. Miahahaha! Selepas ni, aku target motor Kawasaki ZX150 takpun 250R pulak kalau ada rezeki atau bila dah kerja. Insyaallah... Kereta? Hehe. Belum sampai seru minat dengan kereta la. Kalau orang bagi free aku nak lah. :P

Kawasaki KRR ZX150

Ni semua pendapat aku jek. Lain orang lain pendapat. Nak lebih detail lagi, rajin-rajinlah bukak internet, tanya kawan, tanya pomen ataupun join forum. Kat situ banyak otai-otai motor yang boleh korang korek ilmu daripadanya. Sekian.. -Double stand motor-

Comments

Amirah Rashid said…
fobia dgn motor! haha :D tp my dad dgn my bro dua2 pkai 135LC ni :D mmg smart la :D
musafir said…
hidup 135lc
ayisy said…
amirah rashid, Huhu.. Macam mak cik saya dulu fobia dgn mtor lepas eksiden. :) Wow! Ayah abg pakai mtor ni. Huhu..

adlanadil, Huhuhu.. Hidup 135lc! happy riding :)
zizie said…
lc moto panas.,,lc moto mahal.,,baik korang beli lagenda...,,EX5 dah cukup ..,,nk jaga moto lc bukan senang weh tak payah nk megah2.,,kita ni hidup biar sederhana..,,

dia tu cite pasal LC sebab dia tu baru beli Lc..,,pasal tu asyik cite pasal moto lc je kan..,,keh2..,,nanti kalau dah esok hari pakai kereta.,,cite pasal kereta plak.,..,,
izzat said…
to zizie..bia la die nk cite ,itu opinion die kn ? xsala klau die nk share dgn org ap yg die rase :) peace

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???